Sunday, April 25, 2010

~ puisi hati ~


Melakar langit sejarah
Membina awan impi

Bila aku menjejak

Ia menjadi pasti


Letakkan dunia di telapak kakiku biar kupijak

Tanamkan akhirat pada jiwaku biar kurindu

Sisipkan cinta dalam hatiku biar aku menjadi aku

Langit tunggu ku tawan

Bumi tunggu kulakukan perubahan


Kalamku adalah pedang

Gerakku adalah tsunami

Tulisanku adalah arang yang menyemarakkan api

Seluruhku adalah penggegar bumi Ilahi


~Hilal Asyraf~

hanya seorang hamba


"Aku masih mencuba memahamkan erti kehidupan, aku masih mencuba memahamkan erti perjuangan.Tetapi mereka sudah mula bertindak.Sedang mereka lebih muda dari aku.Malu menjadi orang yang berumur tetapi tidak mengenal erti HIDUP & PERJUANGAN di JALAN ALLAH"

Itulah yang saya fikirkan selepas membaca puisi di atas.Sejauh mana saya membina kekuatan di dalam diri untuk terus berada di jalan dakwah ini.Kadangkala terasa gentar.Gentar kerana membawa agama itu bermakna saya akan bersendiri.Saya akan dibenci.Saya akan bersedih.Tapi selalu saya lupa.Dunia ini sementara.Akhirat itu kekal selamanya.Dunia ni tempat saya bermusafir.

Mengapa takut untuk menyampaikan apa yang disuruh dan apa yang dilarang oleh ALLAH?
Mengapa takut untuk melaksanakan seperti apa yang telah ALLAH gariskan dalam kitabNYA dan sunnah peninggalan rasulNYA?

Di akhir zaman ini, membawa ISLAM itu ibarat menggengam bara api.Dilepaskan bara itu, kita akan kegelapan.Dipegang, kita akan sakit.Pilihlah satu antara dua itu.

Dunia ini akan berakhir.Bagaimana susah dan payahnya RASULULLAH berdakwah pada mulanya menampakkan pengakhirannya sebegitu juga.Sabda nabi..

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Islam datang dalam keadaan asing.Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya.Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”

(HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).
Sekurang-kurang saya bukan golongan yang awal mendatangkan agama ISLAM atau yang terakhir untuk menghentikannya.Saya di tengah-tengah jalan.Ujian buat RASULLULLAH itu lebih hebat jika mahu dibandingkan dengan ujian yang ALLAH datangkan buat saya.

Sepatutnya saya tidak gentar.Sepatutnya saya menunaikan perjanjian saya dengan ALLAH sejak jantung saya mula berdegup lagi.Saat itu bermula bukan di dunia, tetapi sejak di alam rahim lagi.Perlukah saya berbai'ah untuk tetap berada di jalanNYA.Walhal itu kewajipan saya.DIA ciptakan saya.Sepatutnya hanya kepadaNYA saya kembalikan segalanya.

[ya ALLAH! tetapkan aku di atas jalanMU..berilah kekuatan untuk aku terus menggengam bara itu biar melecur seluruh tubuh ku..Semoga ENGKAU redha~]

Saturday, April 24, 2010

~ kelemahan saya ~


Tak mudah rupanya mahu menulis.Terdetik di hati betapa lemahnya saya dalam menulis jika mahu dibandingkan dengan sahabat-sahabat saya yang lain.Gaya bahasa mereka pendek dan mudah tetapi tepat untuk menyampaikan apa yang perlu disampaikan.Kadang-kadang cemburu juga bila melihat mereka mampu menulis dengan gaya bahasa yang tersusun dan cantik.Sedap dibaca, mudah difahami.

ALLAHu rabbi..tak tahu mengapa hari ini saya sangat banyak berkata-kata.
Adakala tersasul menyebut perkataan.Adakalanya lain yang mahu dituturkan, lain pula yang keluar.Kata sahabat saya "hari ni minum nescafe berapa cawan? macam dah start ting tong aje!".Nescafekah yang mengubah cara saya atau sememangnya itulah diri saya yang saya sorokkan selama ni?

Bila difikirkan terlalu banyak kelemahan dalam diri saya tetapi mengapa masih DIA memilih saya untuk terus menjadi pejuang agamaNYA.Mengapa saya dipilih untuk menyampaikan sesuatu yang kadang kala saya sendiri tidak melakukannya.Berat rasanya untuk memikul beban ini.

*peristiwa di usrah*

Jika terdapat 3 perkara ini pada seseorang. beliau akan merasakan kemanisan iman..
1. Beliau mengasihi ALLAH dan rasulNYA lebih dari sesuatu.
2. Beliau benci kembali kepada kekufuran, setelah ALLAH melepaskan beliau darinya, sebagaimana beliau benci dicampakkan ke dalam api neraka.
3. Beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu, tetapi hanyalah kerana ALLAH.

Fatimah "fira, macam mana ye yang dikatakan mengasihi orang lain kerana ALLAH? tak faham lah.."

Saya buntu sebentar.Bagaimana mahu menerangkan dengan bahasa yang mudah, cantik dan senang difahami.Saya membiarkan soalan itu dijawab oleh sahabat-sahabat yang lain.

"ermmm..yana, apa pendapat yana tentang mengasihi kerana ALLAH? datangkan contoh dalam keluarga yana sendiri."

Bungkam.

Liyana, "ermmm..jika kita sayangkan family kita, kena make sure kan family kita tak melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah ALLAH.Kalau mereka melakukan sesuatu yang melanggar perintahNYA, kita nasihat dia.Setiap orang kat sini kenal ahli keluarga masing-masing dan tahu cara terbaik untuk menasihati ahli keluarga.Gunakan hikmah"

Senyap sebentar.Nadia menambah.

Nadia, "Kalau dengan kawan-kawan pula.Kadang-kadang menasihatkan tu tidak mudah.Kadang-kadang kita boleh hilang kawan bila kita menegur kesalahan dia.Tapi kita sayang dia, kita tak nak dia dihukum oleh ALLAH atas kelalaiannya maka kita kena juga nasihatkan dia kerana kita sayang dia kerana ALLAH"

Saya terdiam.

Nadia menegur saya yang kelihatan kaku "betulkan fira?"

Dalam keadaan kaku itu sebenarnya saya berfikir "Mereka ini bijak dengan ilmu dunia.Cepat pula mempelajari ilmu akhirat.Hebatnya mereka dalam berkata-kata.Diri saya pula penuh dengan kelemahan.Mengapa saya dipilih untuk mendidik mereka? Saya tidak layak"

"Ya.Betul!" Cepat saya kembali ke alam realiti.Abaikan sebentar persoalan tadi.

Saya mencuba "Betullah apa yang semua katakan tadi.Mengasihi orang lain ni kerana ALLAH adalah bagaimana kita mengasihi orang itu sama seperti kita mengasihi diri kita sendiri.Jika kita takut ALLAH menghukum kita atas kesalahan yang kita lakukan maka kita perlu takut juga untuk melihat orang-orang disekeliling kita dihukum oleh ALLAH atas kelalaian mereka.Kita perlu mengubah mereka.Sakit atau bahaya, jika kita sayangkan mereka maka tegurlah.Jika ALLAH beri kita kesenangan, kebahagiaan maka kongsi lah ia bersama-sama orang yang tak merasakannya.Dunia hanya sementara, akhirat tempat tujuan kita"

Semua senyap, tunduk dan menggerak kepala atas ke bawah tanda faham.Fahamkah atau menjaga hati saya.Jika faham, ALHAMDULILLAH.Jika mengambil hati, syukran.Tapi kefahaman kalian yang lebih saya harapkan.

ALLAHu rabbi banyaknya kelemahan saya..

Saya sayangkan mereka seperti saya sayangkan keluarga saya.Ekspresi tidak sama dengan apa yang ada di dalam hati.Kelemahan saya.

*peristiwa selepas usrah*

Belum sempat habis usrah.Nabila mengaduh perutnya lapar.Saya bangkit menuju ke dapur mencari sesuatu yang boleh dihidang untuk makan beramai-ramai.Tiada apa.Saya kembali ke bilik dan meminta mereka menunaikan solat isya' berjemaah dahulu sementara saya cuba menyiapkan makanan sepantas yang boleh.

Memikir-mikir apakah yang sesuai.Yang cepat, mudah tetapi mengenyangkan perut.Selongkor setiap kabinet di dapur.ALHAMDULILLAH ada sebungkus bihun.

Saya merenung bungkusan bihun "Apa yang mahu di masukkan dalam bihun goreng ni? Takkan kosong saja?"

Selongkar peti ais.ALHAMDULILLAH ada 10 ketul udang dan kobis.

Nadia membantu menyiang udang.Saya pula memotong kobis.Sambil saya memotong kobis, hati ni berbisik-bisik "Rupanya ini rezeki mereka.2 hari lepas aku membeli belah barang keperluan.Duit belanja bulanan tinggal 200grv.Dalam pada kekurangan duit, aku masih nak mencapai, menimbang 10 ekor udang itu.Walhal harga udang terlalu mahal.20grv untuk 10 ekor udang.Waktu itu memang tak faham mengapa aku mahu ambil juga udang-udang tu sedangkan aku tak perlukannya.Rupa-rupanya ketetapan ALLAH mendatangkan rezeki untuk mereka hari ini adalah melalui aku.MAHA SUCI ALLAH!"

Selesai memasak.ALHAMDULILLAH mereka setia menanti bihun goreng bersama udang meskipun sedikit lewat.Sambil makan kami membincang aktiviti-aktiviti yang mahu diisi sepanjang cuti minggu depan.

Saya membuka cadangan "Jom kita buat makan-makan di tepi tasik!"

Nabila yang sememang aktif.Eh, super aktif terus menjawab "Nak3! jom buat BBQ!"

Ada yang menyampuk "Alaaa..Malaslah jauh2.Leceh.Kita buat kat hostel aje lah"

Saya terdiam.Berfikir "Ada yang tidak seronok rupanya.Hati ni cepat sungguh nak terasa.Abaikan bisikan-bisikan syaitan itu fira"

Nabila menyampuk "Alaaa..tak best lah kat sini.sekali sekala jomlah keluar!" Fatimah meng"ia"kan kata-kata nabila.

Saya "terpulanglah mana yang mudah.Fira setuju je!"

Seseorang "berapa kali dah dengar nak buat itu dan ini.nak pergi sauna tapi tak juga buat.betul ke nak buat ni? nak buat biar betul-betul"

Saya tersentak lagi.Diam dan terfikir "ALLAH! kelemahan aku lagi.Rupa-rupanya mereka ingat setiap kata-kataku dan mahu.Selama ni bila bertanya, ada sahaja yang menolak seperti tidak suka dengan cadangan-cadanganku"

"Nak ke tak?" Seseorang

"Nakkkkkk!!!" Yang lain menjawab serentak.

Nabila "jom bahagi-bahagikan tugas!"

Selesai pembahagian tugas.

"Nabila dan Fatima, bakar ayam.Liyana dan Nadia, lasagna.Linda, sup cendawan.Gulsum, salad.Marini, kek batik.Fira, black pepper sauce"

"Takkan fira black pepper sauce aje?" Seseorang.

Tersentak.Diam.Kaku.Bisu.
Di dalam hati "ALLAHu rabbi.Mengapa terlalu cepat terasa ni fira? Syaitan ni.Senyum.Abaikan"

Mencuba kembali ke keadaan asal dan buat-buat tidak dengar dan tidak faham "Anything korang nak.Bagitau aje! Fira buat (^_^)"

Liyana "kita pergi 4/5 lah.Cuti waktu tu.ok?"

Semua "ok!"

Suasana senyap tanpa suara.Menghayati setiap suapan bihun goreng barangkalinya.
Saya masih cuba menyembunyikan rasa hati.Saya angkat tangan "Korang..Jom buat pyjama party!" Saya mencuba untuk menjadi seperti mereka.Sukakan hiburan dan sukakan gelak ketawa.

"Hurmmm.." Seseorang.

Saya diam dan faham akan maksud "hurmmm.." itu.

Berakhir usrah malam ini.

*310 pagi*

Saya mula menulis di blog ini selepas membaca blog sahabat-sahabat saya.
Terfikir akan kelemahan-kelemahan yang ada dalam diri saya.

"ALLAHu rabbi, berilah kekuatan untuk aku mengubahnya. Berikanlah jalan dan tunjukilah aku ya ALLAH!"

[aku masih begini dan akan terus begini selagi cintaku tidak dibalas olehMU ya ILLAHI~]

Wednesday, April 21, 2010

~ kembali semangat ~


fuh! fuh! fuh!
entah kali keberapa saya meninggalkan blog ini dan kembali lagi..
sungguh rumah ini saya jadikan sebagai rumah perhentian ku..
sungguh satu sifat saya yang saya masih mencari kunci untuk membuangnya..tidak istiqamah (tidak berterusan)..astaghfirullah~

menyuruh orang untuk beristiqamah dengan setiap perlakuan nampaknya amat mudah tapi nak melaksanakan masyaALLAH..selalu mendengar ustaz-ustaz memberi ceramah, "amalan kita biar sedikit tetapi istiqamah..jgn terlalu semangat melaksanakan terlalu banyak amalan kemudian samapi satu masa keletihan dan kepenatan, kita terus meninggalkan amalan itu..sesungguhnya yang sedikit tetapi istiqamah itu lebih ALLAH utamakan"

Daripada Abu `Amru ( atau digelar juga Abu `Amrah ) Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

(Riwayat Muslim)
nasihat untuk saya dan semua..berusahalah untuk beristiqamah dalam setiap amalan yang baik-baik yang kita lakukan..jangan cepat mengalah..ada seseorang selalu menasihatkan saya bila saya rasa keletihan dalam sesuatu usaha yang saya cuba lakukan..nasihatnya mudah tapi memberi 1001 kekuatan pada saya untuk terus melakukan..

He said,
"jangan cepat mengalah dan berhenti berusaha..ALLAH tak pandang pengakhiran usaha kita..ALLAH tak pandang kejayaan atas usaha kita tapi yang ALLAH pandang bagaimana kita berusaha untuk mencapai pengakhiran yang kita harapkan"

sebenarnya apa lah yang membuatkan saya kembali ke rumah usang yang sudah sekian lama saya tinggalkan ni..

3 hari lepas, ada seorang sahabat saya ni..dia tegur saya di YM..katanya :

She : leh komen x?
She : http://wasilahku.blogspot.com/

She : tp bnyk benda xsiap lg
Me : amende tu?

She : blog
Me : owh
She : ade hot stori

Me : ape dia? Me : hot story ape???????????
She : gi la blog tuh

Me : dh

Me : pasal anak buah ko letak panadol kt pokok.

She : aku mule nk berjinak2 wat blog

She : boleh ko tlg tunjuk ajar x?

Me : ak?

Me : nape ak?

She : ko nye blog cumelll

She : ko ajarkan aku yea..


tak sangka ada juga yang menjelajah ke blog saya ni..terharu~
so my dearest friend as, nak mengajar kamu tentang blog..sebenarnya bukan lah teman orang selayaknya..tapi jika nak kongsi ilmu yang sedikit ni..boleh aje! teman kembali semangat ni..

for you dear, work hard! menulis sampai jadi famous macam redmummy.com idolamu itu!

selepas saya baca blog dia, saya rasa kembali semangat nak menulis walaupon penulis saya tidaklah sehebat A. Samad Said, Faisal Tehrani atau penulis-penulis novel yang lain..saya menulis kerana in real life, saya sangat suka bercakap tapi ada satu perkara yang saya sedar tentang menulis lebih baik dari bercakap ni.....kadang-kadang bila banyak bercakap, kita susah nak tapis apa yang kita perkatakan..kadang-kadang tak sedar kata-kata kita dah menyakitkan hati orang lain..if menulis, boleh cut, paste, undo and delete..save! and insyaALLAH safe!

for reader : jom jelajah ke blog sahabat saya.. http://wasilahku.blogspot.com/..


kadang-kadang ada perkara bagi kita adalah biasa tetapi pada orang lain its mean a lot..kadang-kadang ada perkara bagi kita sangat bermakna tetapi pada orang lain nothing..jadi, banyak yang kita tak tahu..jika kita rasa sesuatu yang sedikit itu mampu membuatkan orang lain gembira, maka lakukan sahaja tanpa minta balasan..ALLAH akan balas jika dia tidak membalas~

[ aku masih begini..hatiku, jiwaku dan rasaku masih milik ALLAH..tuntuni aku menggapai redhaMU walau TERAMAT PAYAH ]
Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa"
 

me myself and i