Friday, May 27, 2011

~ Final Exam as Medical Student ~


Alhamdulillah. Selesai sudah final exam sy. Setelah 7 tahun berada di perantauan. Akhirnya sy berada di titik pengakhirannya. Sujud syukur padaMU ya ALLAH!
Terima kasih ya ALLAH. Begitu banyak nikmat yg ENGKAU beri tetapi begitu sedikit amalan yg ku lakukan sebagai tanda syukurku padaMU. Redhakan ilmuMU buatku ya ALLAH!

17 may lepas kami menduduki final exam. Satu paper sebagai penentu masa depan kami. Alhamdulillah 3 hari selepas itu result keluar. Keputusannya...Alhamdulillah! Batch kami adalah batch terbaik dalam sejarah Ukriane. Majoriti dapat 93% and above. Pass with flying colours.

Banyak saya pelajari selama di sini. Makin banyak sy belajar makin bodoh sy rasa. Makin cuba memahami ilmu medic, makin luas ilmu ALLAH yang sy rasakan.

Sebenarnya apa pun sahaja pekerjaan kita, degree apa pun yang kita miliki, kita adalah hebat. Mentality masyarakat kita telah meletakkan doktor adalah profession yang terbaik. Maka kita telah men'set'kan dalam kepala kita menjadi seorang doktor itu adalah bagus dan ranking nya tertinggi. Walhal, setiap orang dan setiap pekerjaan itu ada kelebihannya sendiri.

Sebagai contoh, cuba anda letakkan buku ledger akauan tahunan satu syarikat di hadapan seorang doktor. Sy yakin, si doktor akan duduk tercengang, terpinga-pinga, tenganga memandang buku ledger tu. Apa itu debit? apa itu credit?

Di Ukraine, profession seorang dotor bukanlah profession pilihan ataupon profession yg terbaik. Gaji doktor adalah antara gaji yg terendah di sini. 50usd sebulan. ermmm...mungkin lebih sikit. 100usd sebulan. Bayangkan gaji seorang lecturer yg mengajar di dalam bahasa inggeris berlipat kali ganda dari gaji seorang doktor. Sbb tu ramai doktor kat sini berlumba-lumba mahu mengisi kekosongan di university-university yg menempatkan pelajar antarabangsa. Di sini bagi mereka, engineer dan architecture adalah profession yg terhebat. Lain pula cerita dengan doktor. Rankingnya, last? atau second last? it's all about mentality.

Kelihatan sy mahu menjatuhkan profession seorang doktor di malaysia. Walhal sy sendiri bakal bergelar seorang doktor. Maaf! Sy menulis apa yg lahir dari hati dan apa yg sy pelajari di sini. Tentang manusia, kehidupan, maruah, kekayaan, culture, bahasa.. Sy bukan katakan sy hebat tapi sy cuba belajar. Ini pandangan sy. Sy cuba membuangkan perasaan 'inferiority complex' dalam diri sy dan sahabat-sahabat sy di luar sana.

Kebanyakkan sahabat-sahabat sy malu untuk berjumpa sy. Katanya "dia doktor, aku ni kerani sahaja. Malulah.." "dia doktor, pandai..aku ni keje bawah orang sahaja". Kadang-kadang terasa sedih juga kerana profession dan mentality sebegini buat ukhwah silaturrahim yg dah terbina menjadi renggang. Makin jauh. Padahal kita sama. Segan untuk mendekati seorang doktor. Segan bercakap dengan seorang doktor.

Sy seorang doktor. Sy juga segan dengan kamu. Kamu! Kamu! dan kamu!

Sy segan pd kamu, akauntan.
Kerana sy tidak cekap mengira seperti kamu. Tengok nombor pun danbuat sy pening. Setakat mengira angka bawah 100. Kacang je. Tapi bila beribu, berjuta. Duit sini masuk, duit sana keluar. Duit sana keluar, duit sini masuk. Pening! Tak mudah. Sy tak mampu. Tapi kamu mampu. Kamu tahu mana yang terkurang. Mana yang terlebih. Sy segan dengan kecekapan kamu.

Sy segan pd kamu, kerani.
Kerana sy tidak sepantas kamu menaip, menulis. Melayan pelanggan. Sikap bos yg banyak karenah. Sabarnya kamu. Sy tengok kertas berlambak-lambak dan berselerak, boleh muntah. Nak manage kertas yg banyak. Note-note medic yang ada ni pon tak tentu arah. Inikan lagi kamu. Surat-surat. Tender-tender. Serabut. Kamu mampu tapi sy tak. Sy segan dengan ketangkasan kamu.


Sy segan pd kamu, tukang sapu.
Kerana sy tidak se'sabar' kamu. Melakukan kerja yang sama setiap hari. Di marah. Di tohmah. Tapi kamu sabar. Kamu tak segan menghadapi manusia. Mungkin kamu segan tapi kamu sentiasa berusaha dengan sabar. Sy segan dengan kesabaran kamu.

Sy segan pd kamu, kontraktor.
Kerana sy tidak se'tabah' kamu. Bekerja di waktu panas terik, hujan. Bergadai nyawa. Sy segan dengan ketabahan kamu.

Mungkin kita bekerja dengan benda yg kotor (kotor di sini bukan bermaksud dengan benda yg haram). Seandainya kita redha pada ALLAH dengan pekerjaan kita itu. Maka pekerjaan kita adalah lebih mulia daripada dia yang bekerja dengan perasaan yang riak, tamak, zalim dan tidak bersyukur padaNYA.

Teringat masa sy berumur 12 tahun. Ayah sy menjemput sy pulang dari sekolah. Sy duduk di tempat duduk belakang kepenatan. Kanak-kanak riang sekolah. Tiba-tiba sy terhidu bau busuk. Hidung sy memang sangat sensitive dengan bauan. Rupa-rupanya di hadapan kami ada lori sampah. "Abah, potong lori sampah tu. busuk lah bau dia. eiiiiiii..." sy mengomel. Ayah sy dengan cool nye menjawab "tak baik cakap macam tu. Kerja dia mulia. Kalau tak kerana mereka, mesti kita hidup dengan sampah. Sentiasa bau busuk. Mungkin kerja dia busuk tapi kerja dia mulia." Sy senyap. Hurmmmm..... Btul tu abah! sampai sekarang sy ingat.

Siapa pun kita. Apa pun pekerjaan kita. Ingatlah kita adalah duta kecil agama kita. Siapa memandang kita dengan kaca mata agama maka meraka akan nampak agama pada kita. Semoga makin susah suatu pekerjaan kita, makin dekat kita dengan si pemberi rezeki itu iaitu DIA, ALLAH. Semakin kita redha, insyaALLAH semakin melimpah ruah rezekinya.

"JADIKAN AKU HAMBA-MU YANG BERSYUKUR. JANGAN JAUHKAN AKU DARI-MU YA ALLAH! KU POHON RAHMAT-MU SENTIASA MENAUNGI HAMBA-MU YANG LEMAH INI"


Wednesday, April 13, 2011

~jejak rasul, tv3 menjejakkan kaki di bumi crimea, ukraine~


ASSALAMUALAIKUM...

Lama rasanya saya tak menulis di blog sendiri. Selalunya cut and paste entry dari blog orang. Final year ni adalah sangat busy. Busy nak selesaikan macam-macam benda. Untuk makluman sahabat-sahabat pembaca, saya suka membaca blog-blog sahabat. Andai ada entry yang terkesan di hati, saya akan paste ke blog saya sebagai tujuan untuk ingatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang membaca.

Akhir-akhir ni terlalu sibuk dengan jadual yang pack. InsyaALLAH ini final year saya sebagai seorang student medic. Mohon doa dari semua. Mudah-mudahan saya dan sahabat-sahabat saya najah dalam exam yang akan datang ni.

Minggu lepas crew jejak rasul tv3 datang ke crimea. Mereka membuat rakaman tentang student dan rakaman tentang kehidupan islam di bumi crimea, urkaine ni. Alhamdulillah! tak sangka tempat terpencil sebegini menjadi pilihan mereka. Syukur yang tak terhingga. Saya bukanlah orang yang menguruskan mereka selama di sini. Tapi busy nye terasa bersama. Sebab kami sama-sama mencari maklumat dan bergilir-gilir meneman mereka untuk melihat tempat-tempat sejarah di sini. Penggunaan bahasa di sini menyebabkan pergerakan mereka terbatas. Di sini masyarakatnya tidak boleh berbahasa selain dari ukraine dan russian. Jadi adalah menjadi keperluan untuk student di sini meneman mereka. Disebabkan kehadiran mereka ke mari adalah waktu-waktu pack kami menghadapi class and final exam, maka kami terpaksa mengambik giliran untuk meneman mereka. Tapi sangat best! rasa macam nak teman selalu (^__^)

InsyaALLAH rakaman jejak rasul ini akan ditayangkan pada ramadhan yang akan datang ni. 5 ramadhan terakhir adalah slot di tempat kami. Dan InsyaALLAH ade slot khas pada hari raya nanti. Hari raya istimewa bersama student-student malaysia di crimea, ukraine. InsyaALLAH! Saya pon ada membuat ucapan khas untuk jejak rasul. tv3 ni. InsyaALLAH jika diizinkanNYA, keluarlah nanti ucapan saya tu. Tengok ye (^__^)

Saya nak ucapkan thousand terima kasih untuk crew tv3 jejak rasuk. chik inn (bonda mazlin nordin), auntie ezzah aziz fawzy, abg zahir & uncle shahril. Sekali je kita berjumpa tapi terasa macam dah lama kenal. Terpahat di hati. Kami memang tak pernah menerima tetamu dari malaysia. Sekai orang malaysia datang tempat kami terasa bahagia sangat. Saya titipkan beberapa gambar untuk pembaca.

AHLI CREW TV3 yg hadir :
chik inn (ketua), auntie ezzah aziz (pengacara), en. shahril (cameraman), en. zahir (auditor)



bergambar kenangan selesai sesi penggambaran ucapan hari raya

kami beramai-ramai menghantar crew di depan hotel mereka


sempat kami minum coffee di KOFFEIN sebelum crew nak bertolak ke kiev dengan menaiki mashrutka (van kecil)


SANGAT SAYANG MEREKA~
Jika ada sesiapa nak mengenali mereka dengan lebih dekat, boleh ke blog chik inn ni..http://mazlinnordin.blogspot.com <-- note for chik inn, komisen 20% ye sbb tlg promote ur blog (^__^)

"BERTEMU BERPISAH KITA KERANA ALLAH..SETIAP YANG BERLAKU ATAS KEMAHUAN DAN PERANCANGAN ALLAH. KITA SEBAGAI HAMBA, HANYA PERLU BERSYUKUR ATAS SEGALA KURNIAANNYA SAMADA JALAN YANG BAIK (MUDAH) @ BURUK (SUKAR)"

Wednesday, April 6, 2011

~ Keajaiban akal fikiran ~


satu unsur yang sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi.

Islam memandang tinggi akal fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran.

"Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." (a-Hasyr:21)

Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan Rasulullah s.a.w dalam dalam satu hadis daripada Ibnu Hibban, maksudnya: "Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun."

Dalam satu kisah, Abu Said al-Khudri menyampaikan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Berilah hak matamu di bidang ibadat!"

Sahabat bertanya: "Apakah hak mata di bidang ibadat itu wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran, memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya."
Wahab bin Munabih pula berkata: "Semakin tajam seseorang itu berfikir, semakin berilmulah dia dan apabila dia berilmu, semakin banyaklah amalnya."

Al-Ghazali berkata, akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia. Melalui akal, manusia mendapat ilmu.

Ibn Khaldun bersetuju akal fikiran (quwwah natiqah) membezakan antara manusia dengan makhluk lain.
Menurut Aristotle, jiwa manusia adalah hakikat diri manusia dan potensi berfikir adalah sebahagian darinya, sementara orang bijak pandai berkata 'berfikir itu pelita hati.'

Hasan al-Basri r.h berkata: "Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi apa yang mereka ingati, sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata hikmah."

Lukman al-Hakim berkata: "Sesungguhnya dengan lamanya duduk, aku akan lebih memahami untuk berfikir dan panjang berfikir, petunjuk jalan ke syurga."

Imam al-Ghazali menyifatkan akal fikiran sebagai sumber, tempat terbit dan asas ilmu. Ilmu pula apabila dinisbahkan kepada akal ibarat buah kepada pokok, cahaya kepada matahari, pandangan kepada mata.
Beliau memberikan empat kategori mengenai akal:
i. Akal merujuk kepada suatu sifat yang membezakan manusia dari sekalian haiwan. Akal dalam erti kata ini adalah sifat semula jadi manusia.
ii. Akal merujuk kepada ilmu daruri, terhasil apabila seorang mencapai usia tamyiz. Ilmu daruri ialah ilmu membolehkan dikenali perkara wajib, mustahil dan harus pada akal. Contohnya, mustahil seorang manusia di dua tempat pada satu masa.
iii. Akal merujuk kepada ilmu pengetahuan diperoleh melalui uji kaji dan pengalaman hidup.
iv. Akal merujuk kepada kesempurnaan sifat akal, apabila ia mengetahui akibat setiap perkara dan mengekang syahwat dari menurut kelazatan sementara.

Apabila keadaan ini terhasil pada diri seseorang, dia dipanggil 'manusia berakal' kerana yang memandu tindakannya ialah kesedaran dan keinsafan terhadap perbuatannya, bukan dorongan hawa nafsu.
Merujuk kepada kategori ketiga, iaitu ilmu yang dipelajari dari pengalaman, perbezaan antara manusia berpunca daripada kemampuan asli akal itu sendiri dan pengalaman dilalui.
Bagi kategori keempat, perbezaan manusia kerana berbeza kemampuan mengekang nafsu. Manusia memiliki keupayaan berbeza dalam hal ini, bahkan seseorang mungkin berupaya mengekang nafsu dalam perkara tertentu dan tidak dalam hal lain.

Faktor yang boleh dikaitkan dengan akal fikiran dalam perbezaan ini ialah ilmu yang menyedarkan seseorang mengenai kemudaratan, akibat hawa nafsu. Seorang yang berilmu lebih mampu menjauhi maksiat berbanding si jahil kerana lebih tahu kemudaratannya.

Akal fikiran membolehkan manusia menilai baik dan buruk, mampu membezakan di antara yang benar dan palsu, bersih dan kotor, untung atau rugi, malah memandu untuk mengenal diri dan Penciptanya.

Penggunaan daya fikir yang tinggi dan lebih serius membolehkan manusia mencapai ketamadunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan.

Umat Islam satu ketika mampu meraih kegemilangan apabila menggunakan kemampuan daya fikir yang tinggi, sebagaimana ditonjolkan tokoh Muslim seperti Jabir bin Haiyan, al-Kindi, al-Khwarizmi, al-Farabi dan banyak lagi.

Al Khindi

Al-Kindi (801-873) misalnya, cukup terkenal di Barat dengan nama Alkindus, seorang cerdik pandai Arab dalam pelbagai bidang, terutama sains, astrologi, kosmologi, logik, matematik, muzik, fizik, psikologi dan meteorologi.

Kisah seorang Barat, Isaac Newton (1643-1927), iaitu seorang ahli fizik, matematik, falsafah dan astronomi yang terkenal dengan penemuan formula graviti wajar juga diambil pengajaran.

Sejak lahir beliau tidak pernah melihat bapanya bekerja sebagai petani, kerana beberapa bulan sebelum lahir bapanya meninggal. Kehidupan beliau sangat susah, namun masih berpeluang mendapat ijazah sarjana muda pada usia 22 tahun.
Pada suatu malam, beliau berjalan-jalan di sekitar kebun sambil berfikir dan memerhatikan keadaan sekeliling. Tanpa sedar, fikirannya berakhir pada satu persoalan; mengapa bulan bergerak mengelilingi bumi?

Selepas letih berjalan dan tidak mendapat jawapan, beliau berehat di bawah pohon epal. Tiba-tiba buah epal jatuh berdekatannya.

Kejadian itu menimbulkan persoalan di dalam benaknya. Mengapa buah itu harus jatuh tepat di bawahnya dan tidak ke sekitarnya atau ke atas?

Beliau berfikir lagi hingga menemui satu kesimpulan, iaitu buah epal jatuh ke bawah kerana adanya tarikan dari bumi dan daya seperti itu dinamakan daya graviti. Ia bukan saja berlaku pada bumi, malah planet lain termasuk bulan, bintang dan matahari mempunyai daya gravitinya.

Demikianlah dengan kemampuan dan kehebatan akal fikiran. Bahkan, dengan fikiran yang sihat dapat memupuk keimanan kepada Allah serta menolak perkara bersifat tahyul dan khurafat.

metro jumaat 17 april 09
Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa"
 

me myself and i