Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

~ cerita tentang hidup (2) ~


suasana hening pagi ni..terasa lemah & agak kemalasan untuk bangkit dari pembaringan..sy gah kan diri juga untuk bangun..

"hari ni exam OnG!" bisik hati sy..namun sy terasa sgt tenang seperti hari-hari biasa.."napelah tenang sgt ni? sll kalau nk exam, ak ni berdebar2 macam nk pecah dada..ni tenang sgt ni..risau pulak!" sy bermonolog sendiri sambil melangkah meninggalkan hostel dan menuju ke hospital.."insyALLAH boleh fira!kn dh study malam tadi till 2pg..pegi jer lah!" pujuk hati sy..sy mengeluarkan telefon untuk menelefon bonda di Malaysia..memohon untuk didoakan kejayaan anaknya di kejauhan ini..bonda memohon untuk menefonnya kembali setelah selesai menduduki pepriksaan..


sesampai sy di hospital, suasana sunyi kerana masing-masing tunduk dan khusyuk menatap buku "obstetric and gynaecology" untuk saat-saat yg terakhir sebelum ilmu kami diuji oleh profesor sebentar nnt..tanpa berbicara dengan sesiapa pon sy terus mengambil tempat duduk di antara linda dan shahrul..

"ok! please take your seat, take 1 variant & prepare your answer.." kata-kata lecturer memecahkan kesunyian pagi itu..masing-masing sudah terasa debaran..dah mcm cacing kepanasan..tak boleh nak duduk diam.."ya ALLAH! apelah aku bace ni..nk jawab ape ni?" shahrul memulakan bicara.."tak tau lah! aku pon tak tahu akan dapat soalan ape ni!" ikhwan menyambut..sy masih duduk dengan tenang mendengar perbualan mereka..bukan sy confident tp sy seperti 'blur'.."ya ALLAH! apelah yg ade dalam otak aku ni?" bisik hati sy..

kami menuruti arahan lecturer tadi..saya dan sahabat-sahabat yg lain mengambil variant masing-masing dan.."alhamdulillah! soalan senang! adalah idea nak jawab ni! kalau tanya bertubi-tubi pon insyaALLAH dalam skop ni still ade idea.." sy tersenyum melihat soalan yg ade di tangan, terasa 'confident' untuk lepas..kami mula berusaha memerah otak untuk memastikan semua maklumat yg dikehendaki lengkap..kami diberi masa 2 jam untuk menyediakan diri dan jawapan sebelum ditanya oleh professor nnt..

"sebelum terlupa apa yg dibaca, better tulis atas kertas tu cepat-cepat hani! nnt cikgu tanya, leh tgk kertas tu sikit-sikit" samihah mengingatkan hani yg waktu itu berusaha mengingat ukuran diameter pelvic during delivery..terlalu byk fakta yg perlu diingat..kami akan membantu sesama sendiri jika ada yg terlupa..begitulah kelazimannya bila menghadapi peperiksaan..tidak boleh pentingkan diri..
inilah caranya kami exam..tiada bertulis..100% oral..keputusan pon tahu time tu juga..gagal @ lepas..kami akan mengambil satu variant yg di dalamnya terdapat beberapa soalan bergantung kepada depatment..untuk department obstetric & gaenycology ( OnG ) ni, satu soalan sahaja di dalam satu variant..keseluruhannya ada lebih kurang 50 varriant.."semuanya bergantung pada nasib" itu kata salah seorang sahabat india sy..kalau kita org islam sebut "bergantung pada rezeki"..kena soalan yg betul2 faham, alhamdulillah..kalau kena soalan yg tak berapa ok, redha ajelah..kegagalan dan kejayaan kami bergantung pada lecturer yg hatinya dimiliki oleh ALLAH itu..bergantung dengan hati budi dan budi bicara lecturer..pemarkahan diberi oleh manusia yg mempunyai emosi dan sikap yg berubah di suatu masa..REDHA kunci utama kami!
"ok, 2 students follow me! after this, continue 1 by 1 when the 1st student finished answer with professor!" lecturer memanggil 2org dr kami untuk di bawa ke bilik professor.."berdebar-debarnya..hu3!" tiba-tiba linda bersuara setelah sekian lama suasana sepi menyelubungi..yg lain hanya diam menunggu.."jgn risau! she's very nice..everything will be ok!" jaya cuba menasihati sy..seorg demi seorg pergi..alhamdulillah semua keluar dengan senyuman terukir di bibir..sehinggalah sampainya giliran sy..

"what's your question?" 1st question from professor..
"infection toxical diseases of newborn" sy menjawab dengan tenang..
"ok, please explain the clinical manifestation of this" 2nd question from professor..
"the clinical manifestation............................................" sy menjawab se'confident' yg boleh..
"therapy for this infectious diseases?" 3rd question from professor..
"antibiotic therapy is the main therapy for the infectious diseases but depends on the aetiology" sy jawab seperti apa yg telah sy baca..
"what group of antibiotic?" 4th question from professor
"Alahai..soalan pharmcology pulak keluar!" bentak hati sy.."Ermmm...microlides...ermmm..." sy cuba berfikir.."ALLAHUAKBAR! nape tak terkeluar idea ni? subhanallah..soalan mudah ni!" bisik hati sy..dalam sy berusaha untul recall "group of antibiotic" tiba-tiba professor telah memberikan semua jawapan.."Alamak..susah ni! soalan senang ak tak leh jawab..habislah!" hati sy sudah mula mahu menangis..
"you can answer everything but you don't know the group of antibiotic?...such a simple question!" sy tertunduk diam.."you can prepare for next exam!" berderau darah sy waktu tu..
"ya ALLAH! ak failed!" sy hampir nak menangis depan lecturer tu tapi sy kuatkan hati melangkah meninggalkan bilik prefessor..

sy kuatkan hati tak mahu menangis..di hati ALLAH sahaja yg tahu..sy mencapai telefon untuk menelefon bonda.."Assalamualaikum ma, tak tahu lah ma..tak lepas rasanya" waktu mendengar suara bonda, mata sy mula bergenang..pastinya bonda mengharap jawapan kejayaan dari anaknya ini tapi jawapan kegagalan jua yg sampai ke telinga bonda..sy berusaha untuk tidak menangis.."takper, kita doa sama-sama..insyaALLAH boleh tu.." bonda cuba memujuk sy..waktu tu tanpa dipinta menitis juga airmata sy.."takperlah ma..nak buat mcm mn.." sy cube menjawab dalam keadaan sebak menahan tangisan..tak mahu bonda tahu yg sy sedang menangis.."janganlah sedih2! kita doa sama2..insyaALLAH semuanya akan ok!" bicara bonda tiba-tiba..sy mendiamkan diri kerana tak mampu lagi menahan sebak di dada..air mata mengalir seperti tidak mahu berhenti..sy memohon untuk memutuskan talian kerana takut jika berterusan berbicara dengan bonda akan membuatkan sy hilang pertimbangan..sudahlah di tempat awam, di hadapan sahabat-sahabat sy..

sy terus pulang ke bilik..rasa sedih dan sebak dalam hati masih belum hilang..sy membuka laptop yg sememangnya menjadi sahabat sy di kala susah dan senang..sy terus membuka laman web blog sy untuk melihat "new comments"..sambil dialunkan dengan suara kamal uddin, sy duduk dan menghayati liriknya sedalam yg mungkin..ALLAHuakbar! sy menangis lagi apabila telinga sy menangkap sepotong rangkap lirik lagu ini..

Most merciful are you King of all the kings
have ownership to all of each and everything
Indeed I am your slave created from the dust
a traveller in this world I shouldn't feel such lust

You blessed me with Islam to me this is a gift
I'll store deep in my heart or it may leave me by drift
This world is not my home about this I must learn
it's from you that I came and to you I shall return

At times when I'm in pain at times when I can't cope
when calling out your name my heart is filled with hope
When life for me is dark you sprinkle me with light
as long as I shall live always I will recite

sy terus menghayati lagu ni..sy duduk di atas katil dan mula memikirkan sebab-sebab kegagalan sy di dalam peperiksaan tadi..hanya kerana satu soalan yg mudah yg sy tahu jawapannya cuma entah kenapa tak keluar ilham tu tatkala disoal oleh professor tadi..di mana silapnya??? tiba-tiba seperti ade sesuatu yg berbisik ke hati sy.."ilmu itu milik ALLAH! hati itu milik ALLAH!"

"Astaghfirullah...!" sy bagaikan baru tersedar dari mimpi yg panjang.."ya ALLAH! aku terlupa untuk bertawakkal pada ALLAH sebelum masuk exam tadi! aku melangkah semata-mata aku yakin lecturer itu baik dan aku yakin dengan ilmu yg aku ade..tapi aku lupe bertawakkal kepada ALLAH..sebelum ni aku menyerahkan segala-galanya pd ALLAH bila nk menghadapi exam yg lecturernye garang dan 'killer' tapi kali ni aku melangkah tanpa aku hadirkan rasa tawakkal pada ALLAH..hanya semata-mata ramai yg kata 'confirm' lepas sbb she's super duper nice! dengan sebab ini ak rasa amat confident boleh lepas..mungkin inilah asbab utama aku gagal hari ini.."

~ yakinlah sy hati itu milik ALLAH..!
~ pemilik segala hati yg mampu mengubah hati sesiapa pon..baikkah dia! jahatkah dia! muslimkah dia! kafirkah dia! hatinya tetap milik ALLAH!
~ lecturer itu hanyalah semata-mata ujian buat sy bagaimana sy menyerahkan segala ketentuan pada yg MAHA KUASA!
~ DIAlah pemilik ilmu sy..biarpon sy sudah mempelajarinya tetapi jika DIA tidak mengizinkan sy untuk memilikinya, sy tetap tidak akan mampu memilikinya..hanya dengan izinMU ya RABB!
~ DIAlah yg memberi ilham dalam setiap kata-kata, perbuatan & akal fikiran sy..tiadalah sy seorang yg mampu berkata-kata jika ilham ini tidak datang dariNYA..

buat diri & sahabat-sahabat, ingatlah setiap hari & setiap saat, akan ada pentarbiyahan dari ALLAH untuk kita..ilmu kita, amalan kita, diri kita pasti akan diuji..samada kita sedar ataupun tidak..apabila datangnya ujian buat kita maka berusahalah untuk kembalikan segalanya kepada ALLAH..pandanglah dengan pandangan hikmah dan iman..

teruskanlah berusaha..gagal setelah berusaha bukanlah bermakna kita bodoh tetapi ia hanyalah semata-mata ujian dari ALLAH untuk menguji sejauh mana kesabaran & keyakinan kita padaNYA..

ALLAH SWT berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran ayat 200)
boleh jadi jika kita berjaya akan timbulnya rasa bongkak dan riak tapi ALLAH tak mahu rasa itu hadir dalam diri kita kerana rasa itu akan membuatkan kita jauh dariNYA..DIA mahu kita dekat denganNYA..sungguh kita tidak mampu melihat masa depan tetapi ALLAH mampu..apakah kita mengingati DIA apabila kita berjaya?..buat masa ini tanpa kejayaan, berapa kali kita mengingati ALLAH dalam sehari? hanya di dalam solat? cukupkah sekadar itu sedang dia memberikan kita nikmat udara dan nyawa..maka serahkan segalanya pada ALLAH..nescaya akan tenang jiwamu..
"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.."

(albaqarah:216)
teringat sy pada kata seorang sahabat sy "jangan bersedih..kekasih pilihan ALLAH akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNYA..jalannya dihiasi dengan duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yg melimpah..tapi dihidangkan keperitan susah payah yg tiasa sudah..!"

kadang-kadang kita tahu tapi kita lupa..itulah gunanya nasihat menasihati sesama kita walaupon mengingatkan perkara yg sama dan berulang-ulang kali kerana manusia itu diciptakan bersifat lupa..

~ buat diri..la tahzan innALLAHa ma'ana..
~ buat ayahanda & bonda..mohon ampun atas segala dosa..mohon ampun kerana mengecewakan hatimu..insyaALLAH anakanda akan berusaha sehabis mampu untuk menghadapi exam selepas ni..doakan kejayaan anakmu!
~buat sahabat2..ambil yg baik jadikan panduan dan jadikan yg buruk sebagai sempadan..

[ ya ALLAH! jika ujian2 ini adalah maharnya untuk aku mendapatkan cintaMU..aku redha! ]

Sunday, June 7, 2009

~ cerita tentang hidup (1) ~


termiss sehari nk tulis sumthing kat blog ni..actually ada sumthing yg ingin dikongsi tetapi ALLAH tidak mengizinkan sy menulis lewat malam tadi kerana masalah kesihatan.. asifni..

semalam sy berjalan-jalan dengan seorang sahabat,tini..sudah menjadi suatu kemestian bagi kami di sini sebelum pulang untuk bercuti musim panas, kami akan mencari barang-barang untuk dibawa pulang ke malaysia sebagai hadiah dan tanda ingatan buat keluarga dan saudara-mara di malaysia..

"aduh! peritnye tekak.." bisik hati sy. cuaca yg panas sekarang ni sememangnya menyebabkan tekak sentiasa kering, rasa tak selesa dan sentiasa meminta untuk dilembapkan.."teringin nak minum milk shake lah!" tini meluahkan keinginannya tiba-tiba."wah! tini seperti membaca isi hati sy.." detik hati sy..dengan tersenyum sy menjawab.."kalau dapat milk shake coffee depan university tu mesti best kn tini!"

sy memberi idea walaupon sy sebenarnya tak berapa suka minum susu tapi entah kenapa susu (milk shake) di sebuah gerai kecil di hadapan university kami menjadi kesukaan sy..mungkinkah keikhlasannya bekerja biarpon di gerai kecil lagi-lagi di musim panas ni? mungkinkah kerana sikapnya yang tidak sombong dan peramah tidak seperti peniaga lain? wallahualam..hanya ALLAH yg tahu..sy sendiri tak tahu kenapa sy suka susu (milk shake) di kedai tu..


sesampai di gerai milk share..
"daite malako kofii, ajin!"
= "berikan sy susu kopi, satu!"
"tolka ajin?" = "satu jer?"

"da! mi uzhe kushali..prosta hochem pit malako.." = "ya! kami baru lepas makan..saje nak minum susu.."

"kaharasho!" = "baik!"
sambil tersenyum, 'kakak gerai' itu terus memulakan tugasnya..

kami berdiri di hadapan gerai itu menunggu sambil mata sy liar melihat sekeliling sehingga mata sy terhenti pada seseorg, hati sy tiba-tiba terasa sayu..seorg nenek yg terlalu uzur sedang menjual kuaci duduk disebalik tiang cuba melindungi diri dari terik panas matahari.."ya ALLAH! manalah anak dia ni? sekadar menjual kuaci, berapalah sgt dia dapat untuk menampung hidup! sudahlah negara ini barangnya mahal2!"gerutu hati sy..sy lantas mencari sesuatu di dalam beg..


"wah! orang dah ade blog..camera sentiasa di tangan!" tiba-tiba tini bersuara tatkala melihat sy mengeluarkan camera panasonic lumix berwarna pink pemberian bonda..
"alaaa..nak kongsi sumthing tentang negara ni kat blog tu..negara ni sgt byk mengajar kita erti bersyukur kn..?" jawab sy tersipu-sipu..semua sahabat sy dh tahu sy ni bukanlah seorg yg rajin nk snap gambar..tapi kalau bergambar mmg suke (^_~)V..

selesai sy snap gambar nenek tu, milk shake kami pon siap..slurpppp...sedap!!!"tini, boleh ke nk bg nenek tu milk shake ni? kesianlah kat dia..mesti dia teringin tgk kita minum kan?" sy meluahkan hasrat hati sy pd tini.."boleh jer nk bagi tapi kalau nenek tu sebenarnya ade penyakit diabetic mcm mn? manis ni.." tini cube menghilangkan rasa bersalah dalam hati sy..sy angguk dan kami terus berlalu dari situ.. dalam hati sy masih berkata-kata"bagusnye nenek tu masih lagi mahu menjual sesuatu dan tidak meminta-minta..logiknya jika dia meminta-minta pasti ada yg akan memberi kerana kasihan..kasihan si nenek, siapalah yg akan berhenti membeli kuaci-kuacinya..sudahlah panas..kalau ade yg membeli pon berapa lah sgt..tidak berbaloi rasanya duduk berpanas-panasan tetapi hanya dapat seposen dua..semoga ALLAH menggerakkan hati-hati org yg mahu beli kuaci, untuk membeli darinya"..tiada apa yg mampu diberi selain doa.."aduh! selemah-lemah iman jer yg mampu aku lakukan!"

perkara sebegini selalu berlaku di bumi ALLAH ukraine ni..sering kelihatan nenek tua yg uzur duduk di tepi-tepi jalan menjual kuaci, air, mainan, alatan terpakai dan macam-macam lagi..mereka tidak suka dibantu dan mahu melakukannya sendiri melainkan mereka benar-benar tidak mampu, baru mereka akan meminta bantuan..sedangkan org muda yg berniaga di tengah panas mampu menyentuh hati sy, inikan lagi org tua yg sudah uzur..teringat sy pada nenek di rumah..
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari rasulullah s.a.w sabdanya :

"Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak."

(al-Bukhari)
orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.

alhamdulillah nenek ini telah mencukupi dirinya dengan tidak meminta-minta kepada orang sekelilingnya..wallalualam sy tidak tahu agama nenek ini..jika dia beragama ISLAM, alhamdulillah dia sudah menunaikan keperluannya mengikut jalan yg diredhai ALLAH..namun, jika nenek ini bukan beragam ISLAM, sy mendoakan mudah-mudahkan akan terbuka hatinya untuk melihat keindahan ISLAM..dan semoga dia sedar bahawa apa yg dikerjakannya selama ini bukan suatu pekerjaan yg sia-sia sebaliknya dialah hamba yg mendapat perhatian TUHANnya..

kerap kali kita melihat manusia yg berputus harap dengan ujian yg didatangkan ALLAH atasnya.sehingga ada yg mahu membunuh diri..itu pada yg tiada pegangan agama..pada yg ada pegangan agama pula sering memohon agar diambil nyawanya oleh ALLAH secepat yg mungkin lantaran tidak sanggup menerima ujian dari ALLAH..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
rezeki bukan lah bermaksud anak, makan, minum, mahupon harta..rezeki itu adalah segala-galanya yg kita miliki selama kita hidup ini..hatta kesihatan & kejayaan kita juga suatu rezeki dari ALLAH..percayalah sahabat, rezeki ALLAH itu ada di mana-mana..cuma adakalanya ALLAH menangguhkan dahulu rezeki kita itu kerana belum sampai masanya untuk kita memilikinya..ALLAH yg maha mengetahui bilakah masa yg sesuai untuk kita mendapatkannya..teruskan berusaha dan berdoa agar ALLAH mengiringi kita ke arah matalamat yg kita inginkan agar tidak tersasar dan sentiasa berada di atas jalanNYA..

adakala kita meminta, DIA terus memberi..adakalah kita memohon, DIA menangguhkan permohonan kita..setiap apa yg kita pohon padaNYA, adalah ujian buat kita..jika DIA memberi, DIA mahu melihat sejauh mana kita bersyukur dan taat padaNYA..jika DIA menangguh, DIA mahu melihat pula sejauh mana kesabaran dan keyakinan kita padaNYA..percayalah! jika DIA tidak berikan hal itu di dunia, DIA pasti menyediakan sesuatu untuk kita di akhirat kelak..sentiasalah bersangka baik padaNYA & mohonlah petunjuk dan keampunan dariNYA..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan."

( Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani )

[ ya ALLAH! moga diriku, keluargaku, sahabat2ku menjadi hambaMU yg bersyukur! ]
Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa"
 

me myself and i