Sunday, December 13, 2009

~ tugas mu menyampaikan bukan merubah ~


Hujung serbanku selalu basah.

Sering menjadi tempat aku mengelap mata.

Tidak sedikit tangisan yang tumpah di sepanjang liku perjalananku mengenal erti dakwah.

Apalah yang budak hingusan ini tahu tentang perjuangan?

Namun dalam usia yang berputik jagung, kusambut satu azam yang Allah campakkan ke hulu hati, agar tidak berpaling lagi.

Jika setiap hari, kebanyakan teman sebayaku asyik melayan Rock kapak dan hidup ketawa, aku dan segelintir ghuraba’ di medan itu dilatih oleh para murabbi agar bertanya pada setiap perjalanan masa, “hari ini, apa yang sudah kubuat untuk Allah?”

Ungkapan yang lebih enak dalam bahasa khalifah terakhirku, “bugun, Allah’icin ne yaptin?”

REALITI DAKWAH

Benar sekali nasihat Luqman kepada anaknya tatkala buah hati pengarang jantung itu diperkenalkan kepada perintah dakwah.

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah seolat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan”
[Luqman 31: 17]

Diejek, dipulau, dijadikan bahan ketawa, semua itu menjadi makanan harian di sepanjang hari-hari awal diriku mengenal erti dakwah. Kehidupan yang sedemikian rupa, menjadikan usia remajaku, tidak mudah untuk ditoleh sebagai kenangan yang menguntumkan senyuman. Biar pun diriku cemerlang dalam merangkul anugerah akademik saban tahun, tetapi graf kehidupanku tidak ubah seperti catatan mesin mengukur gempa bumi yang turun naik pada skala Richter.

Setiap kali graf itu mendatar, aku didatangi rasa bimbang dan gelisah.

Pasti ada sesuatu yang bakal datang menguji.

Allah tidak lama membiarkan diriku alpa dengan keamanan kerana mungkin Dia Maha Tahu bahawa aku adalah manusia yang hanya boleh dibentuk dengan musibah dan ujian, bukan kesenangan dan keselesaan. Justeru setiap tahun mastautinku sebagai thalib al-’ilm di sekolah, ada sahaja perkara besar yang menimpa sampai aku lali dengan segalanya.

UJIAN YANG MENYELAMATKAN

Selayaknya aku memuji Allah.

Rupa-rupanya segala kesusahan itulah yang menyelamatkan aku dari fitnah kehidupan di usia muda. Kesakitan menanggung dakwah menyebabkan aku hilang selera pada keseronokan yang digilai rakan-rakan seusia. Aku tidak mampu mengecap rasa manisnya kerana seluruh reseptor pada tubuh badanku hanya mengenal hidangan satu rasa. Bukan manis dan bukan masin. Hanya pahit, perisa kebenaran.

Aku berjaya menempuhnya.

Zaman persekolahan sudah lama berlalu.

Ia bersambung dengan perjalanan yang tidak pernah meredakan jatuh bangun kehidupan yang penuh liku. Aku juga yakin, beginilah sebenarnya jambatan untuk sampai ke Syurga. Dunia penjara Mukmin, jalan ke Syurga penuh ranjau yang menjanjikan damai di hujung perjalanan.

Namun Allah tahu sakit dan sihat iman hamba-Nya. Tidak sekali-kali dibiarkan hamba-Nya diuji hingga melepasi tahap keupayaan diri. Sesekali akan Allah datangkan sinar gembira, terutamanya pada melihat generasi-generasi yang menyusul di belakang berjaya menyertai mata rantai jalan ini.

Ketika fitnah Jahiliyyah semakin menggila, Allah suka memberi petunjuk kepada kita bahawa biar sehitam mana sekali pun pekatnya malam, sentiasa ada kunang-kunang dan pelita yang menyala tabah di sana sini. Semuanya demi menyedarkan kita, bahawa tiada malam kecuali datang selepasnya siang.

Di antara khabar gembira itu, ada yang datang segera, ada yang ditangguhkan-Nya ke masa yang lebih bermakna.

PERTEMUAN YANG TIDAK DIDUGA

“Assalamualaikum. Hoi, kau tak kenal akukah?” tanya seorang lelaki yang memegang lenganku di sebuah pasar raya.

“Waalaikum al-Salaam. Muka sangat familiar. Tapi ana tak berapa ingat di mana kita bertemu,” saya berterus terang sambil menjawab salamnya.

“Kau memang tak ingat aku sebab kau tentu berusaha keras nak lupakan aku. Aku Karim, senior kau kat Izzuddin dulu,” katanya penuh semangat.

Lucu juga. Seorang aku engkau, seorang ana anta.

Aku tersenyum mendengar ulasannya bahawa dia pasti terhapus daripada ingatanku dek pengalaman aku bersamanya semasa di sekolah dulu. Karim (bukan nama sebenar) adalah di antara senior yang amat membenciku. Sebab itu wajar bagi beliau untuk aku tidak mengingatinya.

Kami berbual sedikit tentang perkembangan masing-masing. Katanya, beliau teragak-agak mahu menegurku sebab aku sudah menjadi selebriti! Tetapi dia gagahkan diri menegur kerana ada hajat yang mahu ditunaikan.

“Aku sebenarnya ada dua benda yang aku nak cakap dengan kau. Satu nak minta maaf, satu nak ucap terima kasih!” ujar Karim kepadaku.

“Err, lain betul bunyinya tu. Apa bendanya?” aku bertanya.

“Aku nak minta maaf pasal kotak Yeo’s!” katanya kepadaku.

“Hahaha!” aku tidak dapat menahan ketawa.

Peristiwa itu sudah aku lupakan tetapi tidak bagi Karim.

KISAH LAMA

Semasa aku di Tingkatan 4, aku menjadi Presiden BADAR pertama yang dilantik daripada kalangan pelajar Tingkatan 4. Selalunya jawatan penting ini disandang oleh senior di kelas STA1 atau Tingkatan 6 Rendah.

Karim yang sudah sekian lama membenciku, mungkin kebencian jadi bertambah-tambah dengan perlantikan itu.

Suatu petang, semasa aku berjalan sendirian di koridor menuju ke bilik Ketua Pelajar bagi memasang kaset alunan nasyid tanda menjelangnya Maghrib, aku dikejutkan sesuatu. Sebuah kotak air minuman Yeo’s yang masih separuh berisi jatuh dari tingkat atas tepat mengena dahiku. Sebahagian daripada air tebu sintetik itu tumpah ke mukaku dan dahiku sakit terkena bucu kotak itu.

Aku menoleh ke atas dan ternampak Karim ketawa melihat hasil kerjanya yang menjadi itu.

Hujung serban kutarik untuk mengusap muka yang basah.

Aku tidak pernah menceritakan kejadian ini kepada sesiapa kerana ia terlalu simbolik. Biar pun sekotak air yang dicampak ke muka, terlalu ringan jika mahu dibandingkan dengan kesengsaraan generasi dakwah yang silam, ia tetap menjadi kenangan yang amat simbolik dalam liku-liku hidupku mengenal dakwah. Kotak Yeo’s itu menjadi simbol kebencian Karim kepadaku, yang tidak pernah menginginkan apa-apa kepadanya kecuali kebaikan dan keselamatan dunia dan Akhirat.

“Ana dah tak ingat cerita tu!” aku tersenyum dan tersentuh dengan permohonan maaf Karim.

“Kedua, aku nak ucap terima kasih!” kata Karim lagi.

“Terima kasih sebab apa?” aku kehairanan.

“Masa di sekolah, macam-macam orang buat kat engkau. Tapi kau buat bodoh je. Kau cakap, cakap, dan cakap. Sebenarnya, bila aku dah keluar sekolah, sambung kat U, dah kahwin, jadi laki orang, jadi bapak orang, barulah aku tersedar, nak jadi orang… haha!” Karim bercerita dengan tawa bercampur rasa.

“Bila aku tersedar dan nak berubah, semua yang kau pernah cakap masa di sekolah dulu, sedikit sebanyak itulah yang aku pakai. Lagi pun banyak yang kau tulis kat blog. Aku silent reader!” Karim menyudahkan ceritanya.

Kata-kata Karim amat tulus dan ikhlas.

Aku hilang kata-kata dan sebak menahan gelora dada.

PUJI DAN PUJA UNTUK-MU

Ya Allah, ampunkan aku!

Aku pernah hampir berputus asa. Pernah menyoal di manakah kesudahan usahaku dan rakan-rakan menyeru manusia kepada-Mu. Seandainya aku berputus asa dan berhenti dari menyampai, rugilah Karim, rugilah aku, dunia dan Akhirat.

Tatkala pertemuan aku dan Karim setahun dua yang lalu berlaku tanpa diduga, aku sering menjadikan kisah ini sebagai kata perangsang buat generasi adik-adik yang sedang menyambung mata rantai dakwah di kampus dan sekolah. Jangan berputus asa, jangan kecewa dan berasa lemah tidak berupaya.

Setiap kali kita bercakap seruan dakwah, cakap itu sebenarnya sampai.

Biar pun ia disambut dengan ejekan dan caci makian, ia sudah pun tembus ke telinga, mata, otak dan hatinya.

Dia mungkin meremehkannya di depan dirimu.

Namun akan sampai harinya, mutiara pemberianmu dikutipnya sebagai bekal menuju perubahan.

Berlapang dadalah kalian wahai adik-adik di medan dakwah.

Jalan itu memang begitu.

Tugasmu bukan memaksa perubahan, tetapi sebagai penyampai pesan.


“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)”
[al-Ghasyiah 88: 21-22]

grab from : saifulislam.com

Tuesday, October 27, 2009

~ Alhamdulillah sedih telah pergi, senyuman telah kembali ~


" Tiada musibat yang menimpa seseorang melainkan dengan izin ALLAH, dan barangsiapa yang beriman kepada ALLAH nescaya ALLAH memberi hidayat kepada hatinya, dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu. "

( Surah At-Taghabun, ayat : 11 )
ALHAMDULILLAH segala puji bagi ALLAH..
Telah selesai beberapa perkara.
Semoga menjadi hambaNYA yang bersyukur.
Syukran katheeran pada yang sudi membantu.

Ucapan tak terhingga buat sahabat tersayang..
" tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan kecuali mati "

Dalam mencari jalan penyelesaian yang hampir-hampir menemui kebuntuan, ALLAH mendatangkan ilham yang tidak tahu dari arah mana (ilham selepas bangun dari tidur) dan sahabat telah membantu menyelesaikannya.. Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat saya ini.

Tiba-tiba teringat maksud ayat yang bonda suruh amalkan setiap hari..
ayat 1000 dinar..
At-Talaq [2] ……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Terima kasih bonda..
Ayat ni benar-benar menyentuh hati anakanda..
Ummi juga pernah berpesan, pandang semua dengan hikmah dan sentiasa bersangka baik dengan ALLAH! InsyaALLAH, DIA akan sentiasa membantu.. SABAR dan REDHA sebagai kunci..

Terasa ringan beban di dada dan kepala. Boleh lah saya kembali menumpukan perhatian kepada pelajaran yang hampir seminggu saya abaikan. ALLAH maha besar, segala puji bagi ALLAH! Tiada yang hadir dalam hidup manusia (yang dipanggil ujian) itu semata-mata untuk merungkai sifat mazmumah dan menanam sifat mahmudah (bagi mereka yang melihat) dalam hati manusia. Syukran ya ALLAH!

Malam ini saya dapat selesaikan dua perkara. InsyaALLAH esok masih ada tugas yang perlu dilaksanakan..
"DIAM ITU BINASA MEMATIKAN, MAKA BERGERAKLAH"

Wahai diri,
"don't be a lazy bone"<-- ( sir igorof, lecturer anatomy saya selalu guna ayat ni untuk saya dan 2orang lagi kawan saya! )

Esok hari terakhir saya cycle tropical disease..insyaALLAH hari khamis start cycle baru, gynaecology..Esok kena hantar assignment..Kena siapkan dorpus..Kena tela'ah tafsir fizilail..

p/s : kpd yg tak faham term2 syok sendiri sy tu, leh refer kat sini..
"tropical disease" = penyakit yang menular di sesetengah negara teutamanya negara tropika (malaysia juge!)
"gynaecology" = sakit puan
"dorpus" (russian lang.) = surat kebenaran memulakan sesi pembelajaran setelah selesai semua urusan pembayaran dan medical check up

[ ya RABB, tetapkan kami di atas jalanMU.. ]
[ ku damba cinta ILLAHI, redhaNYA ku jejaki, cintaNYA ku cari, syurgaNYA ingin ku duduki ]

Monday, October 26, 2009

~ sedih ~


Terasa gembira bila melihat kawan-kawan dan orang di sekeliling gembira..
Terasa sedih bila melihat kawan-kawan dan orang sekeliling bersedih..
Bila terlihat ade sahabat yang bersedih, terasa hati ni sakit & perit seperti dapat merasakan sama kesedihan mereka..aku bagai terpanggil untuk bertanyakan sebab, terpanggil untuk menceriakan hati yang sedih..kerana bila melihat dia kembali tersenyum, hatiku juge terasa kembali ceria dan gembira..

Hari ini aku bersedih, namun tiada siapa yang hadir..Terasa sedih yang berganda-ganda bila tiada yang bertanya tentang kesedihan ini..Aku sedih kerana ujian yang datang, ditambahkan dengan sedih kerana melaluinya sendirian tanpa teman bicara..Adakah mereka tidak dapat melihat aku dalam kesedihan? atau aku tidak cukup menonjolkan?

Bila berada dalam satu kumpulan yang tiba-tiba semua murung dan tegang, sedih dan tidak ceria..aku selalu terfikir, "adakah aku penyebab ketegangan dan kemurungan sahabat-sahabat aku ni?" maka aku mencube utk menilai sendiri dengan menjarakkan diri dengan mereka..Nah! mereka tersenyum gembira sesama mereka..ketawa riang.."oh rupa-rupanya akulah penyebab hilangnya keceriaan di wajah mereka selama ni..xperlah! andai aku menjauhkan diri dapat mengembalikan keceriaan mereka, aku rela! tapi aduh...peritnya bila difikir-fikirkan yang aku akan melakukan segalanya sendiri! aku perlu kuat demi kebaikan semua orang"

"tapi kenapa kehadiran aku membuatkan keceriaan mereka hilang? membuatkan senyuman di bibir mereka kering? aku terlalu garang kah? aku terlalu tegas kah? aku tidah tahu kerana tiada yang memberitahu..mungkin ada sikap dan kata-kataku yang telah membuatkan mereka terasa hati dengan aku..tapi kenapa tak beritahu langsung kepada aku? bagaimana aku nak berubah jika tiada yang memberitahu tentang kesalahan aku?"

Hidup sendiri memang payah tapi melihat senyuman dan keceriaan orang sekeliling membuatkan kepayahan itu terasa senang..hatiku susah siapalah yang tahu..hanya ALLAH!

Nak menjerit meluahkan isi hati yang sedih namun aku bukan orang gila.. Hanya pada ALLAH aku memohon agar diperkuatkan hati dan diperteguhkan iman untuk menghadapi ini dengan ketenangan dan mengikut kewarasan fikiran..

Hidup ini kadang-kadang ada keadaan yang tak perlukan penjelasan kerana kadang-kadang semakin dijelaskan semakin buruk dan teruk keadaan tu..biarlah ia, lalui dengan sabar dan redha.Kembalikan segala-galanya pada ALLAH!

Perlukah Aku Khabarkan
Munsyid : Saff One

Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yg terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yg ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah..

Nasihati saya wahai sahabat..jika tidak saya semakin jauh dan leka lagi lalai dengan diri sendiri..
Ya ALLAH pandanglah hambaMU ini dengan kasih sayangMU..tunjukkan lah aku akan kebenaran..
Ya ALLAH, KAU mengetahui yang terselindung dan tersembunyi sedang aku tidak mengetahui..


Monday, October 12, 2009

~ Tenggelam Timbul Kembali ~



Assalamualaikum semua!


Dah lama tak menulis, terasa kekok pula..

Alhamdulillah penulisan sy terhenti sejak sy pulang bercuti ke malaysia.Terlalu excited bertemu dengan keluarga sehingga terlupa aktiviti menulis blog.Apelagi yg lebih bermakna bila keluarga ada di sisi.Setiap saat mahu dihabiskan sebaik-baiknye dengan family tersayang.

Alhamdulillah, tahun ni dapat berpuasa dengan keluarga.Walaupon hanya dua minggu dan tak sempat menikmati hari raya aidilfitri bersama keluarga tercinta namun masih sy panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ILLAHI kerana ramadhan ini menemukan sy dan adik-adik yang juga pulang dari mesir untuk menyambut ramadhan kareem.Diam tak diam rupa-rupanya sudah 5 tahun sy tidak menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta.Sudah 5 tahun juga sy tidak mencium tangan ayah dan bonda di pagi hari raya.syahdu pula rasanya.InsyaALLAH tahun depan sy akan menyambutnya bersama keluarga tersayang.Doakan anakmu ini wahai ayah dan bonda.Nantikan kepulangan anakanda!

Sekarang baru bermulanya semester ke-9 dalam pengajian perubatan sy di bumi ALLAH ukraine ni.Hari pertama menjejakkan kaki ke sini sudah mengingatkan sy tentang hakikat kebesaran ILLAHI.Di sini lah tempat yang banyak mengajar erti kedewasaan dan kematangan pada sy dalam meniti setiap saat kehidupan.Walaupun terasa berat nak melangkah untuk meneruskan segala-galanya di sini, namun mahu tidak mahu, sy telah sampai dan sy perlu kuat dan menyerahkan segalanya pada ALLAH dan berharap setiap langkah sy sentiasa dalam petunjuk ALLAH swt.

Baru seminggu berada di sini, sudah terasa ujian-ujian ALLAH hadir.Dalam masa seminggu kena selesaikan pembayaran "tuition fees", kena bayar sewa hostel, kena siapkan medical check up, kena hantar passport utk buat visa.ALLAHuakbar! Letih berkejar-kejaran ke sana ke mari.Hakikatnya untuk selesaikan perkara-perkara ni tidaklah semudah di Malaysia.Kami terpaksa berdepan dengan satu bangsa yg terlalu pentingkan diri dan tidak ada sedikit pon toleransi.
cth situasi : Untuk pembayaran "tuition fees"..nak membayar "tuition fees" sahaja kami perlu melakukan beberapa procedure.1st kena jumpa inspektor (org yg memastikan kehadiran setiap pelajar di sini)..kena reportkan kehadiran kemudian amik slip utk procedure seterusnye.kemudian prodecure ke-2 (2nd step) ke bilik no. 10 utk mengambil slip pembayaran.kemudian (3rd step) ke bank utk membuat pembayaran.selepas itu kami perlu ke bilik no.10 tadi blk untuk dapatkan cop(4th step).

Kisahnye...Kami beratur utk membuat pembayaran.hampir 2jam apabila tiba giliran kami (org last).Dia terus tutp serta merta kerana waktu tu adalah waktu bank di tutup.Tiada belas kasihan.Tiada pujuk rayu."Datang esok! bank dah tutup.Sy dh penat"
Syukur masih ada iman.Sabar menjadi tunjang.Bukan ingin memburuk-burukkan ataupon mengeluh tapi inilah yg ingin dikongsikan.Bukan segalanya bagus di luar negara dan bukannya segalanya buruk di dalam negara sendiri.hakikatnya siapa yang melalui, dia yg mengetahui.

Ape-ape pon..ambillah ikhtibar walau di mana kita berada dan pandanglah sesuatu itu dengan kaca mata agama maka kita akan lebih tenang dan matang.Itulah yg kami semua belajar di sini.Semoga kami berfikiran begini walau di mana kami dicampakkan di atas muka bumi ALLAH ni.SABAR menjadi kunci.

wallahualam..
setakat ini dahulu..
insyaALLAH sy akan berkongsi lagi nanti.Ini pon terpaksa mencuri-curi masa untuk menulis.Untuk pengetahuan pada sahabat-sahabat sekarang sy sedang cycle PHARMACHOLOGY (ilmu tentang ubat) & MEDICAL GENETICS (ilmu tentang gene).Mohon pada sesiapa yg mahu berkongsi ilmu dengan sy yg kurang ilmu ini, boleh lah YM terus kepada sy.

wallahualam..
Sehingga jari bertemu keyboard.Otak menerima ilham.Sehingga itu sy akan menulis lagi..

[ Tetapkan kami dalam agamaMU ya ALLAH! tuntuni kami ya ALLAH! ]

Friday, September 18, 2009

Islam menyusahkan wanita?


Bertudung tidak halang Ruqaya raih emas 200m


DOHA - Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung.
Malah katanya, dengan mengenakan pakaian lengkap wanita Islam itu telah mendorongnya berlari lebih pantas.

"Ia bukan satu halangan untuk saya berlari pantas malah ia banyak mendorong saya membuktikan bahawa wanita Muslim seperti saya juga boleh menang dengan berpakaian seperti ini," katanya. Pada perlumbaan akhir itu, Ruqaya mencatat masa 23.19s. Sebelum ini beliau turut menang gangsa dalam acara 100m.

Ketika melakukan pecutan, hanya jelas muka dan tapak tangannya yang kelihatan manakala sebahagian besar anggota tubuhnya ditutupi kemas. Sebaik melepasi garisan penamat, Ruqaya mengangkat tangan kepuasan tetapi aurat dan tingkah lakunya tetap dipelihara. Mengulas pakaian yang digunakannya, Ruqaya berkata, ia menggunakan jenis kain yang dipilihnya sendiri walaupun kebiasaannya agak berat untuk dibawa berlari. Sambil mengakui pelari pecut Amerika Syarikat, Marion Jones sebagai idolanya, Ruqaya berharap pakaian yang digunakannya untuk berlari itu mendorong wanita Muslim lain melibatkan diri dalam sukan agresif seperti ini.
Penampilan hebat Ruqaya itu turut menjadi agenda utama Doha mengadakan ujian pakaian bagi wanita Muslim untuk melobi menjadi tuan rumah Olimpik 2016 nanti.

"Memakai tudung membuktikan ia bukan halangan untuk mencipta kejayaan. Berpakaian seperti ini jugalah yang telah melayakkan saya beraksi di kejohanan dunia di Osaka, Jepun tahun depan,"tegasnya. Begitu pun Ruqaya yang lembut dan perlahan ketika berbicara berkata, kejayaan hari ini tidak dicapai dengan mudah. Pelari berusia 24 tahun itu mengakui peraturan berpakaian dalam Islam banyak membuatnya dipandang serong oleh masyarakat di negaranya.
Tetapi semua itu berjaya diatasinya selepas sekolah menengah apabila dipanggil untuk menjalani latihan di bawah jurulatih Bahrain, Tadjine Noureddine.

Tidak lama selepas itu, Ruqaya mencipta kejayaan pertamanya dengan memenangi emas pada Sukan Negara Arab 2002 di Jordan. "Dia memang memiliki kualiti hebat sebagai pelari pecut. Cuma sekarang ini dia perlu banyak memperbaiki permulaan ketika berlepas."

Tuesday, June 16, 2009

~ awards ~

ALL AWARDS FROM FRIENDS..
SIMPAN WAT KENANGAN..

FROM : NABIHAH

FROM : SHIKIN ZAINAL BAHRIN



THANK YOU SOOO MUCH..SAYANG SEMUA!

~ mampukah aku, ya ALLAH! ~



Mampukah aku menjadi seperti Khadijah
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir airmataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya
Yang setia berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai penghulu syurga

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Sarah

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...




gambar hiasan..tiada kena-mengena dengan insan2 di atas!

[ ya ALLAH! berilah kekuatan kepada kami untuk mencontohi wanita2 syurga ini ]

Monday, June 15, 2009

~ yang senang dapat itu bukan sahabat ~


Sebelum nak tido tadi sempat saya berjalan-jalan ke blog sahabat..

terbaca satu entry yang membuatkan saya berfikir-fikir..
"sesuai untuk seseorang!"

dalam mengantuk sempat juga sy cut & paste kan entry beliau untuk sama-sama kita fikirkan..


soalan ini sebenarnya sering ditanya oleh 'seseorang' kepada saya..

"ape beza kawan dan sahabat?"
"kenapa susah nak anggap seseorang tu sebagai sahabat kita?"

"apa lagi yang perlu dibuat untuk digelar seorang sahabat?"

"kenapa aku tak jumpa lagi seorang sahabat dalam dunia ni?"


mengapa...kenapa...apa...
semua soalan tu sering disoal berkali-kali pada saya..
walaupon telah saya terangkan berkali-kali namun 'dia' tetap tidak faham apa maknanye sahabat..


entry ini bukanlah untuk bacaan seseorang tetapi untuk semua..
cume jauh di sudut hati sy sangat berharap 'dia' yang dimaksudkan membaca entry sy kali ini..


kadang-kadang ada benda yang kita tak mampu nak fahami dengan mendengar, kita perlu baca..
kadang-kadang ada benda yang kita tak mampu nak fahami dengan membaca, kita perlu dengar..

walaubagaimana sekalipun, kita harus terus berusaha dan mencari agar kita tahu dan faham..
gunalah semua deria yang kita ada untuk memahami..


wallahualam..

selamat membaca & memahami..



Sumber: Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj


Yang senang dapat tu bukan sahabat


Kita bicara pasal kawan dengan sahabat. Apa beza dan apa ciri-cirinya.

"Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain."

Kawan? Kawan mungkin sekadar pen yang terletakPhotobucket kemas di poket. Ada boleh, tak ada tak apa. Kadang-kadang pen sangat berguna, kadang-kadangan langsung tak guna, terutama bila dah tak ada dakwat. Kalau pen dakwat cair kadang-kadang dakwatnya melimpah hingga merebaklah warna hitam atau biru di poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna kadang-kadang menyusahkan.

"Sahabat umpama baju, umpama seluar, pendek kata umpama pakaian. Kita sentiasa mahu pakaian yang cantik, yang kemas, yang mahal, sahabat pun serupa itu jugak."

Kita mahu yang sentiasa melindungi kita, yang sanggup bersama kita. Kalau kita berpanas dia pun sama berpanas, kalau kita sejuk dia membungkus tubuh kita dari kedinginan. Kadang-kadang dia menyebabkan kita bangga amat, apabila dia berjenama dan mahal.

Macam sahabat kita orang kenamaan, orang popular, ternama lagi kaya kita rasa bangga amat berdamping dengan dia.

Soalan saya, anda ada ke orang yang macam tu, yang boleh anda namakan sahabat, panggil sahabat sebab dia sangat melindungi, sangat berjasa, sangat baik, sangat menyokong, sangat segala yang baik-baik.

Jadi, ampun maaf, saya rasa sikit kelakarlah bila tak pasal-pasal ada orang mengaku dia sahabat, sebab proses untuk layak digelar sahabat ni makan masa. Takkan sehari dua kenal dah jadi sahabat. Lebih kelakar bila daftar terus jadi sahabat. Daftar pulak melalui SMS. Ai, senangnya??

Awas, sahabat-sahabat yang bergini, percayalah, lebih ramai orang akan termakan. Awas, hati-hati. Sebab sebetul-betul istilah sahabat itu seperti mana yang kita boleh baca bagaimana para sahabat membantu perjuangan Rasulullah s.a.w. Itu baru sahabat namanya.

"Para sahabat Rasulullah umpama bintang-bintang di langit dan Rasulullah s.a.w. itu umpama bulan."

Kalau malam ada bulan mengambang penuh, dah tu ada bintang-bintang pulak, memang indah malam tu, ya tak.

Pernah kita nampak bintang yang berantakan sesama sendiri kat atas langit tu? Atau dia datang kat bulan, hantuk bulan dan pergi. Ada? Mana ada. Bintang terus indah, mengerdip di tempatnya. Tak gaduh, tak dengki, tak khianat, tak makan kawan, tapi terus mengindahkan bulan, mengindahkan sahabatnya.

Dan dek begitu ciri-ciri sahabat, maka untuk anda dapat sahabat anda sendiri kena memiliki ciri-ciri sahabat. Nak jadi shaabat anda kena ada ciri sahabat.

"Nak dapat sahabat anda lebih dulu kena jadi sahabat."

Nak dapat sahabat yang baik, yang A1, yang melindungi, yang menyokong, anda sendiri perlu jadi sahabat yang menyokong pada sahabat tu. Kalau anda sendiri buruk, mana mungkin anda dapat sahabat yang baik. Kalau dapat pun sahabat pun yang sama buruk. Faham tu…

"Seorang yang bertanggungjawab itu merupakan warganegara yang baik; pemimpin yang jujur, pengikut yang taat, majikan yang bertimbang rasa, pekerja yang cekap dan sahabat yang setia."


[ ya ALLAH! semoga aku dipertemukan sahabat seperti sahabat rasulullah SAW ]

~ the best award ~


Terjaga dari tdo pagi tadi..terasa ceria..
sebabnya..sy pon tak tahu!!
Sy membuka blog kesayangan ni..

Tersenyum sendiri sy..patutlah terasa ceria jer pagi ni..rupa-rupanya ade perutusan "award"..alhamdulillah dan syukran to my beloved dearies, syikin dan nabihah..walaupon tak memahami apekah function award-award ni tp ape yg pasti ianya sebagai tanda persahabatan..


This is my 1st award from my beloved shikin zainal bahrin..baru jer amik from her nice blog..berkali-kali juge dia ingatkan suruh amik this award..sorry dearie..so your award already here! syukran katheeran..and one more thing..together with this award, sy diminta untuk mendescribe sumthing..dan jawapannye ade kat bwh award nih..(^_^)..


:: Give 5 intresting facts about da giver ::

1. nama dia nurasyikin binti zainal bahrin, pernah belajar di sekolah ma'ahad al-ummah, chemor..
2. dia sgt suke warna pink!!! die hard fan org kata..
3. selalu tersenyum dan ketawa..senyuman dia sangat manis dan ketawanya boleh buat orang sekelilingnya rasa happy selalu!!!

4. lovely person..sbb she's always call me dear @ syg..(^_~)V..

5. unpredictable person sometimes..

:: Give 10 things about urself ::
note : perlu ke isi yg ini, ekin ?


1. anak pertama dari lima org adik-beradik..

2. suke semua warna pastel..
3. suka makan..
especially : sushi, chinese food [ yg halal shj! ] & makanan kampung..
4. suka travel..
kerana sy suka tengok ragam orang, pelbagai budaya & bahasa..

5. suka pada nature..
kerana nature adalah lakaran cinta ILLAHI buat hambaNYA..

6. suka dengar tentang tokoh ilmuan ISLAM, sejarah tamadun ISLAM dan kebangkitan ISLAM..
7. surgeon muslimah wanna be..insyaALLAH!

8. suka pada hidupan laut..sbb tu sy suke bela ikan..

9. suka anatomy of human..(^_~)V..

10. suka pada seni..seni pertahankan diri..seni tari..seni lukisan..

[ ape ajelah kesukaan sy ni..yg penting selagi tidak bertentangan dengan agama, pastinya akan menjadi kesukaan sy..hihihi..takper kan gini!?!! ]


belum pon sempat sy menghabiskan entry tentang award ni, my dearie ekin dh siapkan dua lagi award..so slow lah u ni fira! sorry ekin!! ape-ape pon fira dah ambil from your blog!

so, inilah dua lagi cuties award..hu3! sangat comel & cute..seperti biasa..with this two awards, sy kena fill in the blank!


:: give 5 things about frenship ::
note : friendship mean when you have a real friend ( sahabat )

1. a real friend is one who walks in when others walk out..someone who is there for you when he'd rather be anywhere else..

2. a real friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words..

3. sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita cantik & sempurna di mata orang lain..

4. sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menegur kesilapan kita..tidak selalu memuji kita..sentiasa disamping kita waktu susah atau senang..menyimpan rahsia kita sebaiknya..sentiasa menjadi pendokong kita di saat kita memerlukan..

5. persahabatan yang paling baik adalah persahabatan yang mendekatkan kita kepada ALLAH..bertemu kerana ALLAH, berpisah juga kerana ALLAH..

:: give 5 things about love ::
note : love is cinta..kn?

1. CINTA hadir apabila kita cuba mengenali & menghampiri..

2. Setelah hadirnya CINTA, maka akan adanya rindu..adanya rindu maka hadirnya rasa ingin bertemu..

2. CINTA..apabila hadir cinta dalam hati, dunia terasa ceria..segalanya terasa indah..segalanya menjadi mudah..

3. Adanya cinta maka adanya pengorbanan..bukan sedikit harga pengorbanan untuk mendapatkan CINTA ini..

4. CINTA yang dimaksudkan hanyalah cinta kepada Sang Pencipta..CINTA PERTAMA & TERUTAMA..

[ setelah mendapatkan CINTA yang ini maka pohonlah cinta dari pemilik segala cinta untuk mendapatkan cinta yang lain.. ]


Yang dua bawah ni pula..award dari my lovely dearie, nabihah ali..dia panggil sy ummi..nape ummi yer? sy belum berkahwin..tapi dh dipanggil ummi..mungkin kerana suke berleter macam seorang ibu agaknye..hu3! sbnrnye di bumi ukraine ni sy ade sebuah keluarga kecil..yg terdiri dari sy dan 8 orang lagi..salasilahnye!?!! tunggu next entry from cik nabihah ali!

For this 1st award from nabihah..macam iras2 logo negeri kedah je..macam tau2 jer kita ada darah kedah..(^_~)V..logo ni chantekkk - kawaii - krasiva! ape-apepon syukran katheeran for this award! terasa disayangi pulak..hihihi..semoga friendship kita long lasting..


Ini 2nd award from nabihah..bertuah award..sangatlah bertuah yer mendapat award ini dari kamu..lebih bertuah siapa menjadi sahabat kepada kamu..tapi lebih bertuah lagi pada siapa yang jadi sahabat sy ( perasan sendiri! )..hihihi..


for ekin & bihah : from all this award..award terbaik ialah ukhwah yang terjalin antara kita..semoga ianya kekal sehingga kita bertemu denganNYA..

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..

[ ya ALLAH! syukran atas kurnianMU ini..iman sebagai pengikat ukhwah antara kami..semoga kekal dalam rahmat dan kasih sayangMU ]

Friday, June 12, 2009

~ misteri alam semesta ~


“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.”

[Al-Jaathiyah 3-5]

Sesaat dan sejenak kita berfikir tentang kejadian atau fenomena alam besar impaknya dan boleh membawa kita kepada keinsafan terhadap keagungan ciptaan Allah SWT. Setiap kejadian tidak terjadi dengan sendirinya malah bersebab dan berhikmah itupun bagi manusia yang ingin berfikir. Allah berfirman menerusi Al-Qur’an beberapa kali menyebut tentang manusia yang mahu menggunakan akal fikiran.

Maka dengan itu syukurilah dan hargailah nikmat akal fikiran yang telah dikurniakan Allah kepada kita sebaiknya. Ambil lah kesempatan mengingati Allah di dalam apa jua keadaan, apatah lagi bila kita melihat setiap kejadian dan fenomena alam cipataan Nya yang maha Agung. Janganlah disebabkan kebiasaan kita melihat kejadian alam ini membuatkan kita merasa tiada apa untuk dihairankan dan bersifat alpa.

Nikmat hidup dan nikmat Islam yang kita rasai pada saat ini syukurilah dan hargailah selagi kita masih punyai ruang waktu. Ingatlah setiap saat pada Nya dan ucap lah ’Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ & ‘Allahuakbar’.


Lihatlah Kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan Alam Semesta..

Maksud Firman Allah S.W.T :

“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”

“Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).”

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.”

( Al-Mulk : 3-5 )

“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? “

( As Sajadah : 4 )


Nebula bermaksud gas yang dihasilkan akibat daripada letusan bintang di akhir hayatnya. Seperti Matahari juga akan menempuh kitaran akhir hayatnya. Setiap bintang akan mengalami saat kematiannya iaitu berakhir dengan letusan yang sangat dasyat. Bagi bintang-bintang yang bersaiz berganda-ganda lebih besar, letusan tersebut di panggil Supernova. Terdapat lebih kurang 300 bilion bintang di angkasa raya yang mana dalam setiap waktu terdapat letusan akan berlaku. Jika dahulu dengan ketiadaan teknologi kita tidak dapat melihatnya namun pada hari ini kita boleh melihat kejadian tersebut dengan jelas.

Sedarkah bahawa satu ketika nanti sistem suria kita juga akan mengalami nasib yang sama. Sebagai umat Islam sememangnya kita telah diajar untuk beriman dengan mempercayai akan berlakunya hari kiamat.


Saintis barat kebelakangan ini telah membuat kajian dan menemui banyak fakta serta kebenaran tentang alam ini termasuk proses pengakhirannya. Satu-satunya teleskop hubble yang di orbitkan di angkasa oleh saintis barat telah banyak merungkai misteri alam semesta. Dengan izin Allah imej-imej yang menakjubkan tentang misteri alam semesta dapat kita perhatikan walau tidak semua namun cukup membuat sesiapa yang melihatnya terpegun dan takjub dengan kebesaran Allah S.W.T


Cuba kita lihat Firman Allah Surah Ar Rahman ayat 37 & 38


“Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; “
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”


Ayat diatas menerangkan tentang kedasyatan tentang hari kiamat yang akan berlaku yang mana seluruh alam semesta akan musnah samasekali. Imej ini seolah menggambarkan apa yang telah diterangkan di dalam ayat di atas. Wallahu’alam.


Apapun, ayat di atas merupakan firman Allah yang tiada keraguan sedikitpun. Sekiranya tiada bukti sekalipun sememangnya kita mempercayai dan mengimaninya dengan sepenuh hati. Namun kita patut berasa bersyukur dengan setiap ruang dan peluang yang kita perolehi lantas mengambil inisiatif untuk menginsafi dan mengambil iktibar dalam merancang hidup menghadapi hari pembalasan yang sudah pasti akan tiba.


Sebagai umat Islam, kita patut bersyukur di atas nikmat Islam yang telah didikurniakan pada kita. Sememangnya Allah menyuruh kita sentiasa memerhatikan kejadian alam dan sentiasa berfikir betapa hebatnya alam yang telah diciptakan lantas mengimaninya.


Walaupun kajian demi kajian yang dibuat oleh orang-orang barat adalah dari golongan yang bukan Islam namun tidak bermakna kita tidak perlu ambil tahu. Bukankah menuntut ilmu itu suatu yang sangat dituntut apatahlagi ilmu-ilmu yang bermanfaat. Perhatikanlah antara beribu imej yang berjaya dirakam oleh teleskop hubble & berfikirlah tentang kebesaran Allah S.W.T :

1) Cat’s Eye Nebula

2) Hellix Nebula

3) Hellix Nebula Dying Star

4)Splendid Planetary Nebula

5)Eye Shaped Planetary Nebula NGC 6826

6) Nebula NGC 3132

7) Cat’s Eye Nebula NGC 6543

9) The Crab Nabula

10) Crab Nebula


11) Old Stars

12) SuperNova 1987A Surrounded by 3 Rings of Gas

13) Supernova Remnant N 63A

14) Explosion

15) Exploding Stars

16) Spiral Galaxies NGC 2207 & IC 2163

17) Cartwheel Galaxy

18) Spitzer Composite Image

19) The Whirpool Galaxy M51 & Companion

20) Galaxy Cluster 1E 0657

21) Dark Matter Ring In Galaxy Cluster

22) Galaxy Cluster MACS J0717

23) Infant Stars

24) Illuminates Dust Around Supergiant Star V838

25) Star Cluster Bursts

26) Star Birth in Galaxy NGC 604

27) Stars

28) Cluster NGC 6397

29) Scattered Light From Boomerang Nebula

[ ya ALLAH! bukakan lah mata hati kami untuk melihat semua ciptaanMU adalah semata-mata atas kehendakMU ya ALLAH! semoga bertambah keimanan kami dan semoga bertambah kecintaan kami kepadaMU ya RABB ]
Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa"
 

me myself and i