Thursday, June 6, 2013



1 june 2009, pertama kali blog ni tercipta..
Kini, June 2013.. setelah 4 tahun. SubhanALLAH..! Maha suci ALLAH..
Terlalu banyak perubahan selama 4 tahun ini kepada diri saya. Jika dahulu mengharungi mehnah kehidupan seorang diri kini saya sudah berdua. Alhamdulillah..

Last entry saya adalah hari terakhir saya menamatkan pembelajaran di bumi ALLAH ukraine.
Teringat susah payah, pahit maung, jerih perih menghabiskan 7 tahun di sana tanpa keluarga. Alhamdulillah hari ini saya sudah bergelar seorang doktor. Doktor yang masih meniti kehidupan dan masih lagi belajar tentang kehidupan. Semakin mengahrungi kehidupan, semakin lemah terasa diri ini.

Betullah kata orang, jika belum pernah melangkah ke alam pekerjaan kita tidak akan tahu betapa payahnya hidup itu. InsyaALLAH mudah-mudahan blog ini menjadi muqaddimah kepada satu permulaan hidup yang baharu.

Tersedar kembali dari lena yang panjang. Hidup ini bukan sekadar untuk dunia. Matlamatnya tetap akhirat. Dunia hanyalah sandaran semata-mata untuk memenuhi kehidupan segala hayat dikandung nyawa..

Buat sahabat yang masih membca blog ni, semoga ikatan ukhwah yang terbina kekal hingga ke akhirnya.
Ketahuilah saya amat merindui kalian~

[ Berilah aku kekuatan dan ketabahan seperti kuat dan tabahnya NABI MUHAMMAD S.A.W]

No comments:

Post a Comment

 

me myself and i