Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Monday, June 15, 2009

~ the best award ~


Terjaga dari tdo pagi tadi..terasa ceria..
sebabnya..sy pon tak tahu!!
Sy membuka blog kesayangan ni..

Tersenyum sendiri sy..patutlah terasa ceria jer pagi ni..rupa-rupanya ade perutusan "award"..alhamdulillah dan syukran to my beloved dearies, syikin dan nabihah..walaupon tak memahami apekah function award-award ni tp ape yg pasti ianya sebagai tanda persahabatan..


This is my 1st award from my beloved shikin zainal bahrin..baru jer amik from her nice blog..berkali-kali juge dia ingatkan suruh amik this award..sorry dearie..so your award already here! syukran katheeran..and one more thing..together with this award, sy diminta untuk mendescribe sumthing..dan jawapannye ade kat bwh award nih..(^_^)..


:: Give 5 intresting facts about da giver ::

1. nama dia nurasyikin binti zainal bahrin, pernah belajar di sekolah ma'ahad al-ummah, chemor..
2. dia sgt suke warna pink!!! die hard fan org kata..
3. selalu tersenyum dan ketawa..senyuman dia sangat manis dan ketawanya boleh buat orang sekelilingnya rasa happy selalu!!!

4. lovely person..sbb she's always call me dear @ syg..(^_~)V..

5. unpredictable person sometimes..

:: Give 10 things about urself ::
note : perlu ke isi yg ini, ekin ?


1. anak pertama dari lima org adik-beradik..

2. suke semua warna pastel..
3. suka makan..
especially : sushi, chinese food [ yg halal shj! ] & makanan kampung..
4. suka travel..
kerana sy suka tengok ragam orang, pelbagai budaya & bahasa..

5. suka pada nature..
kerana nature adalah lakaran cinta ILLAHI buat hambaNYA..

6. suka dengar tentang tokoh ilmuan ISLAM, sejarah tamadun ISLAM dan kebangkitan ISLAM..
7. surgeon muslimah wanna be..insyaALLAH!

8. suka pada hidupan laut..sbb tu sy suke bela ikan..

9. suka anatomy of human..(^_~)V..

10. suka pada seni..seni pertahankan diri..seni tari..seni lukisan..

[ ape ajelah kesukaan sy ni..yg penting selagi tidak bertentangan dengan agama, pastinya akan menjadi kesukaan sy..hihihi..takper kan gini!?!! ]


belum pon sempat sy menghabiskan entry tentang award ni, my dearie ekin dh siapkan dua lagi award..so slow lah u ni fira! sorry ekin!! ape-ape pon fira dah ambil from your blog!

so, inilah dua lagi cuties award..hu3! sangat comel & cute..seperti biasa..with this two awards, sy kena fill in the blank!


:: give 5 things about frenship ::
note : friendship mean when you have a real friend ( sahabat )

1. a real friend is one who walks in when others walk out..someone who is there for you when he'd rather be anywhere else..

2. a real friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words..

3. sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita cantik & sempurna di mata orang lain..

4. sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menegur kesilapan kita..tidak selalu memuji kita..sentiasa disamping kita waktu susah atau senang..menyimpan rahsia kita sebaiknya..sentiasa menjadi pendokong kita di saat kita memerlukan..

5. persahabatan yang paling baik adalah persahabatan yang mendekatkan kita kepada ALLAH..bertemu kerana ALLAH, berpisah juga kerana ALLAH..

:: give 5 things about love ::
note : love is cinta..kn?

1. CINTA hadir apabila kita cuba mengenali & menghampiri..

2. Setelah hadirnya CINTA, maka akan adanya rindu..adanya rindu maka hadirnya rasa ingin bertemu..

2. CINTA..apabila hadir cinta dalam hati, dunia terasa ceria..segalanya terasa indah..segalanya menjadi mudah..

3. Adanya cinta maka adanya pengorbanan..bukan sedikit harga pengorbanan untuk mendapatkan CINTA ini..

4. CINTA yang dimaksudkan hanyalah cinta kepada Sang Pencipta..CINTA PERTAMA & TERUTAMA..

[ setelah mendapatkan CINTA yang ini maka pohonlah cinta dari pemilik segala cinta untuk mendapatkan cinta yang lain.. ]


Yang dua bawah ni pula..award dari my lovely dearie, nabihah ali..dia panggil sy ummi..nape ummi yer? sy belum berkahwin..tapi dh dipanggil ummi..mungkin kerana suke berleter macam seorang ibu agaknye..hu3! sbnrnye di bumi ukraine ni sy ade sebuah keluarga kecil..yg terdiri dari sy dan 8 orang lagi..salasilahnye!?!! tunggu next entry from cik nabihah ali!

For this 1st award from nabihah..macam iras2 logo negeri kedah je..macam tau2 jer kita ada darah kedah..(^_~)V..logo ni chantekkk - kawaii - krasiva! ape-apepon syukran katheeran for this award! terasa disayangi pulak..hihihi..semoga friendship kita long lasting..


Ini 2nd award from nabihah..bertuah award..sangatlah bertuah yer mendapat award ini dari kamu..lebih bertuah siapa menjadi sahabat kepada kamu..tapi lebih bertuah lagi pada siapa yang jadi sahabat sy ( perasan sendiri! )..hihihi..


for ekin & bihah : from all this award..award terbaik ialah ukhwah yang terjalin antara kita..semoga ianya kekal sehingga kita bertemu denganNYA..

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..

[ ya ALLAH! syukran atas kurnianMU ini..iman sebagai pengikat ukhwah antara kami..semoga kekal dalam rahmat dan kasih sayangMU ]

Wednesday, June 10, 2009

~ buat yang jauh ~



Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu terkenang
Tempat aku mula mengenal erti perjuangan
Yang tak kenal erti kepenatan

Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu terkenang
Pada sahabat-sahabat seperjuangan
Yang sering memberi tunjuk ajar dan teguran
Atas segala kesilapan

Bila jauh di rantau orang
Hati ini selalu bimbang
Mampukan aku teruskan perjuangan
tanpa sahabat yang aku sayang?

Bila jauh di rantau orang
Harapanku tinggi menjulang
buat semua sahabat yang kutinggalkan
agar terus memberi sokongan...

Buat aku yang jauh di rantau orang
Berdoalah kepada yang Maha Penyayang
Agar terus mendapat pedoman
Yang akan memandu jalan

Wahai diriku yang jauh di rantau orang
engkau tidak bersendirian
dalam membina taqwa dan iman
atas jalan perjuangan
yang pastinya penuh ujian

Ingatlah diriku yang jauh di rantau orang
Beradaptasilah dengan semua orang
Untuk kau timba pengalaman
Kerana guru terbaik adalah pengalaman
dan berada jauh di rantau orang
juga adalah perjuangan..

Berbekallah jika kau di rantau orang
dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang nabi tinggalkan
juga dengan akhlaq dan kasih sayang
untuk mudah engkau tawan
hati-hati INSAN yang jauh dari Tuhan

WALAUPUN JAUH DI RANTAU ORANG
PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN
KERANA KITA MATA RANTAI DALAM BERJUANG
BUKAN PEMULA, PENGAKHIR JUGA BUKAN..
dan berada jauh di rantau orang
juga adalah PERJUANGAN
!!!



[ ya ALLAH! jadikan kami seorang pejuang yang merindukan syahid di jalanMU ]

Tuesday, June 9, 2009

~ kiasan cintaMU dalam laguku ~


tersebutlah suatu cerita...

dahulu, sewaktu aku hilang panduan..
tersungkur di tengah jalan yg luas penuh liku..
mujur ada sahabat yg datang membantu..
tiada sepatah kata yg diberikan cuma sekadar sebuah lagu..

namun walau hanya dengan sebuah lagu, aku bangkit kembali..
kini aku mampu berdiri dan berlari..
tersadung dan jatuh tersungkur aku berkali-kali..
aku menoleh ke kanan kemudian ke kiri..

mencari-cari sesuatu untuk membantu..
melihat sahabat tiada di situ..
ku lihat bayang sahabat disebalik lagu..
hanya..sebuah lagu yg membantu menemaniku..



Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

kini aku terus mendengarkan lagu untuk berdiri dan berlari..
namun terkadang aku leka dalam laluan penuh berduri..
tersadung dan jatuh tersungkur aku kembali..
terasa seperti tiada harapan untukku berlari..
aku tidak mahu menoleh kebelakang lagi..
namun, payahnya melalui lauan penuh liku membuatku menoleh kembali..

hadir lagi sahabatku..
pasti hadirnya untuk membantu..
namun masih tanpa bicara, aku jadi kaku..
tiba-tiba terukir sebuah senyuman dan dihadiahkan aku lagu..

ku dengari..ku sesali..lantas ku berdiri..matlamatku hanya SATU..
aku akan tetap dan terus berkasih hanya denganMU KEKASIHku..



Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

kini matlamatku tetap SATU..
biar duri memenuhi laluan ku yg berliku..

biar terpaksa ku tutup segala pintu..
namun wajahMU kini menjadi dambaanku..

aku berjanji untuk terus berjuang walau tanpa suara..

aku nekad mencari syahid di atas jalanNYA, yang MAHA ESA..



Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang

andai jalan ini akan membawaku kepadaMU..
andai ujian ini adalah maharnya untuk aku memiliki cintaMU..
andai inilah caranya ENGKAU menjagaku agar aku dekat denganMU..
aku pasrah dengan penuh REDHA kepadaMU..


Daripada Anas r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman:

Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan AKU, AKU akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan AKU tidak peduli.
Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKU, nescaya AKU akan ampunkan bagimu.
Wahai anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang mengadapKU dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKU tanpa engkau mensyirikkan AKU dengan sesuatu, nescaya AKU akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.


( Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi : hadith ini hasan lagi sahih )

[ ya ALLAH! ku bersujud pada kudratMU..semoga aku sentiasa berada di dalam pandangan kasih sayangMU ]

~ cerita tentang hidup (2) ~


suasana hening pagi ni..terasa lemah & agak kemalasan untuk bangkit dari pembaringan..sy gah kan diri juga untuk bangun..

"hari ni exam OnG!" bisik hati sy..namun sy terasa sgt tenang seperti hari-hari biasa.."napelah tenang sgt ni? sll kalau nk exam, ak ni berdebar2 macam nk pecah dada..ni tenang sgt ni..risau pulak!" sy bermonolog sendiri sambil melangkah meninggalkan hostel dan menuju ke hospital.."insyALLAH boleh fira!kn dh study malam tadi till 2pg..pegi jer lah!" pujuk hati sy..sy mengeluarkan telefon untuk menelefon bonda di Malaysia..memohon untuk didoakan kejayaan anaknya di kejauhan ini..bonda memohon untuk menefonnya kembali setelah selesai menduduki pepriksaan..


sesampai sy di hospital, suasana sunyi kerana masing-masing tunduk dan khusyuk menatap buku "obstetric and gynaecology" untuk saat-saat yg terakhir sebelum ilmu kami diuji oleh profesor sebentar nnt..tanpa berbicara dengan sesiapa pon sy terus mengambil tempat duduk di antara linda dan shahrul..

"ok! please take your seat, take 1 variant & prepare your answer.." kata-kata lecturer memecahkan kesunyian pagi itu..masing-masing sudah terasa debaran..dah mcm cacing kepanasan..tak boleh nak duduk diam.."ya ALLAH! apelah aku bace ni..nk jawab ape ni?" shahrul memulakan bicara.."tak tau lah! aku pon tak tahu akan dapat soalan ape ni!" ikhwan menyambut..sy masih duduk dengan tenang mendengar perbualan mereka..bukan sy confident tp sy seperti 'blur'.."ya ALLAH! apelah yg ade dalam otak aku ni?" bisik hati sy..

kami menuruti arahan lecturer tadi..saya dan sahabat-sahabat yg lain mengambil variant masing-masing dan.."alhamdulillah! soalan senang! adalah idea nak jawab ni! kalau tanya bertubi-tubi pon insyaALLAH dalam skop ni still ade idea.." sy tersenyum melihat soalan yg ade di tangan, terasa 'confident' untuk lepas..kami mula berusaha memerah otak untuk memastikan semua maklumat yg dikehendaki lengkap..kami diberi masa 2 jam untuk menyediakan diri dan jawapan sebelum ditanya oleh professor nnt..

"sebelum terlupa apa yg dibaca, better tulis atas kertas tu cepat-cepat hani! nnt cikgu tanya, leh tgk kertas tu sikit-sikit" samihah mengingatkan hani yg waktu itu berusaha mengingat ukuran diameter pelvic during delivery..terlalu byk fakta yg perlu diingat..kami akan membantu sesama sendiri jika ada yg terlupa..begitulah kelazimannya bila menghadapi peperiksaan..tidak boleh pentingkan diri..
inilah caranya kami exam..tiada bertulis..100% oral..keputusan pon tahu time tu juga..gagal @ lepas..kami akan mengambil satu variant yg di dalamnya terdapat beberapa soalan bergantung kepada depatment..untuk department obstetric & gaenycology ( OnG ) ni, satu soalan sahaja di dalam satu variant..keseluruhannya ada lebih kurang 50 varriant.."semuanya bergantung pada nasib" itu kata salah seorang sahabat india sy..kalau kita org islam sebut "bergantung pada rezeki"..kena soalan yg betul2 faham, alhamdulillah..kalau kena soalan yg tak berapa ok, redha ajelah..kegagalan dan kejayaan kami bergantung pada lecturer yg hatinya dimiliki oleh ALLAH itu..bergantung dengan hati budi dan budi bicara lecturer..pemarkahan diberi oleh manusia yg mempunyai emosi dan sikap yg berubah di suatu masa..REDHA kunci utama kami!
"ok, 2 students follow me! after this, continue 1 by 1 when the 1st student finished answer with professor!" lecturer memanggil 2org dr kami untuk di bawa ke bilik professor.."berdebar-debarnya..hu3!" tiba-tiba linda bersuara setelah sekian lama suasana sepi menyelubungi..yg lain hanya diam menunggu.."jgn risau! she's very nice..everything will be ok!" jaya cuba menasihati sy..seorg demi seorg pergi..alhamdulillah semua keluar dengan senyuman terukir di bibir..sehinggalah sampainya giliran sy..

"what's your question?" 1st question from professor..
"infection toxical diseases of newborn" sy menjawab dengan tenang..
"ok, please explain the clinical manifestation of this" 2nd question from professor..
"the clinical manifestation............................................" sy menjawab se'confident' yg boleh..
"therapy for this infectious diseases?" 3rd question from professor..
"antibiotic therapy is the main therapy for the infectious diseases but depends on the aetiology" sy jawab seperti apa yg telah sy baca..
"what group of antibiotic?" 4th question from professor
"Alahai..soalan pharmcology pulak keluar!" bentak hati sy.."Ermmm...microlides...ermmm..." sy cuba berfikir.."ALLAHUAKBAR! nape tak terkeluar idea ni? subhanallah..soalan mudah ni!" bisik hati sy..dalam sy berusaha untul recall "group of antibiotic" tiba-tiba professor telah memberikan semua jawapan.."Alamak..susah ni! soalan senang ak tak leh jawab..habislah!" hati sy sudah mula mahu menangis..
"you can answer everything but you don't know the group of antibiotic?...such a simple question!" sy tertunduk diam.."you can prepare for next exam!" berderau darah sy waktu tu..
"ya ALLAH! ak failed!" sy hampir nak menangis depan lecturer tu tapi sy kuatkan hati melangkah meninggalkan bilik prefessor..

sy kuatkan hati tak mahu menangis..di hati ALLAH sahaja yg tahu..sy mencapai telefon untuk menelefon bonda.."Assalamualaikum ma, tak tahu lah ma..tak lepas rasanya" waktu mendengar suara bonda, mata sy mula bergenang..pastinya bonda mengharap jawapan kejayaan dari anaknya ini tapi jawapan kegagalan jua yg sampai ke telinga bonda..sy berusaha untuk tidak menangis.."takper, kita doa sama-sama..insyaALLAH boleh tu.." bonda cuba memujuk sy..waktu tu tanpa dipinta menitis juga airmata sy.."takperlah ma..nak buat mcm mn.." sy cube menjawab dalam keadaan sebak menahan tangisan..tak mahu bonda tahu yg sy sedang menangis.."janganlah sedih2! kita doa sama2..insyaALLAH semuanya akan ok!" bicara bonda tiba-tiba..sy mendiamkan diri kerana tak mampu lagi menahan sebak di dada..air mata mengalir seperti tidak mahu berhenti..sy memohon untuk memutuskan talian kerana takut jika berterusan berbicara dengan bonda akan membuatkan sy hilang pertimbangan..sudahlah di tempat awam, di hadapan sahabat-sahabat sy..

sy terus pulang ke bilik..rasa sedih dan sebak dalam hati masih belum hilang..sy membuka laptop yg sememangnya menjadi sahabat sy di kala susah dan senang..sy terus membuka laman web blog sy untuk melihat "new comments"..sambil dialunkan dengan suara kamal uddin, sy duduk dan menghayati liriknya sedalam yg mungkin..ALLAHuakbar! sy menangis lagi apabila telinga sy menangkap sepotong rangkap lirik lagu ini..

Most merciful are you King of all the kings
have ownership to all of each and everything
Indeed I am your slave created from the dust
a traveller in this world I shouldn't feel such lust

You blessed me with Islam to me this is a gift
I'll store deep in my heart or it may leave me by drift
This world is not my home about this I must learn
it's from you that I came and to you I shall return

At times when I'm in pain at times when I can't cope
when calling out your name my heart is filled with hope
When life for me is dark you sprinkle me with light
as long as I shall live always I will recite

sy terus menghayati lagu ni..sy duduk di atas katil dan mula memikirkan sebab-sebab kegagalan sy di dalam peperiksaan tadi..hanya kerana satu soalan yg mudah yg sy tahu jawapannya cuma entah kenapa tak keluar ilham tu tatkala disoal oleh professor tadi..di mana silapnya??? tiba-tiba seperti ade sesuatu yg berbisik ke hati sy.."ilmu itu milik ALLAH! hati itu milik ALLAH!"

"Astaghfirullah...!" sy bagaikan baru tersedar dari mimpi yg panjang.."ya ALLAH! aku terlupa untuk bertawakkal pada ALLAH sebelum masuk exam tadi! aku melangkah semata-mata aku yakin lecturer itu baik dan aku yakin dengan ilmu yg aku ade..tapi aku lupe bertawakkal kepada ALLAH..sebelum ni aku menyerahkan segala-galanya pd ALLAH bila nk menghadapi exam yg lecturernye garang dan 'killer' tapi kali ni aku melangkah tanpa aku hadirkan rasa tawakkal pada ALLAH..hanya semata-mata ramai yg kata 'confirm' lepas sbb she's super duper nice! dengan sebab ini ak rasa amat confident boleh lepas..mungkin inilah asbab utama aku gagal hari ini.."

~ yakinlah sy hati itu milik ALLAH..!
~ pemilik segala hati yg mampu mengubah hati sesiapa pon..baikkah dia! jahatkah dia! muslimkah dia! kafirkah dia! hatinya tetap milik ALLAH!
~ lecturer itu hanyalah semata-mata ujian buat sy bagaimana sy menyerahkan segala ketentuan pada yg MAHA KUASA!
~ DIAlah pemilik ilmu sy..biarpon sy sudah mempelajarinya tetapi jika DIA tidak mengizinkan sy untuk memilikinya, sy tetap tidak akan mampu memilikinya..hanya dengan izinMU ya RABB!
~ DIAlah yg memberi ilham dalam setiap kata-kata, perbuatan & akal fikiran sy..tiadalah sy seorang yg mampu berkata-kata jika ilham ini tidak datang dariNYA..

buat diri & sahabat-sahabat, ingatlah setiap hari & setiap saat, akan ada pentarbiyahan dari ALLAH untuk kita..ilmu kita, amalan kita, diri kita pasti akan diuji..samada kita sedar ataupun tidak..apabila datangnya ujian buat kita maka berusahalah untuk kembalikan segalanya kepada ALLAH..pandanglah dengan pandangan hikmah dan iman..

teruskanlah berusaha..gagal setelah berusaha bukanlah bermakna kita bodoh tetapi ia hanyalah semata-mata ujian dari ALLAH untuk menguji sejauh mana kesabaran & keyakinan kita padaNYA..

ALLAH SWT berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran ayat 200)
boleh jadi jika kita berjaya akan timbulnya rasa bongkak dan riak tapi ALLAH tak mahu rasa itu hadir dalam diri kita kerana rasa itu akan membuatkan kita jauh dariNYA..DIA mahu kita dekat denganNYA..sungguh kita tidak mampu melihat masa depan tetapi ALLAH mampu..apakah kita mengingati DIA apabila kita berjaya?..buat masa ini tanpa kejayaan, berapa kali kita mengingati ALLAH dalam sehari? hanya di dalam solat? cukupkah sekadar itu sedang dia memberikan kita nikmat udara dan nyawa..maka serahkan segalanya pada ALLAH..nescaya akan tenang jiwamu..
"..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.."

(albaqarah:216)
teringat sy pada kata seorang sahabat sy "jangan bersedih..kekasih pilihan ALLAH akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNYA..jalannya dihiasi dengan duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yg melimpah..tapi dihidangkan keperitan susah payah yg tiasa sudah..!"

kadang-kadang kita tahu tapi kita lupa..itulah gunanya nasihat menasihati sesama kita walaupon mengingatkan perkara yg sama dan berulang-ulang kali kerana manusia itu diciptakan bersifat lupa..

~ buat diri..la tahzan innALLAHa ma'ana..
~ buat ayahanda & bonda..mohon ampun atas segala dosa..mohon ampun kerana mengecewakan hatimu..insyaALLAH anakanda akan berusaha sehabis mampu untuk menghadapi exam selepas ni..doakan kejayaan anakmu!
~buat sahabat2..ambil yg baik jadikan panduan dan jadikan yg buruk sebagai sempadan..

[ ya ALLAH! jika ujian2 ini adalah maharnya untuk aku mendapatkan cintaMU..aku redha! ]

Sunday, June 7, 2009

~ cerita tentang hidup (1) ~


termiss sehari nk tulis sumthing kat blog ni..actually ada sumthing yg ingin dikongsi tetapi ALLAH tidak mengizinkan sy menulis lewat malam tadi kerana masalah kesihatan.. asifni..

semalam sy berjalan-jalan dengan seorang sahabat,tini..sudah menjadi suatu kemestian bagi kami di sini sebelum pulang untuk bercuti musim panas, kami akan mencari barang-barang untuk dibawa pulang ke malaysia sebagai hadiah dan tanda ingatan buat keluarga dan saudara-mara di malaysia..

"aduh! peritnye tekak.." bisik hati sy. cuaca yg panas sekarang ni sememangnya menyebabkan tekak sentiasa kering, rasa tak selesa dan sentiasa meminta untuk dilembapkan.."teringin nak minum milk shake lah!" tini meluahkan keinginannya tiba-tiba."wah! tini seperti membaca isi hati sy.." detik hati sy..dengan tersenyum sy menjawab.."kalau dapat milk shake coffee depan university tu mesti best kn tini!"

sy memberi idea walaupon sy sebenarnya tak berapa suka minum susu tapi entah kenapa susu (milk shake) di sebuah gerai kecil di hadapan university kami menjadi kesukaan sy..mungkinkah keikhlasannya bekerja biarpon di gerai kecil lagi-lagi di musim panas ni? mungkinkah kerana sikapnya yang tidak sombong dan peramah tidak seperti peniaga lain? wallahualam..hanya ALLAH yg tahu..sy sendiri tak tahu kenapa sy suka susu (milk shake) di kedai tu..


sesampai di gerai milk share..
"daite malako kofii, ajin!"
= "berikan sy susu kopi, satu!"
"tolka ajin?" = "satu jer?"

"da! mi uzhe kushali..prosta hochem pit malako.." = "ya! kami baru lepas makan..saje nak minum susu.."

"kaharasho!" = "baik!"
sambil tersenyum, 'kakak gerai' itu terus memulakan tugasnya..

kami berdiri di hadapan gerai itu menunggu sambil mata sy liar melihat sekeliling sehingga mata sy terhenti pada seseorg, hati sy tiba-tiba terasa sayu..seorg nenek yg terlalu uzur sedang menjual kuaci duduk disebalik tiang cuba melindungi diri dari terik panas matahari.."ya ALLAH! manalah anak dia ni? sekadar menjual kuaci, berapalah sgt dia dapat untuk menampung hidup! sudahlah negara ini barangnya mahal2!"gerutu hati sy..sy lantas mencari sesuatu di dalam beg..


"wah! orang dah ade blog..camera sentiasa di tangan!" tiba-tiba tini bersuara tatkala melihat sy mengeluarkan camera panasonic lumix berwarna pink pemberian bonda..
"alaaa..nak kongsi sumthing tentang negara ni kat blog tu..negara ni sgt byk mengajar kita erti bersyukur kn..?" jawab sy tersipu-sipu..semua sahabat sy dh tahu sy ni bukanlah seorg yg rajin nk snap gambar..tapi kalau bergambar mmg suke (^_~)V..

selesai sy snap gambar nenek tu, milk shake kami pon siap..slurpppp...sedap!!!"tini, boleh ke nk bg nenek tu milk shake ni? kesianlah kat dia..mesti dia teringin tgk kita minum kan?" sy meluahkan hasrat hati sy pd tini.."boleh jer nk bagi tapi kalau nenek tu sebenarnya ade penyakit diabetic mcm mn? manis ni.." tini cube menghilangkan rasa bersalah dalam hati sy..sy angguk dan kami terus berlalu dari situ.. dalam hati sy masih berkata-kata"bagusnye nenek tu masih lagi mahu menjual sesuatu dan tidak meminta-minta..logiknya jika dia meminta-minta pasti ada yg akan memberi kerana kasihan..kasihan si nenek, siapalah yg akan berhenti membeli kuaci-kuacinya..sudahlah panas..kalau ade yg membeli pon berapa lah sgt..tidak berbaloi rasanya duduk berpanas-panasan tetapi hanya dapat seposen dua..semoga ALLAH menggerakkan hati-hati org yg mahu beli kuaci, untuk membeli darinya"..tiada apa yg mampu diberi selain doa.."aduh! selemah-lemah iman jer yg mampu aku lakukan!"

perkara sebegini selalu berlaku di bumi ALLAH ukraine ni..sering kelihatan nenek tua yg uzur duduk di tepi-tepi jalan menjual kuaci, air, mainan, alatan terpakai dan macam-macam lagi..mereka tidak suka dibantu dan mahu melakukannya sendiri melainkan mereka benar-benar tidak mampu, baru mereka akan meminta bantuan..sedangkan org muda yg berniaga di tengah panas mampu menyentuh hati sy, inikan lagi org tua yg sudah uzur..teringat sy pada nenek di rumah..
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari rasulullah s.a.w sabdanya :

"Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak."

(al-Bukhari)
orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.

alhamdulillah nenek ini telah mencukupi dirinya dengan tidak meminta-minta kepada orang sekelilingnya..wallalualam sy tidak tahu agama nenek ini..jika dia beragama ISLAM, alhamdulillah dia sudah menunaikan keperluannya mengikut jalan yg diredhai ALLAH..namun, jika nenek ini bukan beragam ISLAM, sy mendoakan mudah-mudahkan akan terbuka hatinya untuk melihat keindahan ISLAM..dan semoga dia sedar bahawa apa yg dikerjakannya selama ini bukan suatu pekerjaan yg sia-sia sebaliknya dialah hamba yg mendapat perhatian TUHANnya..

kerap kali kita melihat manusia yg berputus harap dengan ujian yg didatangkan ALLAH atasnya.sehingga ada yg mahu membunuh diri..itu pada yg tiada pegangan agama..pada yg ada pegangan agama pula sering memohon agar diambil nyawanya oleh ALLAH secepat yg mungkin lantaran tidak sanggup menerima ujian dari ALLAH..
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
rezeki bukan lah bermaksud anak, makan, minum, mahupon harta..rezeki itu adalah segala-galanya yg kita miliki selama kita hidup ini..hatta kesihatan & kejayaan kita juga suatu rezeki dari ALLAH..percayalah sahabat, rezeki ALLAH itu ada di mana-mana..cuma adakalanya ALLAH menangguhkan dahulu rezeki kita itu kerana belum sampai masanya untuk kita memilikinya..ALLAH yg maha mengetahui bilakah masa yg sesuai untuk kita mendapatkannya..teruskan berusaha dan berdoa agar ALLAH mengiringi kita ke arah matalamat yg kita inginkan agar tidak tersasar dan sentiasa berada di atas jalanNYA..

adakala kita meminta, DIA terus memberi..adakalah kita memohon, DIA menangguhkan permohonan kita..setiap apa yg kita pohon padaNYA, adalah ujian buat kita..jika DIA memberi, DIA mahu melihat sejauh mana kita bersyukur dan taat padaNYA..jika DIA menangguh, DIA mahu melihat pula sejauh mana kesabaran dan keyakinan kita padaNYA..percayalah! jika DIA tidak berikan hal itu di dunia, DIA pasti menyediakan sesuatu untuk kita di akhirat kelak..sentiasalah bersangka baik padaNYA & mohonlah petunjuk dan keampunan dariNYA..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan."

( Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani )

[ ya ALLAH! moga diriku, keluargaku, sahabat2ku menjadi hambaMU yg bersyukur! ]

Tuesday, June 2, 2009

~ sahabat ~


kali ni saya post gambar sahabat2 saya & puisi khas buat mereka!


buatmu insan yang bergelar sahabat,
kita ditakdirkan bertemu dan bersahabat..

tidak pernah kita duga akan adanya pertemuan & perkenalan..

tidak pernah kita minta untuk hadirnya perpisahan..

semua yang berlaku telah dirancang oleh yang MAHA ESA..

segala suka & duka yang kita lalui juga adalah semata-mata dariNYA..

semoga ukhwah yang terbina kekal hingga ke akhirya..
syukran di atas kehadiran kalian..
sangat sayang pada kamu semua!!!


Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi,
Namun masih ada yang kekal di sisi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..

[ ya ALLAH! kekalkanlah ukhwah ini hingga ke akhirnya.. ]

~ usrati jannati ~


this tyme nk perkenalkan my family..

back : afira, afiza, adila
front : zarif, bonda, ayahanda, zuhir


inilah keluarga kami..inilah satu-satunya gambar yang lengkap bilangan ahlinye..kalau tak, mesti tinggal 4 orang je..sebab kadang-kadang bila saya balik cuti, adik-adik tak cuti..dan sebaliknya!

jom berkenalan dengan lebih detail usrati...


ayahanda : saleh hudin bin haji saliman..jowo iki! hu3..tapi selalu mendiamkan diri bila disuruh ajar cakap jawa..sebabnya dah ajar beribu kali pon anak-anaknya tetap macam tu juga..tak boleh nak ngomong jowo! [ sorilah abah..lidah dah keras la (^_~) ]..beliau ini sangat dan teramatlah sayangkan keluarga..sampai kami adik-beradik ni wajib mengingat nama kami 7 keturunan ke atas..tapi malangnya beliau pon ingat sampai 3 keturunan je..ehehe..beliau sangat tegas orangnya, terutama dalam mendidik anak-anak.especially bab agama..sometime he's being childish..ehehe..biasalah orang dah berumur.."lumrah alam" kata beliau..saat-saat childish nye terserlah ketika beliau demam..tau tak ape ubat yang paling mujarab bagi beliau!?!!..ehehehe..PS2..sure baik demamnya lepas main PS2..katanya "pengubat rindu kat anak-anak yang jauh di mata"..well, for me..dialah ayah terbaik di dunia..love you abah!

bonda : ruzaini binti haji halim..she's singaporian! beliau sangatlah talkative and very delighful person..beliau seorang yang sangat tabah..hu3! saat banyak pengorbananmu sampai tak mampu nak menulis..teringat cerita nenek, "mama berlari sana sini bila anak mama ni masuk hospital..koma 2 minggu..waktu tu anak mama ni baru berumur 5 tahun & mama ada anak kecil ( dila )..waktu tu mama nak wat everything..mama duduk kat hospital tak nak balik..lagi-lagi bila doktor cakap percentage untuk survive tak sampai 50%..mama menangis-nangis minta arwah atuk & arwah mbah berdoa waktu tu..syukur, kerana doa seorang ibu yang penuh kasih & penuh berharap dimakbulkan ALLAH, saya masih di sini.."..you're my everything mom! love you so much!


adila : syafiruz adila..2nd..still belajar di KUIS wat masa ni..study in accountancy..dia ni sangatlah nakal..she's know about that..tapi jauh di sudut hati dia, she's very3 kind person..cuma sometime dia tak tunjuk depan-depan..[ btul ke dil? ]..tapi yang pasti, dia sangat sayangkan family..sampai everything happen kat malaysia, dia akan inform kat saya a.s.a.p untuk minta pendapat & jalan penyelesaian..n last, dia sangat2 serupa dengan mama..kalau mereka jalan berdua, selalu orang ingat adik beradik..yang kelakarnya, kadang-kadang bila masuk office, orang boleh cakap "selamat pagi puan!"..plus, she's rock! love you dear sys!

zarif : mohd. syafirul zarif..3rd..kami panggil dia 'abg'..wali mujbir saya selepas ayah saya! still blaja di maa'had buuth, mesir..dalam banyak-banyak adik beradik, dia paling pendiam..orang kata diam-diam ubi berisi! sekali dia bercakap, semua orang akan terdiam..ehehe..nampak luaran memang ganas tapi hakikat hatinya sangatlah lembut..dia adalah orang pertama yang akan terasa sedihnya bila tengok mama @ saya menangis..n dia akan sentiasa mengalah bila ade perselisihan antara adik beradik..ade sekali tu kami pergi shopping beli baju..semua adik beradik kesukaan cari baju baru tapi dia duduk kat hujung kedai tu..saya pon pergilah tanya dia "abg, nape tak pilih baju.." dia jwb "xperlah! baju abg semua boleh dipakai lagi..baju ni lusuh jer tapi still ok..lagipon tak naklah susahkan mama & abah"..saya terus terdiam..rasa nak menangis pon ade..adik saya yang sekecil tu mampu berfikir sebegitu..saya pula!?!! ape-ape pon..you always my idol! akak always love you n always stay beside u..

zuhir : mohd. sayfirul zuhir...4th..still blaja bersama abangnye di mesir..masa mula-mula dia pergi mesir, umur dia baru 12 tahun..yang sedihnya waktu tu, abah & mama tak dapat hantar dia ke KLIA..sebab abah & mama kat makkah, buat haji.masa tu saya telefon malaysia menangis-nangis.."kesian adikku yang sorang ni..dh la kecik, pegi jauh plak tu.."..tapi dia dengan coolnye " tak per! kita ok jer..nanti-nanti kita balik lah..akak janganlah nangis!"..hu3!..sebelum dia pergi mesir, dialah yang paling nakal..tak boleh duduk diam..berlari sana sini..mengusik orang..mama memang tak larat nak marah dia ni..tapi sekarang dia yang paling tenang orangnya..dia sangat caring kat kakak-kakak dan adiknya..akak miss you lah!

afiza : syafiruz afiza..5th..kami panggil dia 'ija'..yang paling last, surelah paling manja..kadang-kadang pendiam..kadang-kadang banyak cakap..tapi bila dah start membebel, kalah nenek! dia sangat lembut..hati-hati, she's fragile..tak boleh tinggi suara sikit pon dengan dia..confirm mata bergenang! still blaja di sekolah menengah agama ABIM,seremban..n paling senang dapat penyakit..kalau dikira lebih 10 kali dia kena tahan ward..she's my sweetie pie! sangat suka peluk dia..

[ ya ALLAH! syukran..inilah hartaku yang paling berharga di dunia ini ]
Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa"
 

me myself and i