Monday, May 31, 2010

~ kenali hati ~


Kenalkah anda bagaimana hati anda?
Hidupkah dia? Sakitkah dia? Sihatkah dia?

Jom kenali hati..
Saya pon baru kenal hati saya..Alhamdulillah~

p/s : hati yang dibincangkan di sini bukanlah hati secara anatomically @ yang dapat dilihat oleh mata akan tetapi hati yang dimaksudkan adalah secara maknawi. Hati yang kita rasa dan menghubungkan kita dengan RABB~

Aku dan hatiku~
Jenis hati :
1. Qalbun Sahih (Hati Suci)
2. Qalbun Mayyit (Hati Mati)
3. Qalbun Maridh (Hati Sakit)

Qalbun Sahih

Hati jenis ini adalah yang terbaik. Tapi sukarlah bagi kita golongan sederhana ini untuk memiliki hati jenis ini. Tapi, tidak salah pula untuk kita berusaha untuk memperbaiki diri dan mengejar yang terbaik.

Bagi hati yang suci dan hidup maka ia akan membawa tuannya ke jalan selamat di mana kemurniaan ubudiyahnya meletakkan seluruh aktiviti kehidupan hanya untuk Allah SWT.

Qalbun Mayyit

Hati jenis ini adalah yang paling bahaya. Seakan-akan Allah SWT telah menutup pintu hatinya untuk menerima hidayah. Belum apa-apa, sudah menolak untuk berbuat kebaikan dan terus-terusan menjerumuskannya ke dalam tuntutan nafsu syahwat yang penuh kejahilan sehingga lupa menyembah Allah SWT selaku khaliqnya.

Qalbun Maridh

Di antara kedua-dua jenis hati ini, hati yang sakit adalah hati yang masih lagi memiliki nur keimanan tetapi berada dalam keadaan yang samar kerana tidak berupaya berhadapan dengan desakan hawa nafsu.

Perosak Hati

1. Bergaul dengan banyak orang
2. Angan-angan kosong
3. Banyak bergantung selain daripada Allah SWT
4. Makanan atau kekenyangan
5. Banyak tidur
Bergaul dengan banyak orang

Tidak salah bergaul. Tetapi pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk akan menghitamkan hati, melemahkan rasa nurani, juga melalaikan.

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa."
(Az-Zukhruf: 67)

Angan-angan kosong

Angan-angan kosong adalah tipu daya belaka. Angan-angan adalah tidak sama dengan cita-cita. Orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal soleh yang mendekatkan dirinya kepada Allah.

Bersihkan hati segera..

Banyak bergantung selain kepada Allah SWT

Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah, Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya.

"Janganlah kamu adakan tuhan selain Allah, agar kamu tidak tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)."
(Al-Isra' : 22)

Makanan atau kekenyangan

Ada dua jenis makanan penyebab. Pertama, kerana zat/materinya. Sama ada yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, dan anjing, dan yang diharamkan kerana hak hamba. Seperti barang curian, atau rampasan. Kekenyangan pula merujuk kepada makan berlebihan dari keperluan.

"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya."
(HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).

Banyak tidur

Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, melalaikan dan membuat lupa serta malas.


Ubat Hati :

1. Membaca Al-Quran
2. Solat malam
3. Berkumpul dengan orang soleh
4. Banyak berpuasa
5. Berzikir di malam hari

Dh jelas semua kan..Jadi, mari kita check semula hati kita. Renew, renovate dan format semula mana yang patut. InsyaAllah..


[ O ALLAH! please do guide us~ ]

Tuesday, May 25, 2010

~ 15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA ~


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.


2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.


[ jadi hiasan terindah di dunia, permata terindah di celahan kaca ]

Monday, May 24, 2010

~ bahagia yang dicari ~


Terasa syahdu saat-saat insan lain semua sedang lena diulit mimpi. Entah kenapa perasaan begini sering hadir di waktu-waktu begini. Semalam, semalaman saya menghabiskan waktu di bilik sahabat. Semalam cuti 'trinity God'. Kami lebih selesa menghabiskan waktu cuti itu di bilik dari berlegar-legar dan berpeleseran menghabiskan masa dan wang di pekan. Selama di bilik sahabat, tidak langsung terasa akan kekosongan. Tapi saat ni..terasa hidup terlalu kosong. Tadi bila bersama sahabat-sahabat, tidak pula terasa kekosongan yang sebegini.

Pulang ke bilik lewat 11 malam. Sampai di bilik, perkara pertama yang saya lakukan adalah 'log on' laptop. Kemudian terus duduk mengadap laptop sehingga saat ini. Sudah puas saya jelajah segenap ceruk 'website' dalam 'google' untuk mencari sesuatu yang mengisi hati yang terasa kian kosong. Saya masuk ke laman 'facebook'. Tiada yang baru. Sahabat-sahabat online saya kebanyakkan nya sudah tidak aktif. Majoriti baru mendirikan rumahtangga. Barangkali 'busy' mahu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Saat itu terasa kesunyian hadir dalam diri saya.

hiasan semata-mata untuk menggambarkan sepinya diri, sendiri.

Saat terasa sunyi begini, saya masih cuba nak mencari jawapan. Apa yang hati saya cari sebenarnya? Dari laman 'facebook', saya ke laman 'friendster'. Tertarik dengan 'shout out' teman-teman di laman 'facebook' dan 'friendster'. Kebanyakkannya bernada gembira, ceria, bahagia. Ada yang ceria kerana bakal menjadi isteri/suami. Ada yang gembira dengan kelahiran cahaya mata. Bahagia kerana dapat melanjutkan pelajaran. Ada yang gembira kerana impian hampir tercapai. Tak kurang juga ada yang 'shout out'nya berbaur sedih. Sedih kerana ahli keluarga telah tiada. Sedih kerana dah lepas dalam 'exam'. Sedih kerana mak ayah "tidak bersama lagi". Pelbagai ragam dan karenah. Setiap gambar yang diletakkan dalam 'page' mereka pon ada ceritanya tersendiri. Ada yang jawha ceria. Tak kurang yang masam mencuka.

Bila melihat dan membaca semua itu membuatkan saya terfikir..
Apa yang menjadi matlamat dalam kehidupan setiap orang?
Apa erti bahagia yang sebenar-benarnya yang ingin dimiliki oleh setiap orang?
Setiap orang merasa bahagia dengan apa yang mereka miliki waktu ini. Tetapi saya seperti tidak merasainya biarpun saya juga memiliki apa yang mereka miliki. Jujur saya katakan saya tidak temui lagi kebahagiaan yang saya idamkan saat ini biarpon saya sudah miliki setiap apa yang saya impikan.

Saya bahagia kerana impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang 'medic' telah saya kecapi. Saya bahagia kerana memiliki keluarga yang riang ceria dan alhamdulillah hidup dalam kesenangan harta dunia. Bahagia juga kerana cukup segala benda. Tapi hati saya tidak sepenuhnya bahagia. Bahagia yang saya cari masih tidak saya temui. Tidak bersyukurkah saya?

Saya pernah rasa bahagia memiliki seorang kekasih. Saya yakin dialah yang pertama dan terakhir buat saya. Saya yakin dialah "adam" buat saya. Saya yakin setianya dia pada saya. Segala kepercayaan dan keyakinan saya berikan padanya. Namun, apabila bertemu insan yang lebih sempurna pada matanya..saya ditinggalkan. Hilangnya rasa bahagia saya.

Hadir pula sahabat membuatkan saya kembali ceria dan bahagia. Saya rasa bahagia memiliki seorang sahabat. Saya berikan seluruh kesetiaan, kasih, sayang, perhatian, masa kepada sahabat saya. Tapi akhirnya..apabila dia bertemu "cinta hatinya", saya ditinggalkan keseorangan. Rupa-rupanya sahabat yang saya temui bukanlah sahabat yang sebenar-benar sahabat yang saya cari. Saya hilang bahagia saya untuk kali kedua.

Saya teruskan mencari sahabat. Lantas bertemu sahabat yang saya kira adalah sebenar-benar sahabat. Hati nekad memberi yang terbaik buat sahabat. Tapi sayangnya sahabat yang berada di depan mata bukanlah juga sahabat yang dicari. Keburukan saya dijaja. Keaiban saya dibuka. Dihina dan dipandang keji pada tiap-tiap mata yang memandang. ALLAH! begitu kerdil dan kecil saya rasakan waktu itu. Tiada sahabat, tiada kekasih, tiada peneman. Sendiri saya di muka bumi ukraine ini mengharungi semua. Tiada lagi bahagia untuk saya.

4 tahun dulu saya penah merasai semua ini. Dari situ saya berusaha mencari kekuatan diri. Ditinggalkan sendiri oleh sahabat-sahabat dan kekasih hati. Berusaha untuk berdiri. Berusaha mencari tongkat untuk menahan diri untuk berdiri. Mencari ubat untuk segala kesakitan yang ada dalam hati. Saya mencari dan terus mencari. Saya mencari sendiri. Kekasih dah lama pergi, sahabat pula memandang pon dah tak sudi.
Akhirnya saya temui cinta sang kekasih yang lebih sejati dari cinta kekasih hati. Kasih yang lebih agung dari kasih sahabat. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dari setianya seorang kekasih dan sahabat. Saya temui cinta ILLAHI. Dalam setiap sujud membesarkan keagunganNYA. Terasa lemah luluh seluruh tubuh bila merasakan betapa jauh saya dariNYA. Selama ini sesaat pun DIA tidak lupakan saya tapi bertahun-tahun saya melupakanNYA.
Sukar untuk digambarkan perasaan itu biar diucap dengan kata-kata puisi yang paling indah. Atau didendangkan dengan syair merdu nyanyian siti nurhaliza. Sukar digambarkan. Setiap saat terasa rindu. Setiap waktu ingin bertemu. Tiada lain yang menjadi impian melainkan untuk melihat wajahNYA "di sana". Terasa bahagia yang tak terhingga. Terasa tidak gentar pada sesiapa. Setiap langkah terasa mudah. Setiap ujian yang hadir terasa indah. ALLAH! bahagia sangat ketika itu. Tidak perlu lagi kekasih atau sahabat. Kerana DIAlah kekasih, DIAlah sahabat. DenganNYA segala-galanya boleh diluahkan. Tanpa ada rasa sangsi, malu atau takut kerana belum sempat diluah, DIA sudah mengetahui segala-galanya. Indah! teramat indah.

Tetapi hari ini terasa sunyi. Bahagia itu telah hilang. Hilang tanpa disedari. Saya berusaha mahu mencari rasa itu. Tapi belum saya temui. Andai anda telah temui cinta sejati yang pernah saya temui, sudilah kiranya berkongsi kembali bersama saya cinta itu. Andai anda menemui jalan menemui KEKASIH HATI saya itu, bawalah saya bersama untuk berjumpa denganNYA kembali. Andai anda sudah miliki rasa bahagia itu, jagalah ia kerana ia boleh pergi tanpa disedari. Jangan lalai walau seketika kerana 'syaitan' mencemburui rasa bahagia itu.

Kini saya sedar tapi saya leka dan lalai. Rasa bahagia yang saya cari tidak ada pada manusia. Rasa bahagia yang saya cari hanya ada pada DIA. Pemilik bahagia untuk dunia dan akhirat saya. Puas saya cari bahagia pada manusia tapi akhirnya saya tetap rasa kosong dan sunyi. Saya yakin bahagia saya ada padaNYA dan jalanNYA. Saya masih mencari-cari jalan kembali ke sana. Saya terus berusaha biarpun sampai hujung nyawa.

"ya ALLAH! aku tahu dosa-dosaku yang menjarakkan aku dariMU..aku tahu tahu titik-titik hitam yang mengotori hatiku dari menempatkan cintaMU dalam hatiku..aku tahu segala kelemahan nafsu ku membuatkan rasa bahagia itu kian hilang dari hidupku..ya ALLAH! bukan aku mengeluh atas setiap cubaan dan ujianMU atas diriku..tetapi ENGKAU lebih mengetahui hatiku ini..ya ALLAH! aku sering lalai dan leka dengan duniawi sehingga aku lemas dan hanyut dalam nikmatnya..ya ALLAH, berikanlah keampunan padaku..berikanlah kekuatan padaku..aku masih mendamba cintaMU..tunjukkan aku jalan ya ALLAH! jalan menuju kepadaMU..aku mahu mati dalam cintaMU ya ALLAH! aku mahu bertemu denganMu ya ALLAH! Jangan palingkan wajahMu dariku ya ALLAH! Tolonglah aku hambaMU yg kerdil lagi hina ini ya ALLAH!"


Tersedar seketika.. Bahagia itu akan hadir dalam sujud yang panjang, penuh kehambaan. Dalam sujud yang merasakan bahawa DIA sedang melihat kita dan DIA benar-benar ada di hadapan kita. Bahagia dirasa bila setiap isi dunia ini tidak ada harga dan nilai walau beri dengan percuma. Bahagia dirasa bila bersamaNYA. Bahagia adalah rahsia ILLAHI yang perlu dicari dan dikecapi oleh setiap manusia yang benar-benar mahu mencari erti bahagia yang sebenar-benarnya. Bahagia yang hakiki adalah rasa tenang dan bahgia bila menyebut "cukuplah ALLAH bagiku..'

Sujudlah padaNYA walau di mana dirimu berada wahai diri. Sujudlah padaNYA walau berada dalam apa keadaan pon wahai diri. Sujudlah padaNYA walau dalam kepayahan dan kesakitan wahai diriku~
~ biarpun dalam sibuk menuntut ilmu


~ ketika musim sejuk


~ ketika musim panas


~ ketika nyaman


~ dalam keramaian

~ dalam sendirian


~ dalam apa jua keadaan



Duhai diri, bersujudlah padaNYA..ESAkan DIA..agungkanNYA..hadirkanNYA dalam setiap masa, setiap langkahmu, setiap derai tawamu, setiap tangisanmu dan setiap hela nafasmu..contohilah mereka di atas ini yg sujud padaNYA dalam setiap keadaan, yang mengingatiNYA dalam setiap perbuatan..Jangan lupakan DIA walau sesaat...berusahalah wahai diri..Moga cintaNYA hadir kembali dalam diriku~

Emas awanan, berlabuh sepi
hanya meninggalkan
malam yang melabuh
hati yang tersentuh
ditinggalkan derita yang tak pernah pupus
mencari kasih yang teragung
dan bila hatiku berkata
engkau adalah segalanya

mengalir tinta airmata
syahdu mengharap belas kasihnya

berdoalah, menadah tangan mu dan memujinya
dan bertaut hanya padanya semata

berbahagialah bagi mereka yang dikasihinya
dan berdukacita bagi mereka yang terleka

Album : Emas Awanan
Munsyid : Saff-One
http://liriknasyid.com

[ Hakikatnya bahagia itu Adalah ketenangan Bila hati mengingati Tuhan ]


Monday, May 17, 2010

~ bulan mei adalah bulan picnic ~


Tenggelam timbul orang yang menulis blog ni. Sambil-sambil menunggu subuh, try to do sumthing yang boleh menghilangkan rasa mengantuk. Subuh kian awal, ini bermakna 'summer' akan hadir..siang makin panjang, 17jam semuanya. Subuh seawal 3 pagi. Maghrib lewat 8 malam.

Hari ini mencuba berpuasa di hari yang panjang. ALHAMDULILLAH! tidak terasa lamanya masa kerana schedule class menyebabkan saya terlupa tentang puasa seketika.

Alhamdulillah ukraine kembali cerah dan bahang musim panas semakin terasa. Setelah 6 bulan hidup dalam kesejukan, kini matahari telah memancarkan diri. Burung-burung mula menyanyi riang. Pohon hijau sudah mula melambai. Desiran angin yang nyaman, tidak seperti angin ketika 'winter' yang menusuk-nusuk ke tulang, kini kian terasa. Nyaman nya dalam suasana begini. SubhanALLAH! sangat cantik 'spring' ini.

Mungkin dah lama tak nampak nikmat hijau. Hidup dalam 'grey environment' (snow dan sejuk), bila hijau terasa indah sangat-sangat. Hijau memang menenangkan dan indah. Mungkin kerana itu syurga ditakhtakan dengan warna kehijauan.

Bulan mei memang diisi dengan bermacam-macam program. Most of the program melibatkan environment. Waktu-waktu begini paling seronok untuk picnic. Biarpon cahaya teramat cerah sehingga menyakitkan mata, angin yang lalu mendamaikan dan menyejukkan (ini ayat waktu malam)

Dari awal bulan hingga tengah bulan mei, every weekend saya habiskan masa dengan picnic. Nice! Every time, every moment, every second, every laugh memberikan kebahagiaan dan kenangan yang tak akan dilupakan.

Saya kongsikan sedikit kenangan saya di sini...happy! (^__________^)

Seawal 7 pagi kami dah bertolak..

Masing- masing nak membantu usaha untuk menghidupkan bara api.
Most of us memang takde jodoh dengan api.
Almost half an hour juga nak hidupkan bara ni. Susah juga rupanya nak hidupkan bara.

Kami 'salute' pada peniaga-peniaga sate dan ayam percik.
Kena berguru dengan mereka lain kali.

Alhamdulillah berjaya juga menghidupkan api.
Inilah orang kuat dalam usaha untuk memastikan ayam ini dibakar juga pada hari itu.
Syukur mereka-mereka yang bijak dah 'half-cooked' kan ayam-ayam itu.
Maka tak perlu tunggu lama untuk masak ayam.



Antara juadah kami.
Main menu : nasi kerabu dan ayam.

Nasi kerabu kami.
Nasi kerabu orang oversea memang simple dan kurang selera jika dipandang tetapi bila dah masuk mulut..urmmmmmmmmmphhhhh..sedappp! (^_~)

Plus air 'mojito' (^_^)V

Duduk bersantai menikmati makanan dan bergambar.
Sudah penat bermain api, lapar sudah.....tapi mereka sempat bergambar~

Orang kuat main api sudah kelaparan (~_~)"

Ibu kepada umar al-fateh diapit oleh bakal-bakal ibu (^_^)

Disebabkan majlis picnic ni bersempena majlis perpisahan untuk sahabat-sahabat 6th year, maka elepas habis makan, sesi luahkan perasaan pule.

sebenarnya tidaklah sedih pon sebab kami luahkan perasaan dengan cara bermain.
(^_^)(^_~)(*_*)(>_<)(T_T) Kami bergambar kenangan sebelum pulang.
Most of them ni 6th year student. This picnic = farewell picnic for them.

And pulang! Oh kenangan di tasik marina..

[ Bertemu berpisah kami keranaMU ya ALLAH! Bersama kami atas jalanMU, maka berpisah kami juga mudah-mudahan tetap di atas jalanMU..bimbinglah kami ya RABB! ]
Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa"
 

me myself and i