Saturday, April 24, 2010

~ kelemahan saya ~


Tak mudah rupanya mahu menulis.Terdetik di hati betapa lemahnya saya dalam menulis jika mahu dibandingkan dengan sahabat-sahabat saya yang lain.Gaya bahasa mereka pendek dan mudah tetapi tepat untuk menyampaikan apa yang perlu disampaikan.Kadang-kadang cemburu juga bila melihat mereka mampu menulis dengan gaya bahasa yang tersusun dan cantik.Sedap dibaca, mudah difahami.

ALLAHu rabbi..tak tahu mengapa hari ini saya sangat banyak berkata-kata.
Adakala tersasul menyebut perkataan.Adakalanya lain yang mahu dituturkan, lain pula yang keluar.Kata sahabat saya "hari ni minum nescafe berapa cawan? macam dah start ting tong aje!".Nescafekah yang mengubah cara saya atau sememangnya itulah diri saya yang saya sorokkan selama ni?

Bila difikirkan terlalu banyak kelemahan dalam diri saya tetapi mengapa masih DIA memilih saya untuk terus menjadi pejuang agamaNYA.Mengapa saya dipilih untuk menyampaikan sesuatu yang kadang kala saya sendiri tidak melakukannya.Berat rasanya untuk memikul beban ini.

*peristiwa di usrah*

Jika terdapat 3 perkara ini pada seseorang. beliau akan merasakan kemanisan iman..
1. Beliau mengasihi ALLAH dan rasulNYA lebih dari sesuatu.
2. Beliau benci kembali kepada kekufuran, setelah ALLAH melepaskan beliau darinya, sebagaimana beliau benci dicampakkan ke dalam api neraka.
3. Beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu, tetapi hanyalah kerana ALLAH.

Fatimah "fira, macam mana ye yang dikatakan mengasihi orang lain kerana ALLAH? tak faham lah.."

Saya buntu sebentar.Bagaimana mahu menerangkan dengan bahasa yang mudah, cantik dan senang difahami.Saya membiarkan soalan itu dijawab oleh sahabat-sahabat yang lain.

"ermmm..yana, apa pendapat yana tentang mengasihi kerana ALLAH? datangkan contoh dalam keluarga yana sendiri."

Bungkam.

Liyana, "ermmm..jika kita sayangkan family kita, kena make sure kan family kita tak melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah ALLAH.Kalau mereka melakukan sesuatu yang melanggar perintahNYA, kita nasihat dia.Setiap orang kat sini kenal ahli keluarga masing-masing dan tahu cara terbaik untuk menasihati ahli keluarga.Gunakan hikmah"

Senyap sebentar.Nadia menambah.

Nadia, "Kalau dengan kawan-kawan pula.Kadang-kadang menasihatkan tu tidak mudah.Kadang-kadang kita boleh hilang kawan bila kita menegur kesalahan dia.Tapi kita sayang dia, kita tak nak dia dihukum oleh ALLAH atas kelalaiannya maka kita kena juga nasihatkan dia kerana kita sayang dia kerana ALLAH"

Saya terdiam.

Nadia menegur saya yang kelihatan kaku "betulkan fira?"

Dalam keadaan kaku itu sebenarnya saya berfikir "Mereka ini bijak dengan ilmu dunia.Cepat pula mempelajari ilmu akhirat.Hebatnya mereka dalam berkata-kata.Diri saya pula penuh dengan kelemahan.Mengapa saya dipilih untuk mendidik mereka? Saya tidak layak"

"Ya.Betul!" Cepat saya kembali ke alam realiti.Abaikan sebentar persoalan tadi.

Saya mencuba "Betullah apa yang semua katakan tadi.Mengasihi orang lain ni kerana ALLAH adalah bagaimana kita mengasihi orang itu sama seperti kita mengasihi diri kita sendiri.Jika kita takut ALLAH menghukum kita atas kesalahan yang kita lakukan maka kita perlu takut juga untuk melihat orang-orang disekeliling kita dihukum oleh ALLAH atas kelalaian mereka.Kita perlu mengubah mereka.Sakit atau bahaya, jika kita sayangkan mereka maka tegurlah.Jika ALLAH beri kita kesenangan, kebahagiaan maka kongsi lah ia bersama-sama orang yang tak merasakannya.Dunia hanya sementara, akhirat tempat tujuan kita"

Semua senyap, tunduk dan menggerak kepala atas ke bawah tanda faham.Fahamkah atau menjaga hati saya.Jika faham, ALHAMDULILLAH.Jika mengambil hati, syukran.Tapi kefahaman kalian yang lebih saya harapkan.

ALLAHu rabbi banyaknya kelemahan saya..

Saya sayangkan mereka seperti saya sayangkan keluarga saya.Ekspresi tidak sama dengan apa yang ada di dalam hati.Kelemahan saya.

*peristiwa selepas usrah*

Belum sempat habis usrah.Nabila mengaduh perutnya lapar.Saya bangkit menuju ke dapur mencari sesuatu yang boleh dihidang untuk makan beramai-ramai.Tiada apa.Saya kembali ke bilik dan meminta mereka menunaikan solat isya' berjemaah dahulu sementara saya cuba menyiapkan makanan sepantas yang boleh.

Memikir-mikir apakah yang sesuai.Yang cepat, mudah tetapi mengenyangkan perut.Selongkor setiap kabinet di dapur.ALHAMDULILLAH ada sebungkus bihun.

Saya merenung bungkusan bihun "Apa yang mahu di masukkan dalam bihun goreng ni? Takkan kosong saja?"

Selongkar peti ais.ALHAMDULILLAH ada 10 ketul udang dan kobis.

Nadia membantu menyiang udang.Saya pula memotong kobis.Sambil saya memotong kobis, hati ni berbisik-bisik "Rupanya ini rezeki mereka.2 hari lepas aku membeli belah barang keperluan.Duit belanja bulanan tinggal 200grv.Dalam pada kekurangan duit, aku masih nak mencapai, menimbang 10 ekor udang itu.Walhal harga udang terlalu mahal.20grv untuk 10 ekor udang.Waktu itu memang tak faham mengapa aku mahu ambil juga udang-udang tu sedangkan aku tak perlukannya.Rupa-rupanya ketetapan ALLAH mendatangkan rezeki untuk mereka hari ini adalah melalui aku.MAHA SUCI ALLAH!"

Selesai memasak.ALHAMDULILLAH mereka setia menanti bihun goreng bersama udang meskipun sedikit lewat.Sambil makan kami membincang aktiviti-aktiviti yang mahu diisi sepanjang cuti minggu depan.

Saya membuka cadangan "Jom kita buat makan-makan di tepi tasik!"

Nabila yang sememang aktif.Eh, super aktif terus menjawab "Nak3! jom buat BBQ!"

Ada yang menyampuk "Alaaa..Malaslah jauh2.Leceh.Kita buat kat hostel aje lah"

Saya terdiam.Berfikir "Ada yang tidak seronok rupanya.Hati ni cepat sungguh nak terasa.Abaikan bisikan-bisikan syaitan itu fira"

Nabila menyampuk "Alaaa..tak best lah kat sini.sekali sekala jomlah keluar!" Fatimah meng"ia"kan kata-kata nabila.

Saya "terpulanglah mana yang mudah.Fira setuju je!"

Seseorang "berapa kali dah dengar nak buat itu dan ini.nak pergi sauna tapi tak juga buat.betul ke nak buat ni? nak buat biar betul-betul"

Saya tersentak lagi.Diam dan terfikir "ALLAH! kelemahan aku lagi.Rupa-rupanya mereka ingat setiap kata-kataku dan mahu.Selama ni bila bertanya, ada sahaja yang menolak seperti tidak suka dengan cadangan-cadanganku"

"Nak ke tak?" Seseorang

"Nakkkkkk!!!" Yang lain menjawab serentak.

Nabila "jom bahagi-bahagikan tugas!"

Selesai pembahagian tugas.

"Nabila dan Fatima, bakar ayam.Liyana dan Nadia, lasagna.Linda, sup cendawan.Gulsum, salad.Marini, kek batik.Fira, black pepper sauce"

"Takkan fira black pepper sauce aje?" Seseorang.

Tersentak.Diam.Kaku.Bisu.
Di dalam hati "ALLAHu rabbi.Mengapa terlalu cepat terasa ni fira? Syaitan ni.Senyum.Abaikan"

Mencuba kembali ke keadaan asal dan buat-buat tidak dengar dan tidak faham "Anything korang nak.Bagitau aje! Fira buat (^_^)"

Liyana "kita pergi 4/5 lah.Cuti waktu tu.ok?"

Semua "ok!"

Suasana senyap tanpa suara.Menghayati setiap suapan bihun goreng barangkalinya.
Saya masih cuba menyembunyikan rasa hati.Saya angkat tangan "Korang..Jom buat pyjama party!" Saya mencuba untuk menjadi seperti mereka.Sukakan hiburan dan sukakan gelak ketawa.

"Hurmmm.." Seseorang.

Saya diam dan faham akan maksud "hurmmm.." itu.

Berakhir usrah malam ini.

*310 pagi*

Saya mula menulis di blog ini selepas membaca blog sahabat-sahabat saya.
Terfikir akan kelemahan-kelemahan yang ada dalam diri saya.

"ALLAHu rabbi, berilah kekuatan untuk aku mengubahnya. Berikanlah jalan dan tunjukilah aku ya ALLAH!"

[aku masih begini dan akan terus begini selagi cintaku tidak dibalas olehMU ya ILLAHI~]

No comments:

Post a Comment

 

me myself and i