Monday, February 8, 2010

~ erti suami ~


apakah erti seorang suami sebenarnya?
di sini saya kongsikan sesuatu yang rasanya bermanfaat untuk mereka yang bakal bergelar suami dan juga yang sudah bergelar suami..
pandangan secara ringkas dari seorang teman..

layari bahtera kekeluargaan bersama nakhoda yang mengemudi ke arah taman syurgawi...
di dadanya ada iman..
di hatinya ada ALLAH..
di sisinya ada isteri dan anak sebagai semangat
dan akhirat akhir menjadi tujuan bahteranya!


1. Sunnatullah dan Syariatullah

Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya. Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya.

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir – tempat tinggal, makan minum .

Nafkah batin – merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan. Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya.

Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaallah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

2. Uswah Hasanah

Seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga.

3. Amanah (Tanggungjawab)

Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.

Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.

4. Matlamat

Seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?..Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.

5. Istiqamah

Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya.

Didikan seroang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah instiusi keluarga.

Kesimpulan :
S – Sunnatullah & Syaratullah
U – Uswah hasanah
A – Amanah
M – Matlamat
I – Istiqamah
Satu kisah dari seberang..

S U A M I
By: agussyafii

Rasa sayang seorang suami terhadap istri bagaikan rasa sayang terhadap belahan jiwanya sendiri. Ujung jari yang teriris, airmata mengalir tiada henti karena mata turut merasakan sakitnya jari yang teriris. Begitulah ungkapan rasa sayang seorang suami terhadap istrinya. Sungguh indahnya wujud sayang seorang suami, dengan ketulusan dan cinta kasih membangun mahligai rumah tangga yang juga dibalas cinta kasih oleh sang istri.

Begitulah yang dituturkan seorang suami dan juga teman dalam keseharian saya. Mas Budi yang saya kenal yang juga seorang ustadz muda rajin mengisi ceramah di majelis taklim, beliau sangat menyayangi istrinya. Beliau malam itu berkunjung ke Rumah Amalia. ‘Mas Agus Syafii, mohon doanya anak-anak Amalia istri saya sedang sakit.’ Begitu tuturnya. Malam itu Mas Budi bertutur bahwa istrinya tiba-tiba jatuh. Setelah didiagnosa istrinya mengidap penyakit jantung keturunan. ‘Jadi saya mesti selalu menemaninya setiap saat.’ tuturnya. Air matanya terus mengalir ketika Mas Budi menceritakan dirinya tidak sanggup melihat istrinya jika sedang sakit.

‘Istri saya terlihat putus asa ketika serangan jantung itu datang. Saya tidak bisa meninggalkan dia sendirian.’ lanjutny a. Mas Budi merasa dalam pilihan yang berat. Sebagai Dai dan sebagai suami. Namun dalam keadaan seperti itu malah justru memilih untuk merawat istrinya yang tercinta.

‘Inilah ibadah yang terbaik buat saya. Merawat istri dengan baik.’ ucapnya. Dua pekan berikutnya saya mendapatkan kabar dari Mas Budi melalui sms bahwa istrinya sudah boleh pulang. beliau mengucapkan terima kasih banyak atas doanya dan teriring salam untuk anak-anak Amalia.

Wassalam,
Agussyafii

begitulah rasa sayang seorang suami terhadap istri, berbagai ujian yang datang semakin menambah ketaqwaannya kepada Alloh SWT dan bersabar dengan senantiasa menjaga dan merawat kala istri sedang sakit. Bersedia melewati suka dan duka bersama.


[ temukan aku dengannya dalam redha dan rahmatMU ]

No comments:

Post a Comment

 

me myself and i