Showing posts with label my deen. Show all posts
Showing posts with label my deen. Show all posts

Friday, June 12, 2009

~ misteri alam semesta ~


“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.”

[Al-Jaathiyah 3-5]

Sesaat dan sejenak kita berfikir tentang kejadian atau fenomena alam besar impaknya dan boleh membawa kita kepada keinsafan terhadap keagungan ciptaan Allah SWT. Setiap kejadian tidak terjadi dengan sendirinya malah bersebab dan berhikmah itupun bagi manusia yang ingin berfikir. Allah berfirman menerusi Al-Qur’an beberapa kali menyebut tentang manusia yang mahu menggunakan akal fikiran.

Maka dengan itu syukurilah dan hargailah nikmat akal fikiran yang telah dikurniakan Allah kepada kita sebaiknya. Ambil lah kesempatan mengingati Allah di dalam apa jua keadaan, apatah lagi bila kita melihat setiap kejadian dan fenomena alam cipataan Nya yang maha Agung. Janganlah disebabkan kebiasaan kita melihat kejadian alam ini membuatkan kita merasa tiada apa untuk dihairankan dan bersifat alpa.

Nikmat hidup dan nikmat Islam yang kita rasai pada saat ini syukurilah dan hargailah selagi kita masih punyai ruang waktu. Ingatlah setiap saat pada Nya dan ucap lah ’Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ & ‘Allahuakbar’.


Lihatlah Kebesaran Allah S.W.T yang menciptakan Alam Semesta..

Maksud Firman Allah S.W.T :

“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”

“Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).”

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.”

( Al-Mulk : 3-5 )

“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? “

( As Sajadah : 4 )


Nebula bermaksud gas yang dihasilkan akibat daripada letusan bintang di akhir hayatnya. Seperti Matahari juga akan menempuh kitaran akhir hayatnya. Setiap bintang akan mengalami saat kematiannya iaitu berakhir dengan letusan yang sangat dasyat. Bagi bintang-bintang yang bersaiz berganda-ganda lebih besar, letusan tersebut di panggil Supernova. Terdapat lebih kurang 300 bilion bintang di angkasa raya yang mana dalam setiap waktu terdapat letusan akan berlaku. Jika dahulu dengan ketiadaan teknologi kita tidak dapat melihatnya namun pada hari ini kita boleh melihat kejadian tersebut dengan jelas.

Sedarkah bahawa satu ketika nanti sistem suria kita juga akan mengalami nasib yang sama. Sebagai umat Islam sememangnya kita telah diajar untuk beriman dengan mempercayai akan berlakunya hari kiamat.


Saintis barat kebelakangan ini telah membuat kajian dan menemui banyak fakta serta kebenaran tentang alam ini termasuk proses pengakhirannya. Satu-satunya teleskop hubble yang di orbitkan di angkasa oleh saintis barat telah banyak merungkai misteri alam semesta. Dengan izin Allah imej-imej yang menakjubkan tentang misteri alam semesta dapat kita perhatikan walau tidak semua namun cukup membuat sesiapa yang melihatnya terpegun dan takjub dengan kebesaran Allah S.W.T


Cuba kita lihat Firman Allah Surah Ar Rahman ayat 37 & 38


“Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; “
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”


Ayat diatas menerangkan tentang kedasyatan tentang hari kiamat yang akan berlaku yang mana seluruh alam semesta akan musnah samasekali. Imej ini seolah menggambarkan apa yang telah diterangkan di dalam ayat di atas. Wallahu’alam.


Apapun, ayat di atas merupakan firman Allah yang tiada keraguan sedikitpun. Sekiranya tiada bukti sekalipun sememangnya kita mempercayai dan mengimaninya dengan sepenuh hati. Namun kita patut berasa bersyukur dengan setiap ruang dan peluang yang kita perolehi lantas mengambil inisiatif untuk menginsafi dan mengambil iktibar dalam merancang hidup menghadapi hari pembalasan yang sudah pasti akan tiba.


Sebagai umat Islam, kita patut bersyukur di atas nikmat Islam yang telah didikurniakan pada kita. Sememangnya Allah menyuruh kita sentiasa memerhatikan kejadian alam dan sentiasa berfikir betapa hebatnya alam yang telah diciptakan lantas mengimaninya.


Walaupun kajian demi kajian yang dibuat oleh orang-orang barat adalah dari golongan yang bukan Islam namun tidak bermakna kita tidak perlu ambil tahu. Bukankah menuntut ilmu itu suatu yang sangat dituntut apatahlagi ilmu-ilmu yang bermanfaat. Perhatikanlah antara beribu imej yang berjaya dirakam oleh teleskop hubble & berfikirlah tentang kebesaran Allah S.W.T :

1) Cat’s Eye Nebula

2) Hellix Nebula

3) Hellix Nebula Dying Star

4)Splendid Planetary Nebula

5)Eye Shaped Planetary Nebula NGC 6826

6) Nebula NGC 3132

7) Cat’s Eye Nebula NGC 6543

9) The Crab Nabula

10) Crab Nebula


11) Old Stars

12) SuperNova 1987A Surrounded by 3 Rings of Gas

13) Supernova Remnant N 63A

14) Explosion

15) Exploding Stars

16) Spiral Galaxies NGC 2207 & IC 2163

17) Cartwheel Galaxy

18) Spitzer Composite Image

19) The Whirpool Galaxy M51 & Companion

20) Galaxy Cluster 1E 0657

21) Dark Matter Ring In Galaxy Cluster

22) Galaxy Cluster MACS J0717

23) Infant Stars

24) Illuminates Dust Around Supergiant Star V838

25) Star Cluster Bursts

26) Star Birth in Galaxy NGC 604

27) Stars

28) Cluster NGC 6397

29) Scattered Light From Boomerang Nebula

[ ya ALLAH! bukakan lah mata hati kami untuk melihat semua ciptaanMU adalah semata-mata atas kehendakMU ya ALLAH! semoga bertambah keimanan kami dan semoga bertambah kecintaan kami kepadaMU ya RABB ]

Wednesday, June 10, 2009

~ buat yang jauh ~



Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu terkenang
Tempat aku mula mengenal erti perjuangan
Yang tak kenal erti kepenatan

Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu terkenang
Pada sahabat-sahabat seperjuangan
Yang sering memberi tunjuk ajar dan teguran
Atas segala kesilapan

Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu bimbang
Mampukan aku teruskan perjuangan
tanpa sahabat yang aku sayang?

Bila jauh di rantau orang
Harapanku tinggi menjulang
buat semua sahabat yang kutinggalkan
agar terus memberi sokongan...

Buat aku yang jauh di rantau orang
Berdoalah kepada yang Maha Penyayang
Agar terus mendapat pedoman
Yang akan memandu jalan

Wahai diriku yang jauh di rantau orang
engkau tidak bersendirian
dalam membina taqwa dan iman
atas jalan perjuangan
yang pastinya penuh ujian

Ingatlah diriku yang jauh di rantau orang
Beradaptasilah dengan semua orang
Untuk kau timba pengalaman
Kerana guru terbaik adalah pengalaman
dan berada jauh di rantau orang
juga adalah perjuangan..

Berbekallah jika kau di rantau orang
dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang nabi tinggalkan
juga dengan akhlaq dan kasih sayang
untuk mudah engkau tawan
hati-hati INSAN yang jauh dari Tuhan

WALAUPUN JAUH DI RANTAU ORANG
PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN
KERANA KITA MATA RANTAI DALAM BERJUANG
BUKAN PEMULA, PENGAKHIR JUGA BUKAN..
dan berada jauh di rantau orang
juga adalah PERJUANGAN
!!!



[ ya ALLAH! jadikan kami seorang pejuang yang merindukan syahid di jalanMU ]

Tuesday, June 9, 2009

~ kiasan cintaMU dalam laguku ~


tersebutlah suatu cerita...

dahulu, sewaktu aku hilang panduan..
tersungkur di tengah jalan yg luas penuh liku..
mujur ada sahabat yg datang membantu..
tiada sepatah kata yg diberikan cuma sekadar sebuah lagu..

namun walau hanya dengan sebuah lagu, aku bangkit kembali..
kini aku mampu berdiri dan berlari..
tersadung dan jatuh tersungkur aku berkali-kali..
aku menoleh ke kanan kemudian ke kiri..

mencari-cari sesuatu untuk membantu..
melihat sahabat tiada di situ..
ku lihat bayang sahabat disebalik lagu..
hanya..sebuah lagu yg membantu menemaniku..



Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

kini aku terus mendengarkan lagu untuk berdiri dan berlari..
namun terkadang aku leka dalam laluan penuh berduri..
tersadung dan jatuh tersungkur aku kembali..
terasa seperti tiada harapan untukku berlari..
aku tidak mahu menoleh kebelakang lagi..
namun, payahnya melalui lauan penuh liku membuatku menoleh kembali..

hadir lagi sahabatku..
pasti hadirnya untuk membantu..
namun masih tanpa bicara, aku jadi kaku..
tiba-tiba terukir sebuah senyuman dan dihadiahkan aku lagu..

ku dengari..ku sesali..lantas ku berdiri..matlamatku hanya SATU..
aku akan tetap dan terus berkasih hanya denganMU KEKASIHku..



Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

kini matlamatku tetap SATU..
biar duri memenuhi laluan ku yg berliku..

biar terpaksa ku tutup segala pintu..
namun wajahMU kini menjadi dambaanku..

aku berjanji untuk terus berjuang walau tanpa suara..

aku nekad mencari syahid di atas jalanNYA, yang MAHA ESA..



Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang

andai jalan ini akan membawaku kepadaMU..
andai ujian ini adalah maharnya untuk aku memiliki cintaMU..
andai inilah caranya ENGKAU menjagaku agar aku dekat denganMU..
aku pasrah dengan penuh REDHA kepadaMU..


Daripada Anas r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman:

Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan AKU, AKU akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan AKU tidak peduli.
Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKU, nescaya AKU akan ampunkan bagimu.
Wahai anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang mengadapKU dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKU tanpa engkau mensyirikkan AKU dengan sesuatu, nescaya AKU akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.


( Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi : hadith ini hasan lagi sahih )

[ ya ALLAH! ku bersujud pada kudratMU..semoga aku sentiasa berada di dalam pandangan kasih sayangMU ]

Sunday, June 7, 2009

~ indahnya jadi wanita ~

seringkali wanita dianggap lemah lantaran fizikalnya yg kelihatan lemah..namun di sisi ALLAH, wanita tetap ade kelebihannya..telah hadirnya ISLAM untuk mengangkat martabatmu sebagai seorg wanita..maka, jadilah kamu seperti mana yg telah ALLAH ciptakan..jgn diubah sifatmu lantaran terasa ditindas..jgn diubah jantinamu lantaran terasa dirimu lemah..hakikat yg lemah itu tiada selagi engkau beriman..lemahnya kita tatkala berada di sisi ALLAH sahaja..namun terasa lemah di sisi ALLAH itu adalah sifat terpuji kerana kelemahan yg itu bermaksud sebenar-benar sifat kehambaan..semoga kita menjadi seperti saidatina KHADIJAH, saidatina AISHAH, saidatina FATIMAH..


~ 19 HADITH MENGENAI WANITA ~
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

*Jika para pembaca mendapati mana-mana hadis di atas adalah hadis palsu @ bukan hadis,mohon diperbetulkan di bhgn komen. Terima kasih.


[ ya ALLAH! semoga akan lahir suatu hari nanti seorang pejuang agama ISLAM dari 'rahim' seorg wanita yg hebat yg merasa lemah semata-mata di hadapan ALLAH SWT..wallahualam.. ]

Friday, June 5, 2009

~ kisah cinta sejati ~


entah kenapa hari ni terasa sangat sayup..
hati terasa kosong..
melihat sekeliling tanpa ada apa-apa perasaan..

"ya ALLAH! mengapalah aku hari ini?"

setiba di bilik terus sy membuka laptop dan mencari sesuatu yg sebenarnya sy pon tak tahu apa yg mahu dicari..mencari sesuatu yg boleh mengisi hati yg kononnya kekosongan ini mungkin..
sy singgah dari satu blog ke satu blog yg lain..

tiba-tiba mata sy terhenti di satu blog yg tertera padanya satu tajuk yg sangat-sangat menarik perhatian sy ketika itu..
"cinta sejati yang tak mungkin terbalas"
hati mula tertanya-tanya..apalah isi dia ni sampai saya tertarik nak membaca..
"cinta sejati mana pulak yang tak mungkin dibalas?"

ketika sy mula membaca nya, air mata sy bergenang..
apabila tiba di pertengahan cerita, air mata tak tertahan lagi..mengalir laju tanpa henti..tiada isyarat ia mahu berhenti..sy meneruskan bacaan biar penglihatan sudah kabur (kerana air mata)..dan akhirnya, bagaikan seorang anak kecil yg dimarahi ibunya..sy menangis teresak-esak..


bukan pertama kali sy membaca kisah ni..sudah berpuluhan kali barangkali..dan setiap kali itu kisah 'cinta ini' akan buat sy tersentak & melinangkan air mata..namun kali ini terlebih-lebih pula reaksinya hingga teresak-esak..mungkin kerana hormone yg kurang stabil ditambahkan dengan perasaan mencari-cari sesuatu untuk mengisi jiwa yg terasa kosong ini membuatkan reaksinya lebih dari biasa..


apakah kisah cinta yg sy baca sebenarnya kn..sampai syahdu gitu..

ini bukanlah kisah cinta laila dan majnun..ataupun kisah cinta sejati Syah Jahan terhadap Mumtaz..tapi kisah cinta ini jauh lebih hebat dari itu..

inilah kisah cintanya..

"Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua", keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malakul maut"...
..., kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu", kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" kata Jibril..
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya' "..
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi..
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku"..
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku?, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku".. Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu."


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..
inilah kisah cinta yg sy perkatakan..inilah kisah cinta yg akan membantu sy di akhirat nanti..begitu juga kamu..tiada cinta yg setanding cinta baginda kepada umatnya.. rasakah kamu akan getar cinta kekasih ALLAH ini dalam hatimu?..jika ya, alhamdulillah..semoga ia kekal..jika tidak, maknanya ade sesuatu yg menghalang ia hadir..maka usahalah dan carilah ia..cinta ini tak mungkin hadir tanpa IMAN..kerana hanya itulah syarat untuk memiliki cinta sejati ini..mulakan & dahulukan cinta pada sang PENCIPTA, maka akan menyusul cinta kekasihNYA dalam dirimu..semoga kita diberikan rasa cinta padaNYA & rasulNYA..


[ ya ALLAH! indahkanlah akhlak kami seperti indahnya akhlak rasul kami, muhammad SAW ]
[Ar Rosulu qudwatuna = Rasulullah teladan kami ]

Thursday, June 4, 2009

~ bermula dengan yang kecil ~


"sudah menjadi fitrah yang besar pasti bermula dengan yang kecil"

siakap senohong, gelema ikan duri,
bercakap bohong, lama2 mencuri..

"bermula dengan berbohong, akhirnya mencuri"

" jangan disemai benih MAZMUMAH di dalam hati, kelak akan terbina akhlak yang dibenci ALLAH..
tetapi suburkanlah benih MAHMUDAH di dasar hati, kelak terserlah jiwa seorang pejuang khalifah.. "


seringkali kita terlepas pandang hal yang kecil kerana terlalu memikirkan hal yg jauh lebih besar..pertarbiyahan ALLAH tu ada setiap masa walapon ketika kita tidur..terpulang bagaimana untuk kita menilaikan ia & mengambil ikhtibar darinya..



pernah lihat & dengar video ini?
masa first time sy tengok video ni, sy tak faham langsung apa yg dia ckp..( first time tengok sewaktu program agama, speaker tak function dengan baik )..
tapi dengan melihat apa yg dilakonkan oleh penyanyi, alhamdulillah sy dapat menangkap apa yg sebenarnya nk disampaikan oleh group ni..walaupon tanpa memahami liriknya, video ni telah menyedarkan sy satu hakikat bahawa hal yg kecil mampu memberikan satu perubahan yang besar..

hal selalu yg dipandang kecil itu hakikatnya lebih penting berbanding hal yg besar..dari hal yg kecil terbinanya hal yg besar..membina rumah sahaja bermula dengan seketul bata yang kecil..apabila disatukan batu-batan, maka terbinalah sebuah rumah yg indah mengikut citarasa pemilik..

begitulah juga diri kita..jika mahu mendidik hati dan jiwa menjadi lebih dekat dengan ALLAH maka lakukanlah hal2 kebaikan biarpon kecil tetapi di sini terletaknya pentarbiyahan ALLAH yg paling besar untuk seorang mu'min & mu'minah yg sentiasa mendambakan cinta RABBnya..jika mahu membina mendidik diri menjadi hambaNYA yg sentiasa beringat maka laksanakanlah amalan yg kecil2 ini..kerana di sini terujinya keikhlasan, kasih sayang, kesabaran, kepercayaan & keyakinan padaNYA..

"lakukankah IKHLAS semata-mata kerana ALLAH SWT..kerana itulah kuncinya! usahalah seikhlas mampu walaupon hakikat IKHLAS itu adalah rahsia ALLAH yg tak mampu dinilai oleh manusia "

bukan niat untuk menunjuk..
tetapi jangan pula termakan dengan pujukan syaitan yg sentiasa bertungkus lumus menyemai benih-benih mazmumah dalam diri kita..

sedarkah satu perkara?
sebenarnya hal yg kecil begini dapat membuka mata "hamba ALLAH yg lain" tentang keindahan ISLAM itu sendiri..membuat kebaikan bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri
tetapi untuk seisi alam..ISLAM itu agama yg sempurna..apa yg disuruh & apa yg ditegah adalah semata-mata untuk kebaikan kita..

[ ya ALLAH! tunjukilah kami & tuntunilah kami dalam menyemai rasa IKHLAS di dalam hati ]

Tuesday, June 2, 2009

~ syahdu mencari redhaMU ~


puisi ini diambil dari blog seorang sahabat..
untuk semua pembaca..
saat saya membacanya terasa syahdu & sayu..
mungkin kah kita punya rasa yang serupa!?!!



MENITI HARI

Dalam meniti hari
beningnya cahaya pagi
selembut sutera kasih
kicau burung menyeri
jernih embun memikat hati
kasihmu nan syahdu
utusan laguan rindu
mengalun lena mimpiku..

Dalam meniti dhuha
ku masih disejadah
tanganku tadah memohon doa
andai rezeki di langit turunkanlah
andai rezeki dibumi keluarkanlah
andai jauh dekatkanlah
andai susah mudahkanlah
Engkaulah yang maha pemurah

Dalam meniti dinihari
telah jauh ku melangkah
peluh memercik sudah
terik membahang di kepala
ada hikmah dalam nikmatNya
ada nikmat dalam rahmatNya
ada limpahan kasih sayangNya
ada mutiara takwa dalam redha

Dalam menunggu sore ini
biar usah kita nyatakan
ketulusan bukan pada ungkapan
biar usah banyak bicara
andai ia menyiat luka jiwa
biar ku simpan di hati ini
ku pasti Allah mengetahui
betapa ku mengingati dan merindui..

Dalam menanti senja
tetiba gerimis menyapa
usahlah rajuk membuta
usahlah lagi prasangka
ku masih setia menanti
cantiknya kunjungan pelangi
meski sekejap aku redha
kerana telah tersurat sudah..


[ Carilah keikhlasan didalam takbiratulihrammu, kedamaian didalam ruku'mu, ketenangan didalam sujudmu, kerana disitu terkumpul cinta Ilahi cinta yang hakiki... ]
Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa"
 

me myself and i