Monday, May 24, 2010

~ bahagia yang dicari ~


Terasa syahdu saat-saat insan lain semua sedang lena diulit mimpi. Entah kenapa perasaan begini sering hadir di waktu-waktu begini. Semalam, semalaman saya menghabiskan waktu di bilik sahabat. Semalam cuti 'trinity God'. Kami lebih selesa menghabiskan waktu cuti itu di bilik dari berlegar-legar dan berpeleseran menghabiskan masa dan wang di pekan. Selama di bilik sahabat, tidak langsung terasa akan kekosongan. Tapi saat ni..terasa hidup terlalu kosong. Tadi bila bersama sahabat-sahabat, tidak pula terasa kekosongan yang sebegini.

Pulang ke bilik lewat 11 malam. Sampai di bilik, perkara pertama yang saya lakukan adalah 'log on' laptop. Kemudian terus duduk mengadap laptop sehingga saat ini. Sudah puas saya jelajah segenap ceruk 'website' dalam 'google' untuk mencari sesuatu yang mengisi hati yang terasa kian kosong. Saya masuk ke laman 'facebook'. Tiada yang baru. Sahabat-sahabat online saya kebanyakkan nya sudah tidak aktif. Majoriti baru mendirikan rumahtangga. Barangkali 'busy' mahu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Saat itu terasa kesunyian hadir dalam diri saya.

hiasan semata-mata untuk menggambarkan sepinya diri, sendiri.

Saat terasa sunyi begini, saya masih cuba nak mencari jawapan. Apa yang hati saya cari sebenarnya? Dari laman 'facebook', saya ke laman 'friendster'. Tertarik dengan 'shout out' teman-teman di laman 'facebook' dan 'friendster'. Kebanyakkannya bernada gembira, ceria, bahagia. Ada yang ceria kerana bakal menjadi isteri/suami. Ada yang gembira dengan kelahiran cahaya mata. Bahagia kerana dapat melanjutkan pelajaran. Ada yang gembira kerana impian hampir tercapai. Tak kurang juga ada yang 'shout out'nya berbaur sedih. Sedih kerana ahli keluarga telah tiada. Sedih kerana dah lepas dalam 'exam'. Sedih kerana mak ayah "tidak bersama lagi". Pelbagai ragam dan karenah. Setiap gambar yang diletakkan dalam 'page' mereka pon ada ceritanya tersendiri. Ada yang jawha ceria. Tak kurang yang masam mencuka.

Bila melihat dan membaca semua itu membuatkan saya terfikir..
Apa yang menjadi matlamat dalam kehidupan setiap orang?
Apa erti bahagia yang sebenar-benarnya yang ingin dimiliki oleh setiap orang?
Setiap orang merasa bahagia dengan apa yang mereka miliki waktu ini. Tetapi saya seperti tidak merasainya biarpun saya juga memiliki apa yang mereka miliki. Jujur saya katakan saya tidak temui lagi kebahagiaan yang saya idamkan saat ini biarpon saya sudah miliki setiap apa yang saya impikan.

Saya bahagia kerana impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang 'medic' telah saya kecapi. Saya bahagia kerana memiliki keluarga yang riang ceria dan alhamdulillah hidup dalam kesenangan harta dunia. Bahagia juga kerana cukup segala benda. Tapi hati saya tidak sepenuhnya bahagia. Bahagia yang saya cari masih tidak saya temui. Tidak bersyukurkah saya?

Saya pernah rasa bahagia memiliki seorang kekasih. Saya yakin dialah yang pertama dan terakhir buat saya. Saya yakin dialah "adam" buat saya. Saya yakin setianya dia pada saya. Segala kepercayaan dan keyakinan saya berikan padanya. Namun, apabila bertemu insan yang lebih sempurna pada matanya..saya ditinggalkan. Hilangnya rasa bahagia saya.

Hadir pula sahabat membuatkan saya kembali ceria dan bahagia. Saya rasa bahagia memiliki seorang sahabat. Saya berikan seluruh kesetiaan, kasih, sayang, perhatian, masa kepada sahabat saya. Tapi akhirnya..apabila dia bertemu "cinta hatinya", saya ditinggalkan keseorangan. Rupa-rupanya sahabat yang saya temui bukanlah sahabat yang sebenar-benar sahabat yang saya cari. Saya hilang bahagia saya untuk kali kedua.

Saya teruskan mencari sahabat. Lantas bertemu sahabat yang saya kira adalah sebenar-benar sahabat. Hati nekad memberi yang terbaik buat sahabat. Tapi sayangnya sahabat yang berada di depan mata bukanlah juga sahabat yang dicari. Keburukan saya dijaja. Keaiban saya dibuka. Dihina dan dipandang keji pada tiap-tiap mata yang memandang. ALLAH! begitu kerdil dan kecil saya rasakan waktu itu. Tiada sahabat, tiada kekasih, tiada peneman. Sendiri saya di muka bumi ukraine ini mengharungi semua. Tiada lagi bahagia untuk saya.

4 tahun dulu saya penah merasai semua ini. Dari situ saya berusaha mencari kekuatan diri. Ditinggalkan sendiri oleh sahabat-sahabat dan kekasih hati. Berusaha untuk berdiri. Berusaha mencari tongkat untuk menahan diri untuk berdiri. Mencari ubat untuk segala kesakitan yang ada dalam hati. Saya mencari dan terus mencari. Saya mencari sendiri. Kekasih dah lama pergi, sahabat pula memandang pon dah tak sudi.
Akhirnya saya temui cinta sang kekasih yang lebih sejati dari cinta kekasih hati. Kasih yang lebih agung dari kasih sahabat. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dari setianya seorang kekasih dan sahabat. Saya temui cinta ILLAHI. Dalam setiap sujud membesarkan keagunganNYA. Terasa lemah luluh seluruh tubuh bila merasakan betapa jauh saya dariNYA. Selama ini sesaat pun DIA tidak lupakan saya tapi bertahun-tahun saya melupakanNYA.
Sukar untuk digambarkan perasaan itu biar diucap dengan kata-kata puisi yang paling indah. Atau didendangkan dengan syair merdu nyanyian siti nurhaliza. Sukar digambarkan. Setiap saat terasa rindu. Setiap waktu ingin bertemu. Tiada lain yang menjadi impian melainkan untuk melihat wajahNYA "di sana". Terasa bahagia yang tak terhingga. Terasa tidak gentar pada sesiapa. Setiap langkah terasa mudah. Setiap ujian yang hadir terasa indah. ALLAH! bahagia sangat ketika itu. Tidak perlu lagi kekasih atau sahabat. Kerana DIAlah kekasih, DIAlah sahabat. DenganNYA segala-galanya boleh diluahkan. Tanpa ada rasa sangsi, malu atau takut kerana belum sempat diluah, DIA sudah mengetahui segala-galanya. Indah! teramat indah.

Tetapi hari ini terasa sunyi. Bahagia itu telah hilang. Hilang tanpa disedari. Saya berusaha mahu mencari rasa itu. Tapi belum saya temui. Andai anda telah temui cinta sejati yang pernah saya temui, sudilah kiranya berkongsi kembali bersama saya cinta itu. Andai anda menemui jalan menemui KEKASIH HATI saya itu, bawalah saya bersama untuk berjumpa denganNYA kembali. Andai anda sudah miliki rasa bahagia itu, jagalah ia kerana ia boleh pergi tanpa disedari. Jangan lalai walau seketika kerana 'syaitan' mencemburui rasa bahagia itu.

Kini saya sedar tapi saya leka dan lalai. Rasa bahagia yang saya cari tidak ada pada manusia. Rasa bahagia yang saya cari hanya ada pada DIA. Pemilik bahagia untuk dunia dan akhirat saya. Puas saya cari bahagia pada manusia tapi akhirnya saya tetap rasa kosong dan sunyi. Saya yakin bahagia saya ada padaNYA dan jalanNYA. Saya masih mencari-cari jalan kembali ke sana. Saya terus berusaha biarpun sampai hujung nyawa.

"ya ALLAH! aku tahu dosa-dosaku yang menjarakkan aku dariMU..aku tahu tahu titik-titik hitam yang mengotori hatiku dari menempatkan cintaMU dalam hatiku..aku tahu segala kelemahan nafsu ku membuatkan rasa bahagia itu kian hilang dari hidupku..ya ALLAH! bukan aku mengeluh atas setiap cubaan dan ujianMU atas diriku..tetapi ENGKAU lebih mengetahui hatiku ini..ya ALLAH! aku sering lalai dan leka dengan duniawi sehingga aku lemas dan hanyut dalam nikmatnya..ya ALLAH, berikanlah keampunan padaku..berikanlah kekuatan padaku..aku masih mendamba cintaMU..tunjukkan aku jalan ya ALLAH! jalan menuju kepadaMU..aku mahu mati dalam cintaMU ya ALLAH! aku mahu bertemu denganMu ya ALLAH! Jangan palingkan wajahMu dariku ya ALLAH! Tolonglah aku hambaMU yg kerdil lagi hina ini ya ALLAH!"


Tersedar seketika.. Bahagia itu akan hadir dalam sujud yang panjang, penuh kehambaan. Dalam sujud yang merasakan bahawa DIA sedang melihat kita dan DIA benar-benar ada di hadapan kita. Bahagia dirasa bila setiap isi dunia ini tidak ada harga dan nilai walau beri dengan percuma. Bahagia dirasa bila bersamaNYA. Bahagia adalah rahsia ILLAHI yang perlu dicari dan dikecapi oleh setiap manusia yang benar-benar mahu mencari erti bahagia yang sebenar-benarnya. Bahagia yang hakiki adalah rasa tenang dan bahgia bila menyebut "cukuplah ALLAH bagiku..'

Sujudlah padaNYA walau di mana dirimu berada wahai diri. Sujudlah padaNYA walau berada dalam apa keadaan pon wahai diri. Sujudlah padaNYA walau dalam kepayahan dan kesakitan wahai diriku~
~ biarpun dalam sibuk menuntut ilmu


~ ketika musim sejuk


~ ketika musim panas


~ ketika nyaman


~ dalam keramaian

~ dalam sendirian


~ dalam apa jua keadaan



Duhai diri, bersujudlah padaNYA..ESAkan DIA..agungkanNYA..hadirkanNYA dalam setiap masa, setiap langkahmu, setiap derai tawamu, setiap tangisanmu dan setiap hela nafasmu..contohilah mereka di atas ini yg sujud padaNYA dalam setiap keadaan, yang mengingatiNYA dalam setiap perbuatan..Jangan lupakan DIA walau sesaat...berusahalah wahai diri..Moga cintaNYA hadir kembali dalam diriku~

Emas awanan, berlabuh sepi
hanya meninggalkan
malam yang melabuh
hati yang tersentuh
ditinggalkan derita yang tak pernah pupus
mencari kasih yang teragung
dan bila hatiku berkata
engkau adalah segalanya

mengalir tinta airmata
syahdu mengharap belas kasihnya

berdoalah, menadah tangan mu dan memujinya
dan bertaut hanya padanya semata

berbahagialah bagi mereka yang dikasihinya
dan berdukacita bagi mereka yang terleka

Album : Emas Awanan
Munsyid : Saff-One
http://liriknasyid.com

[ Hakikatnya bahagia itu Adalah ketenangan Bila hati mengingati Tuhan ]


1 comment:

 

me myself and i