Friday, June 12, 2009

~ misteri alam semesta ~


“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.”

[Al-Jaathiyah 3-5]

Sesaat dan sejenak kita berfikir tentang kejadian atau fenomena alam besar impaknya dan boleh membawa kita kepada keinsafan terhadap keagungan ciptaan Allah SWT. Setiap kejadian tidak terjadi dengan sendirinya malah bersebab dan berhikmah itupun bagi manusia yang ingin berfikir. Allah berfirman menerusi Al-Qur’an beberapa kali menyebut tentang manusia yang mahu menggunakan akal fikiran.

Maka dengan itu syukurilah dan hargailah nikmat akal fikiran yang telah dikurniakan Allah kepada kita sebaiknya. Ambil lah kesempatan mengingati Allah di dalam apa jua keadaan, apatah lagi bila kita melihat setiap kejadian dan fenomena alam cipataan Nya yang maha Agung. Janganlah disebabkan kebiasaan kita melihat kejadian alam ini membuatkan kita merasa tiada apa untuk dihairankan dan bersifat alpa.

Nikmat hidup dan nikmat Islam yang kita rasai pada saat ini syukurilah dan hargailah selagi kita masih punyai ruang waktu. Ingatlah setiap saat pada Nya dan ucap lah ’Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ & ‘Allahuakbar’.


Lihatlah Kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan Alam Semesta..

Maksud Firman Allah S.W.T :

“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”

“Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).”

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.”

( Al-Mulk : 3-5 )

“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? “

( As Sajadah : 4 )


Nebula bermaksud gas yang dihasilkan akibat daripada letusan bintang di akhir hayatnya. Seperti Matahari juga akan menempuh kitaran akhir hayatnya. Setiap bintang akan mengalami saat kematiannya iaitu berakhir dengan letusan yang sangat dasyat. Bagi bintang-bintang yang bersaiz berganda-ganda lebih besar, letusan tersebut di panggil Supernova. Terdapat lebih kurang 300 bilion bintang di angkasa raya yang mana dalam setiap waktu terdapat letusan akan berlaku. Jika dahulu dengan ketiadaan teknologi kita tidak dapat melihatnya namun pada hari ini kita boleh melihat kejadian tersebut dengan jelas.

Sedarkah bahawa satu ketika nanti sistem suria kita juga akan mengalami nasib yang sama. Sebagai umat Islam sememangnya kita telah diajar untuk beriman dengan mempercayai akan berlakunya hari kiamat.


Saintis barat kebelakangan ini telah membuat kajian dan menemui banyak fakta serta kebenaran tentang alam ini termasuk proses pengakhirannya. Satu-satunya teleskop hubble yang di orbitkan di angkasa oleh saintis barat telah banyak merungkai misteri alam semesta. Dengan izin Allah imej-imej yang menakjubkan tentang misteri alam semesta dapat kita perhatikan walau tidak semua namun cukup membuat sesiapa yang melihatnya terpegun dan takjub dengan kebesaran Allah S.W.T


Cuba kita lihat Firman Allah Surah Ar Rahman ayat 37 & 38


“Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; “
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”


Ayat diatas menerangkan tentang kedasyatan tentang hari kiamat yang akan berlaku yang mana seluruh alam semesta akan musnah samasekali. Imej ini seolah menggambarkan apa yang telah diterangkan di dalam ayat di atas. Wallahu’alam.


Apapun, ayat di atas merupakan firman Allah yang tiada keraguan sedikitpun. Sekiranya tiada bukti sekalipun sememangnya kita mempercayai dan mengimaninya dengan sepenuh hati. Namun kita patut berasa bersyukur dengan setiap ruang dan peluang yang kita perolehi lantas mengambil inisiatif untuk menginsafi dan mengambil iktibar dalam merancang hidup menghadapi hari pembalasan yang sudah pasti akan tiba.


Sebagai umat Islam, kita patut bersyukur di atas nikmat Islam yang telah didikurniakan pada kita. Sememangnya Allah menyuruh kita sentiasa memerhatikan kejadian alam dan sentiasa berfikir betapa hebatnya alam yang telah diciptakan lantas mengimaninya.


Walaupun kajian demi kajian yang dibuat oleh orang-orang barat adalah dari golongan yang bukan Islam namun tidak bermakna kita tidak perlu ambil tahu. Bukankah menuntut ilmu itu suatu yang sangat dituntut apatahlagi ilmu-ilmu yang bermanfaat. Perhatikanlah antara beribu imej yang berjaya dirakam oleh teleskop hubble & berfikirlah tentang kebesaran Allah S.W.T :

1) Cat’s Eye Nebula

2) Hellix Nebula

3) Hellix Nebula Dying Star

4)Splendid Planetary Nebula

5)Eye Shaped Planetary Nebula NGC 6826

6) Nebula NGC 3132

7) Cat’s Eye Nebula NGC 6543

9) The Crab Nabula

10) Crab Nebula


11) Old Stars

12) SuperNova 1987A Surrounded by 3 Rings of Gas

13) Supernova Remnant N 63A

14) Explosion

15) Exploding Stars

16) Spiral Galaxies NGC 2207 & IC 2163

17) Cartwheel Galaxy

18) Spitzer Composite Image

19) The Whirpool Galaxy M51 & Companion

20) Galaxy Cluster 1E 0657

21) Dark Matter Ring In Galaxy Cluster

22) Galaxy Cluster MACS J0717

23) Infant Stars

24) Illuminates Dust Around Supergiant Star V838

25) Star Cluster Bursts

26) Star Birth in Galaxy NGC 604

27) Stars

28) Cluster NGC 6397

29) Scattered Light From Boomerang Nebula

[ ya ALLAH! bukakan lah mata hati kami untuk melihat semua ciptaanMU adalah semata-mata atas kehendakMU ya ALLAH! semoga bertambah keimanan kami dan semoga bertambah kecintaan kami kepadaMU ya RABB ]

1 comment:

 

me myself and i