Sunday, June 7, 2009

~ cerita tentang hidup (1) ~


termiss sehari nk tulis sumthing kat blog ni..actually ada sumthing yg ingin dikongsi tetapi ALLAH tidak mengizinkan sy menulis lewat malam tadi kerana masalah kesihatan.. asifni..

semalam sy berjalan-jalan dengan seorang sahabat,tini..sudah menjadi suatu kemestian bagi kami di sini sebelum pulang untuk bercuti musim panas, kami akan mencari barang-barang untuk dibawa pulang ke malaysia sebagai hadiah dan tanda ingatan buat keluarga dan saudara-mara di malaysia..

"aduh! peritnye tekak.." bisik hati sy. cuaca yg panas sekarang ni sememangnya menyebabkan tekak sentiasa kering, rasa tak selesa dan sentiasa meminta untuk dilembapkan.."teringin nak minum milk shake lah!" tini meluahkan keinginannya tiba-tiba."wah! tini seperti membaca isi hati sy.." detik hati sy..dengan tersenyum sy menjawab.."kalau dapat milk shake coffee depan university tu mesti best kn tini!"

sy memberi idea walaupon sy sebenarnya tak berapa suka minum susu tapi entah kenapa susu (milk shake) di sebuah gerai kecil di hadapan university kami menjadi kesukaan sy..mungkinkah keikhlasannya bekerja biarpon di gerai kecil lagi-lagi di musim panas ni? mungkinkah kerana sikapnya yang tidak sombong dan peramah tidak seperti peniaga lain? wallahualam..hanya ALLAH yg tahu..sy sendiri tak tahu kenapa sy suka susu (milk shake) di kedai tu..


sesampai di gerai milk share..
"daite malako kofii, ajin!"
= "berikan sy susu kopi, satu!"
"tolka ajin?" = "satu jer?"

"da! mi uzhe kushali..prosta hochem pit malako.." = "ya! kami baru lepas makan..saje nak minum susu.."

"kaharasho!" = "baik!"
sambil tersenyum, 'kakak gerai' itu terus memulakan tugasnya..

kami berdiri di hadapan gerai itu menunggu sambil mata sy liar melihat sekeliling sehingga mata sy terhenti pada seseorg, hati sy tiba-tiba terasa sayu..seorg nenek yg terlalu uzur sedang menjual kuaci duduk disebalik tiang cuba melindungi diri dari terik panas matahari.."ya ALLAH! manalah anak dia ni? sekadar menjual kuaci, berapalah sgt dia dapat untuk menampung hidup! sudahlah negara ini barangnya mahal2!"gerutu hati sy..sy lantas mencari sesuatu di dalam beg..


"wah! orang dah ade blog..camera sentiasa di tangan!" tiba-tiba tini bersuara tatkala melihat sy mengeluarkan camera panasonic lumix berwarna pink pemberian bonda..
"alaaa..nak kongsi sumthing tentang negara ni kat blog tu..negara ni sgt byk mengajar kita erti bersyukur kn..?" jawab sy tersipu-sipu..semua sahabat sy dh tahu sy ni bukanlah seorg yg rajin nk snap gambar..tapi kalau bergambar mmg suke (^_~)V..

selesai sy snap gambar nenek tu, milk shake kami pon siap..slurpppp...sedap!!!"tini, boleh ke nk bg nenek tu milk shake ni? kesianlah kat dia..mesti dia teringin tgk kita minum kan?" sy meluahkan hasrat hati sy pd tini.."boleh jer nk bagi tapi kalau nenek tu sebenarnya ade penyakit diabetic mcm mn? manis ni.." tini cube menghilangkan rasa bersalah dalam hati sy..sy angguk dan kami terus berlalu dari situ.. dalam hati sy masih berkata-kata"bagusnye nenek tu masih lagi mahu menjual sesuatu dan tidak meminta-minta..logiknya jika dia meminta-minta pasti ada yg akan memberi kerana kasihan..kasihan si nenek, siapalah yg akan berhenti membeli kuaci-kuacinya..sudahlah panas..kalau ade yg membeli pon berapa lah sgt..tidak berbaloi rasanya duduk berpanas-panasan tetapi hanya dapat seposen dua..semoga ALLAH menggerakkan hati-hati org yg mahu beli kuaci, untuk membeli darinya"..tiada apa yg mampu diberi selain doa.."aduh! selemah-lemah iman jer yg mampu aku lakukan!"

perkara sebegini selalu berlaku di bumi ALLAH ukraine ni..sering kelihatan nenek tua yg uzur duduk di tepi-tepi jalan menjual kuaci, air, mainan, alatan terpakai dan macam-macam lagi..mereka tidak suka dibantu dan mahu melakukannya sendiri melainkan mereka benar-benar tidak mampu, baru mereka akan meminta bantuan..sedangkan org muda yg berniaga di tengah panas mampu menyentuh hati sy, inikan lagi org tua yg sudah uzur..teringat sy pada nenek di rumah..
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari rasulullah s.a.w sabdanya :

"Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak."

(al-Bukhari)
orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.

alhamdulillah nenek ini telah mencukupi dirinya dengan tidak meminta-minta kepada orang sekelilingnya..wallalualam sy tidak tahu agama nenek ini..jika dia beragama ISLAM, alhamdulillah dia sudah menunaikan keperluannya mengikut jalan yg diredhai ALLAH..namun, jika nenek ini bukan beragam ISLAM, sy mendoakan mudah-mudahkan akan terbuka hatinya untuk melihat keindahan ISLAM..dan semoga dia sedar bahawa apa yg dikerjakannya selama ini bukan suatu pekerjaan yg sia-sia sebaliknya dialah hamba yg mendapat perhatian TUHANnya..

kerap kali kita melihat manusia yg berputus harap dengan ujian yg didatangkan ALLAH atasnya.sehingga ada yg mahu membunuh diri..itu pada yg tiada pegangan agama..pada yg ada pegangan agama pula sering memohon agar diambil nyawanya oleh ALLAH secepat yg mungkin lantaran tidak sanggup menerima ujian dari ALLAH..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
rezeki bukan lah bermaksud anak, makan, minum, mahupon harta..rezeki itu adalah segala-galanya yg kita miliki selama kita hidup ini..hatta kesihatan & kejayaan kita juga suatu rezeki dari ALLAH..percayalah sahabat, rezeki ALLAH itu ada di mana-mana..cuma adakalanya ALLAH menangguhkan dahulu rezeki kita itu kerana belum sampai masanya untuk kita memilikinya..ALLAH yg maha mengetahui bilakah masa yg sesuai untuk kita mendapatkannya..teruskan berusaha dan berdoa agar ALLAH mengiringi kita ke arah matalamat yg kita inginkan agar tidak tersasar dan sentiasa berada di atas jalanNYA..

adakala kita meminta, DIA terus memberi..adakalah kita memohon, DIA menangguhkan permohonan kita..setiap apa yg kita pohon padaNYA, adalah ujian buat kita..jika DIA memberi, DIA mahu melihat sejauh mana kita bersyukur dan taat padaNYA..jika DIA menangguh, DIA mahu melihat pula sejauh mana kesabaran dan keyakinan kita padaNYA..percayalah! jika DIA tidak berikan hal itu di dunia, DIA pasti menyediakan sesuatu untuk kita di akhirat kelak..sentiasalah bersangka baik padaNYA & mohonlah petunjuk dan keampunan dariNYA..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan."

( Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani )

[ ya ALLAH! moga diriku, keluargaku, sahabat2ku menjadi hambaMU yg bersyukur! ]

1 comment:

  1. salammm...

    saya la tini yg memberi idea bernas kpd cik firott neh...

    bgus cik fira nih sambil berjalan melihat n mentafsir..seperti moto yg sentiasa dilaung2kan oleh fira di kemuncak dzur2 dulu..hehe

    makcik yg kat dpn tmpt milk shake tu lain2 la fira..what ever it is, all the makciks out there work hard for their effort in earning money to live..

    smoga dapat lihat sedikit keindahan dlm usaha mereka dlm perspektif ISLAM

    -adioss

    ReplyDelete

 

me myself and i