Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu terkenang
Tempat aku mula mengenal erti perjuangan
Yang tak kenal erti kepenatan
Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu terkenang
Pada sahabat-sahabat seperjuangan
Yang sering memberi tunjuk ajar dan teguran
Atas segala kesilapan
Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu bimbang
Mampukan aku teruskan perjuangan
tanpa sahabat yang aku sayang?
Bila jauh di rantau orang
Harapanku tinggi menjulang
buat semua sahabat yang kutinggalkan
agar terus memberi sokongan...
Buat aku yang jauh di rantau orang
Berdoalah kepada yang Maha Penyayang
Agar terus mendapat pedoman
Yang akan memandu jalan
Wahai diriku yang jauh di rantau orang
engkau tidak bersendirian
dalam membina taqwa dan iman
atas jalan perjuangan
yang pastinya penuh ujian
Ingatlah diriku yang jauh di rantau orang
Beradaptasilah dengan semua orang
Untuk kau timba pengalaman
Kerana guru terbaik adalah pengalaman
dan berada jauh di rantau orang
juga adalah perjuangan..
Berbekallah jika kau di rantau orang
dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang nabi tinggalkan
juga dengan akhlaq dan kasih sayang
untuk mudah engkau tawan
hati-hati INSAN yang jauh dari Tuhan
WALAUPUN JAUH DI RANTAU ORANG
PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN
KERANA KITA MATA RANTAI DALAM BERJUANG
BUKAN PEMULA, PENGAKHIR JUGA BUKAN..
dan berada jauh di rantau orang
juga adalah PERJUANGAN!!!
[ ya ALLAH! jadikan kami seorang pejuang yang merindukan syahid di jalanMU ]
salam fira...
ReplyDeletenti jdi follower ekin k:-)
sng nk tgk blog fira nti...
salam ziarah, ketika merayau2, terjumpa pulak blog yg sangat indah ini....
ReplyDeleteSalam Senyum Ceria...
ReplyDeleteSuatu diari perjuangan seorg kamu, aku, dia & mereka..diari dalam setiap kehidupan, hidup itu merupakan perjaungan